Artico It's Nitro-cool, SS15 Courtyard

4:40:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments



Tengahari...cuaca panas...atau bila-bila kita nakkan kelainan, aiskrim selalunya menjadi salah satu benda yang kita cari...terbaru ni Sally jumpa aiskrim yang sedap..homemade tanpa perasa tiruan dan yang penting sekali..berbaloi!

Artico It's Nitro-cool, SS15 Courtyard merupakan sebuah kedai aiskrim terbaru yang membuat aiskrim dan terus dihidangkan...eh, macam mana makan aiskrim terus? Tak susah pun sebab mereka menggunakan ais kering (liquid nitrogen) untuk membekukan aiskrim yang dibuat dihadapan korang tuu...



Yang best lagi pasal aiskrim ni ialah, korang boleh customized aiskrim korang mengikut citarasa masing-masing...nak dalam cup, atau dalam cone...nak taburan cereal atau coklat atau bubble rice...semuanya mengikut kretiviti masing-masing...Haaa...ni Sally nak kongsi beberapa jenis aiskrim yang sempat Sally cuba...


Granola Parfait & Mango Granola Parfait


Untuk mereka yang nak cari dessert yang sihat...dalam parfait ni ada yogurt ice-cream, granola dan cereal...sedap dan sihat! Base mango ice cream tu yang buat lebih sedap :)


Untuk peminat coklat..yang ni most recommended...Aiskrim coklat dia sangat pekat dan penuh dengan rasa coklat...macam gaya kita minum milo pekat-pekat tu...macam tu la rasa coklat dia yang sebati dalam setiap sudu...korang boleh pilih topping mana yang menjadi kegemaran...chocolate rice, marshmallow, dan macam-macam lagi laa...


Sandwich Ice-Cream! Ini mmg terbaik...chocolate chip cookies, vanilla ice-cream...disatukan dan makan dalam sekali ngap! hahahahaha...jangan la sekali ngap...melapmpau namanya...ini kalau korang tak dapat nak pilih...cone atau cup, no hal..pilih je cookies!


Strawberry Sorbet..Gelato lembut dengan rasa stoberi yang melimpah ruah...weh, description melampau! hahahaha...rasa dia masam-masam manis...sekali rasa macam buah stoberi yang dibekukan...haaa..gittew laa~


Honey Comb Vanilla Gelato Cup
Ini paling favorita la bagi Sally...rasa manis madu tu buat kita nak makan dan makan lagi..sweet tooth!


Chocolate icecream in customized cone :)


Kalau korang mencari kelainan dan nak rasa makan aiskrim yang mengikut citarasa korang sendiri...boleh la ke Artico It's Nitro-cool yang terletak di SS15 Courtyard, Subang Jaya...Korang takkan menyesal dengan pilihan sendiri kan?

Artico, It's Nitro Cool
Address: Lot G-13A, Courtyard SS15, Jalan SS15/4G,
47500 Subang Jaya, Selangor.
Business Hours: 10am - 10.30pm
Facebook: Artico It's Nitro-cool

You Might Also Like

8 comments:

  1. Nak icecream sandwich tu plissss!!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ice cream buat sendiri tu yang buat lebih sedap :)

      Delete
  3. Honey Comb Vanilla tu nampak macam sedap sangat kak! hadui terliur tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg paling favorita la bagi akak...rasa manis madu tu buat kita nak makan dan makan lagi..

      Delete
  4. Alaaamak aih teringat pulak kesedapan aiskrim dekat Artico ni. Hahah! Kena repeat lagi nampaknya πŸ˜‚

    ReplyDelete
  5. aduhai.....
    sedapnya dik ooooiiii

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!