Sambutan Hari Wanita Sedunia Anjuran Stellavingze International.


Masih ingat pasal buku Kebahagian Yang Kutahu oleh Datuk Stella Chin?

Disebabkan buku ni Sally teruja nak menyertai sambutan Hari Wanita Sedunia bersama Stellavingze International. Stellavingze International merupakan satu badan bukan NGO yang memartabatkan wanita dan sebuah organisasi yang membantu wanita untuk berdiri diatas kaki sendiri dan bukan hanya menunggu untuk diberikan bantuan.

Stellavingze International telah diasaskan oleh Datuk Stella Chin yang mana juga telah mengasaskan MELILEA International dan memacunya bersama suaminya, Datuk Dr. Alan Wong menjadi sebuah syarikat multinasional yang berjaya pada hari ini.


Oh! Sebelum terlupa...rasanya masih belum terlambat Sally nak ucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita yang ada didunia ni...Wanita adalah ibu, isteri, anak, kakak, adik, sahabat, ketua dan juga seorang pemimpin...Jadinya tak salah la dengan kata pepatah,"Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia!"

Wanita ni istimewa kan, sering dikatakan kaum yang lemah, tapi seorang wanita tu boleh menjadi seorang yang sangat tabah, kuat dan mampu membuat keputusan setanding lelaki dan dalam masa yang sama, hatinya lembut.

Malam tu ada sesi perkongsian dengan beberapa tokoh wanita yang berjaya antaranya:


❤ Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail
(Pengerusi Yayasan Suara Wanita [YASNITA])


❤ Datin Azizan binti Hj Shariff
(Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai)


❤ Datin Noor Faezah binti Mohd Ashref (Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang)


❤ Ms Wee Siew Ling (Pengarah Urusan Stellavingze International)

Tujuan majlis ni diadakan ialah untuk berkongsi dan menggalakkan wanita dalam Malaysia ni untuk keluar daripada zon selesa mereka...ingin mereka berdikari bukannya meminta simpati dan berdiri diatas kaki sendiri untuk mencari rezeki dan dapatkan kehidupan yang mereka inginkan...Tak salah nak ada impian seperti Cinderella tapi kena modernized kan...jadi Cinderella yang kenal realiti dan fantasi!

Bak kata Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, "Wanita kena ada kepintaran..kena ada pendidikan...sebab daripada situ seorang wanita boleh menjaga diri sendiri, berdikari dan menjadi role model kepada anak-anak untuk berjaya.."

Menjadi wanita ni nampak mudah tetapi seorang wanita tu memang lahir dengan tanggungjawab yang besar...Merekalah ibu, isteri, anak, kakak, adik, sahabat, ketua dan juga seorang pemimpin...dan sebagai wanita, kena sentiasa bersedia untuk menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik.



Stellavingze International juga mengajak semua wanita untuk menjadi sebahagian daripada mereka dengan menyertai kursus dan latihan untuk membina dan meningkatkan nilai kewanitaan dalam diri...terdapat dua kursus dan latihan yang boleh disertai:

❤ Stellavingze Guiding Star - Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti

Objektif:
1. Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan
2. Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya
3. Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya

Stellavingze Guiding Star menyediakan:
~ Kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh.
~ Menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran.
~ Menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja.

Kursus dan Latihan:
➔ Kelas Imej Perniagaan
➔ Latihan Skill Perniagaan
➔ Kursus Ekslusif Home Party MELILEA
➔ Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan
➔ Kelas Pengurusan Perniagaan
➔ Kelas Kualiti Kepimpinan

Kelayakan Penyertaan:
Pendidikan : Ijazah
Pengalaman: Bekerja dalam bidang korporat selama setahun/lebih
Umur: 25 - 60 tahun

❤ Stellavingze Smart Star - Peningkatan Nilai Kewanitaan

Objektif:
Membantu wanita dalam mengurus Diri, Kerjaya, Perkahwinan, Keluarga, Anak-anak dan Mempunyai Kehidupan Yang Seimbang Dan Indah

Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:
➔ Kelas Imej
➔ Kesihatan dan Kecantikan
➔ Pembentukan Minda dan Rohani
➔ Pengurusan Rumah Tangga
➔ Interaksi Bersama Anak
➔ Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah

Setelah menamatkan Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:
· Majlis meraikan Stellavingze Smart Star dan lahirnya seorang wanita yang lebih bahagia

Kelayakan:
· Pendidikan:Diploma / Ijazah
· Pengalaman:2 tahun ke atas
· Status Perkahwinan : Berkahwin/Bujang

Syarat-syarat kemasukan:
· Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita
· Perlu menjadi ahli Stellavingze International

Ada banyak faedah kalau jadi sebahagian daripada Stellavingze International ni...Selain daripada kita mampu memartabatkan kaum wanita...dapat jugak improved diri kita...Untuk maklumat lanjut, boleh klik ke www.stellavingzeinternational.com/malaysia

Post a Comment

3 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!