Beku dan Pecahkan Lemak (Cryo-Lipolysis) dengan Teknologi Zimmer Z Lipo dan Z WavePro.


KURUS! KURUS! KURUS!

Siapa yang tak nak tubuh badan langsing, cantik kan..? Sally ni walaupun tak pernah berniat nak kurus tapi bila fikir masa depan macam-macam masalah kesihatan akan datang bila kita terlalu besar atau lemak terlalu banyak...Selain tu, stress sebab susah nak cari baju! Hahaha...

Bila blogger Bro Framestone suggest untuk Sally cuba buat Cryo-Lipolysis, Sally pun ok jela...sebabnya Cryo-Lipolysis tidak memerlukan sebarang pembedahan ataupun menggunakan kaedah-kaedah lain yang menyakitkan...gila scary kalau kena pisau..dah ada peluang, jangan tolak.


Sally ke salah sebuah klinik di Bangsar, Ageless Medispa dan doktor yang memberikan konsultasi, Dr Alice..Seronok sebenarnya dengar Dr Alice terangkan satu persatu tentang Teknologi Zimmer Z Lipo dan Z WavePro dan bagaimana ianya BERFUNGSI pada tubuh badan kita.

Teknologi Zimmer Z Lipo dan Z WavePro akan membekukan dan memecahkan lemak daripada dalam dan keluarkan secara semulajadi. Yang penting selamat dan tanpa kesan sampingan yang akan memudaratkan tubuh badan kita.


Sebelum buat treatment, kena ukur dan timbang berat badan...Sally mmg boleh agak yang badan Sally sebenarnya sedang naik dan naik...hahahaha...dan guess what, mmg naik 3kg daripada berat yang terakhir dulu...ooo...sedihnya rasa bila nampak realiti tuu...tu la padahnya bila banyak sangat food review tapi bersenam malas!


Korang boleh pilih bahagian mana yang korang rasa bermasalah untuk buat Cryo-Lipolysis ni...Macam Sally ramai yang suggest untuk buat dibahagian perut sebab ada banyak "spare-tyre" kat keliling perut ni tapi pada Sally masalah utama Sally adalah bahagian lengan..

Bayangkan, Sally terpaksa beli baju yang saiz dua kali lebih besar sebab selalunya badan muat tapi lengan je sangkut...jadinya Sally pilih untuk buat Cryo-Lipolysis dibahagian lengan...Cryo-Lipolysis menggunakan teknologi Z Lipo dan Z WavePro, kedua-duanya akan saling melengkapi...Membeku dan memecahkan lemak.


Zimmer Z Lipo mengambil masa selama 60 minit untuk membekukan lemak kita..Fasa pertama serendah -5 celsius (3 minit), fasa ke-2 (52 minit) -10 celsius dan fasa ke-3 (5 minit) dengan suhu -5 celsius..Dalam masa ketiga-tiga fasa ni, korang boleh tidur dan rehatkan diri...sebab takde apa-apa masalah ataupun rasa kesakitan, cuma kalau kat area yang urat yang sensitif...akan rasa kebas pada permualaannya...lepas tu dah okay dah...


Selepas selesai Zimmer Z Lipo selama 60 minit, Z WavePro pulak akan mengambil tempat...Z WavePro ni menggunakan teknologi "shockwave", boleh diumpamakan sebagai urutan bagi memecahkan lemak-lemak yang telah dibekukan tadi...Jangan risau, walaupun bunyinya agak ganas, tapi takde rasa sakit pun...macam kita urut-urut manja je kaedahnya...ambil masa dalam 10-15 sahaja bergantung kepada kawasan yang dibuat.

MANA LEMAK TADI PERGI....?

Kebaikkan Cryo-Lipolysis ialah, lemak tadi yang telah dipecahkan akan keluar daripada badan kita secara "natural", yakni keluar ketikan kita buang air besar, buang air kecil dan juga ketika kita berpeluh.

NANTI MESTI MENGGELEBEH LEPAS LEMAK HILANG...😏

TAK! Sebabnya teknologi ni akan menganjalkan kembali kulit kita...semasa Zimmer Z Lipo, selain daripada lemak yang dibekukan...kulit luaran juga terawat sama...Jadinya selepas kita hilang lemak-lemak yang pecah tuu...kulit akan jadi anjal macam ditarik, baru la semulajadi kan?

DAH 2 HARI NI...KENAPA MASIH TAK KECIL PUN?

Cryo-Lipolysis BUKAN SATU KAEDAH seperti pembedahan pembuangan lemak...ianya mengambil masa 30-60 hari berdasarkan kepada metabolisma badan manusia sendiri...dan kalau nak tengok kesan yang lebih baik dan cepat, kena amalkan gaya hidup yang sihat...minum lebih banyak air putih, kurangkan pengambilan makanan berminyak dan gula yang berlebihan dan yang penting...kena buat senaman asas supaya lebih maksimum impaknya!


Zimmer - The 2nd Generation of Cryo-Lipolysis ini akan diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada 9 Mac 2017! Jangan lupa untuk ikuti perkembangan teknologi yang baru ni kalau korang mencari kaedah yang mudah dan tidak menyakitkan untuk membuang lemak tegar dalam badan..Untuk maklumat lanjut berkaitan mesin ni, boleh tengok di http://zimmer-aesthetics.com.my/

Kalau korang nak cuba, kat Ageless Medispa ni pun ada guna teknologi ni...boleh berhubung terus dengan mereka untuk konsultasi..

Ageless Medispa & Clinics Sdn. Bhd.
257, Jalan Maarof, Bangsar,
59000, Kuala Lumpur.
Tel: +603 2095 0458 / +603 2282 0994
Fax: +603 2096 1458
Email: aliceageless@gmail.com

Post a Comment

3 Comments

  1. wow..nnt tnjuk hasilnya sally..:)

    ReplyDelete
  2. at least better than liposuction ke apa tu kannn huhuuhu

    ReplyDelete
  3. wow.. kak sally. tak sabar nak tgk hasilnya nanti.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!