Salam Rejab dari Seoul.

11:52:00 PM Sally Samsaiman 14 Comments


Alhamdulillah...Sally dah selamat sampai ke kampung halaman Sally; Seoul...hahahaha...okay, Sally lahir kat KL je..hahahaha...Sally sampai Seoul dah...kali ni akan lama sikit disini sebab menjadi tour guide kepada beberapa keluarga yang akan bercuti di Seoul minggu depan...

Cuaca? Cuaca agak sejuk buat masa ni...10 darjah celcius tapi ok laaa...sehari ke sehari cuaca makin sejuk...itu mmg biasa bila dah nak masuk musim bunga..sama jugak kalau musim luruh...awal-awal nak masuk musim mmg akan cuaca sejuk...sejuk dia yang mmg tangkap sampai ke tulang laa...


Benda pertama bila sampai kat Korea...terus je cari susu pisang dan ahjumma ni...hihihi...Sally dengan Dayah mmg suka makan tteokbokki dengan odeng dekat kedai ni...makan sambil berdiri je ataupun kalau macam penat sangat...beli makan kat rumah...mmg terbaik la tteokbokki dia...

Baru 4 hari kat sini rasa macam dah lama sangat pulak...mmg beza bila kita datang bekerja dengan datang bercuti...bila bekerja ni mood dia lain sikit daripada mood nak bercuti, nak berjalan..hihihi...

Nanti ada masa Sally update lagi.

Lots of love from Seoul,
Sally Samsaiman 😉😉

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Rangkaian Penjagaan Kulit Terbaru; SAFI BALQIS OxyWhite.

9:03:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.

Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.


SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi. Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam.

Menambah keceriaan dalam legasi kecantikan keluarga SAFI, SAFI berbangga untuk memperkenalkan Sarah Hildebrand, pelakon, model serta pengacara program televisyen sebagai duta SAFI BALQIS OxyWhite. Beliau terpilih kerana memiliki raut wajah yang manis, tutur kata yang lembut, perwatakan yang ceria dan penuh jenaka tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan dalam tingkah laku. Sikapnya yang aktif dan sentiasa kelihatan segar di lapangan kerjaya, meniup nafas baharu dalam industri. Setiap gerakannya yang mempesona menjadikan Sarah individu yang paling sesuai sebagai wajah bagi SAFI BALQIS OxyWhite.


Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.


Rangkaian Penjagaan Kulit Terbaru SAFI BALQIS OxyWhite terdiri daripada:
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Untuk Kulit Wajah Normal)
1) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
2) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub
3) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1
4) SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
5) SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
6) SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++
7) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR
8) SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
9) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15
10) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan
11) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Kawalan Minyak)
1) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat
2) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1
3) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Anti Jerawat

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI; @safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

[Spring 2017] Cherry Blossoms Reach Seoul April 6!

4:00:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


(Credit: Kweather Co.)

Kweather Co. has predicted the blooming of cherry blossoms in Korea will be 2-5 days earlier than average. The blooming will start March 21 in Jeju, spread to the southern region March 26-31, and finally reach the central region April 2-9.

Cherry blossoms tend to take approximately one week from blooming to reach their peak. Therefore, it can be expected that Jeju will be in its prime around March 28, the southern region April 2-7, and the central region April 9-16. Please be aware that the forecast may change based on various weather conditions, including temperature differences and precipitation levels.

Counting days for Spring trip!

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball, Melaka.

11:36:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments



Pertama kali makan Chicken Rice Ball masa Sally join FAM Trip ke Melaka dengan Mamee (boleh refer entri Meraikan ulangtahun Mamee ke 45 tahun di Mamee Jonker House, Melaka!), dan Sally actually dah lama aim nak makan kat Ee Ji Ban ni...Kebetulan masa datang tu hari Isnin...dan dah lepas waktu makan...jadinya mmg tak ramai orang kat sana...


