2018 PyeongChang Winter Olympic - Persiapan & Acara Ujian Olimpik.

9:11:00 PM Sally Samsaiman 0 Comments


2018 PyeongChang Winter Olympic - Merupakan acara sukan yang istimewa sebab hanya dijalankan dinegara yang mengalami musim sejuk sahaja dan sebagai Kakak Kimchi korang, Sally sangat excited nak share dengan korang yang 2018 PyeongChang Winter Olympic akan dijalankan di bumi Korea!

Bagi menjayakan sukan Olimpik berprestij ini, Korea Selatan telah membuat persiapan selama lebih daripada 10 tahun. Jujurnya untuk menjadi tuan rumah kepada sesebuah sukan olimpik memerlukan persiapan yang rapi dan semestinya memerlukan kos yang tinggi!

Acara Ujian Olimpik

Acara Ujian Olimpik merupakan rutin kepada pembukaan untuk temasya sukan Olimpik dan bagi 2018 PyeongChang Winter Olympic, tempoh acara ujian dijalankan adalah dari bulan Febuari 2016 hingga bulan April 2017 iaitu selama 14 bulan. Acara ujian ini merupakan satu peluang yang baik untuk bakal atlet yang bakal bertanding dan para pegawai untuk membiasakan diri dengan tapak pertandingan dan kawasan sekitar bagi acara sukan akan dijalankan.


Venue bagi 2018 PyeongChang Winter Olympic

Terdapat 5 venue yang dibina bukan untuk pertandingan yang terletak di PyeongChang dan Gangneung dimana dijangka siap menjelang bulan September 2017.


Stadium Olimpik PyeongChang

Semua venue stadium dan persiapan dijangka siap menjelang akhir tahun ini. Secara keseluruhan ada 13 stadium yang akan digunakan untuk pertandingan yang mana ada 8 adalah kluster gunung, dan 5 adalah di kluster pantai.


Persiapan Insfrastuktur – Pengangkutan

Kalau yang mana pernah ke Korea, mesti tau yang sistem pengangkutan di Korea adalah sangat maju..Walaupun 2018 PyeongChang Winter Olympic bukan diadakan di Seoul dan sekitarnya, jangan risau sebab sistem pengangkutan bagi melancarkan 2018 PyeongChang Winter Olympic kelak.


Yeongdong Express Highway yang ke-2 yang telah siap pada tahun 2016 merupakan kereta api berkelajuan tinggi yang akan membawa kita dari Seoul di bawah dua jam sahaja masa perjalanan dan tiada masalah jika mereka mahu ke lokasi tanpa memandu.

Untuk maklumat lanjut mengenai persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, boleh rujuk di sini.

Majlis pengumuman Obor Olimpik dan Baju Rasmi

Tak sabar rasanya nak menanti 2018 untuk 2018 PyeongChang Winter Olympic, persiapan lebih daripada 10 tahun...penantian mereka untuk terpilih sebagai tuan rumah menjadikan mereka lebih bersedia dan 2018 PyeongChang Winter Olympic bakal menjadi salah satu acara olimpik yang ditunggu-tunggu!

You Might Also Like

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!