Bila dah terpaksa beli yang baru.

2:50:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Macam yang korang semua tau la kan...Sally tak lama lagi nak ke Korea...kali ni bukan bercuti tapi bekerja sambi bercuti la kot? Hahahaha...Jadinya nak berjalan lama ni nak kena ada la kasut yang sesuai...kasut yang boleh bantu kita jalan dalam tempoh masa yang lama tapi kurangkan rasa sakit kaki...


Awalnya Sally berkenan dengan dua kasut ni...mmg kalau ada rezeki mmg nak beli dedua sekali laa...tapi nak buat macam mana...tak ada rezeki Sally nak pakai keduanya...Yang biru tu takde saiz, yang kuning pulak sebab man's cutting...jadinya macam badut bila Sally pakai..hahahaha...nak buat macam mana kan...dah kaki kecik sangat...tuan je besar..hikhik


Empat kasut ni ada 50% diskaun, tapi dua biru yang tgh tu je yang menarik perhatian Sally sbb ada extra cushion kat dalam...walaupun harga di RM119.90, lepas dapat diskaun...dapat la RM59.50 je...alhamdulillah jugak la...jimat dah bawah budget Sally lagi...haritu Sally budget RM80 untuk sport shoes yang baru sbb tengok kat Lazada, "walking shoes" macam mahal.


So, ni la pilihan akhirnya...dah siap pakai dah pun sebab nak ke FAM Trip ke Bentong weekend yang lepas...mmg best sangat pakai dan selesa...tak sakit walaupun guna untuk berlari..hahahaha...korang kalau berdekatan dengan Ampang Point dan nak cari kasut baru...boleh la grab promo kat Bata Ampang Point ni tau!

You Might Also Like

6 comments:

  1. Bestnya Sally nak pergi Korea lagi!! Tak kisahlah bekerja sambil bercuti pun, yang penting Korea! haha.

    Lagi panjang langkah kalau pakai kasut selesa kan. Tu yang kasut penting kalau berjalan. Murah tu harga!

    ReplyDelete
  2. Cantik..lagi satu warnanya sesuai untuk berlasak..yang penting selesa dipakai..

    ReplyDelete
  3. Kita tak jumpa kasut macam awak ni.. Nanti nak pergi tengok kat Bata Aeon Maluri pulak la..

    ReplyDelete
  4. No wonder la Bata memang sedap pakai. Walaupun mahal biar berkualiti sebab boleh pakai berkali-kali =)

    ReplyDelete
  5. cantik ! warna biru pulak tu.. MZ punya yang warna kuning tu.. haah.. cutting lelaki sebab cutting perempuan kurang cm.. hekhek

    ReplyDelete
  6. wah...
    beli kasut baru la dia..hhihihihi

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!