Dah akhir-akhir ni nak balik ke KL, tinggal kak Aida, Hidayah, Kak Syaz dengan Abg Amad je dalam team makan kitorang...hahahaha..yang lain makan kat hotel masa breakfast dan masih kenyang la kekdahnya...

Sally actually dah aim kedai ni lama gila...setiap kali datang ke Melaka nak request makan kat sini tapi macam takde orang layan kan...hahahaha...kali ni Sally pujuk sampai semua org nak g sini...hahahaha...takkan nak makan asam pedas je kan?


Kat sini popular sebab rice ball dia...selain daripada nasi ayam dia, kedai ni terkenal juga dengan menu masakan nyonya...macam Nyonya Cili Garam Sotong dan Sambal Udang Petai dia...mmg terangkat la kalau makan kat sini...kalau korang tak nak makan rice ball, dorang turut sertakan juga nasi ayam yang biasa...so, ikut la citarasa masing-masing!


Haaa...akhirnya ni la pilihannya...Sup Seaweed, Nyonya Cili Garam Sotong, Sambal Udang Petai, Ayam Roasted dan Steam dan Kailan Ikan Masin! Hahahahaha...Overall Sally mmg puas hati makan kat sini...kalau korang nak tau actually ada banyak kedai yang jual Chicken Rice Ball di Melaka, tapi tak semuanya HALAL...So, kalau nak cuba Chicken Rice Ball...korang boleh cuba Ee Ji Ban tau kat Mamee Jonker House okay?

Alamat: 275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Malaysia
Masa Operasi: 10AM – 9:30PM
No Tel: +60 16-213 5220

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Medan Ikan Bakar, Muara Sg. Duyung, Melaka

8:53:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments


Kalau ke Melaka...makan malam kat Medan Ikan Bakar, Muara Sg. Duyung mmg menjadi salah satu itinerari penting...Selain daripada makanan seafood yang fresh sebab duduk di tepi muara tuu...angin malam kat tepi muara tu yang buat syok nak makan...

Kebelakangan ni Sally dengar banyak respon negatif pasal Medan Ikan Bakar, Muara Sg. Duyung ni...tapi sebabkan malas nak dengar kata-kata orang...kami datang jugak makan kat sini...dan alhamdulillah jugak la takde masalah...cuma yela agak lama jugak tunggu...sebab hujung minggu + ramai orang kan...

Siakap Stim

Siakap Bakar, Siakap Bakar Sambal

Butter Prawns

Ketam Masak Sambal

Sotong Celup Tepung


Haaa...incase kalau korang tertanya-tanya...Sally pergi dengan geng kakak-kakak masa kat Jeju tahun lepas...hahahaha...geng kitorang masa jumpa kat Jeju tu bersambung sampai ke Melaka ni...Itupun kebetulan ada dua kakak yang memang menetap kat Singapore datang ke Melaka...jadinya terus buat reunion laaa...padahal bukannya lama sangat tak jumpa tapi rindu!

Abang Amad + Kak Syaz + Kak Ana

Kak Dee + Kak Lisa + Hidayah (Takde dalam gambar : Kak Ada, Kak Aida, Kak Ian)
Overall Sally suka la dengan masakan kat sini cumanya tak minat dengan air yang disediakan..hihihi...Bagi Sally air dorang macam terlalu cair dan macam tak ikhlas pun ada jugak...Selain Medan Ikan Bakar, Muara Sg. Duyung...Korang boleh jugak makan seafood di Kedai Ikan Bakar Umbai ataupun di Seri Muara Alai Hj. Nasir...Sedap jugak kat sana...

Diharap kedai-kedai ni akan kekalkan kualiti makanan mereka bukan hanya pentingkan kuantiti dan cas yang mahal...barulah rakyat Malaysia nak jalan-jalan dalam negara sendiri kan? 😄😄

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Mee Bodoh @ Mee Goreng Pak Hassan, Tengkera

6:31:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


Sally rasa ramai dah dengar dah tau pasal mee ni...jangan terkejut kenapa ekstrem sangat nama mee ni...Mee Bodoh @ Mee Goreng Pak Hassan ni Sally cuba masa ke Melaka dulu...kedai dia warung je tapi mmg ramai betul orang nak cuba mee ni...Mmg tak dinafikan benda viral mmg ramai yang mencarinya!


Mee goreng ni dipanggil mee bodoh sebab ianya datang tanpa rencah...maksudnya mee ni digoreng kosong je tanpa rencah macam ayam ke udang ke sotong ke..mmg takde langsung...mmg totally mee dan taugeh sedikit...tapi yang membuatkan mee ni sedap sebab lauk lain yang ditambah sekali...macam yang korang nampak...ade timun, sambal dan telur mata kerbau...yang special tu sebab telur tu digoreng menggunakan minyak yang diambil daripada sambal tuu..campur semua sekali, letak kicap, letak cuka sikit...perghhh...mmg marvelous la makan!


Nak makan kat sini korang kena awal tau sebab selalunya kedai ni kejap je dah habis dan kena tabah sikit la sebab korang kena tunggu meja baru boleh makan...cara nak makan kat sini pun tak susah...kalau korang just nak makan mee je tanpa rencah telur goreng tu...korang duduk je dan pelayan dia akan datang hantar mee tu dekat korang...dan kalau nak telur, just beratur je dan amik telur tuu...senang je kan?


Haaa...yang ni pulak kicap dan cuka Melaka...mmg dibuat khas di Melaka...sambil makan mee tu kalau rasa nak ummmphh sikit...boleh tambah kicap dan cuka ni sikit...tapi kalau perut korang agak-agak tak kuat...skip la cuka tu...Kedai ni bukak pagi je tau...hahaha!


Harga dia murah je...kalau tak silap Sally dalam RM2.00 je dah boleh makan menu breakfast macam ni...sedap dan murah...tapi kalau korang jenis menjaga kesihatan...Sally sarankan korang makan mee ni dan lepas tu jangan makan setahun...hahahaha...sebab minyak dia mmg sangat banyak..hehehe...

Kalau korang nak cuba menu lain, Sally suggest korang cuba makan nasi lemak dorang jugak...itu sedap jugak...dan iye laa...mmg nasi lemak pun tak sihat...hahahaha...So, kalau korang ada kat area Melaka atau Tengkera...boleh la cuba tau...korang ada yang pernah cuba makan Mee Bodoh ni?

Kedai Mee Goreng Hassan
Jalan Tengkera (berdekatan dengan Methodist Girl School)
GPS Coordinates: N2 12.183 E102 14.097
Masa operasi: 8 pagi sampai habis (Jumaat tutup)


10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Penjagaan kulit muka yang sensitif dengan Eau Thermale Avène

9:30:00 AM Sally Samsaiman 1 Comments


Bercakap pasal kulit muka ni, wanita khususnya memang sedikit sensitif...tapi macam mana pula kalau kulit wajah kita yang sensitif..? Pernah tak rasa macam kulit tu pedih bila terkena panas atau pernah tak wajah berubah kemerahan akibat kulit yang sensitif..?

Di Malaysia ni, kita terdedah kepada haba dan juga pencemaran yang rata-ratanya membuatkan wajah nampak kusam dan tidak bermaya...Bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, masalah ini mungkin menyebabkan kulit muka mereka semakin rosak dan tidak bermaya...


Tapi jangan risau, sebabnya kan ada Eau Thermale Avène, satu jenama produk antarabangsa yang telah lama bertapak dalam dunia penjagaan kulit muka dan mmg terkenal sebagai produk yang mempunyai standard kualiti yang tersendiri dalam setiap penghasilan rangkaian mereka.

Tak susah pun nak jaga kulit wajah kita, haaa...ni Sally nak kongsi dengan korang...dengan hanya 5 langkah je dah boleh dapat kulit muka yang sihat!

Langkah 1: Cleanse - Eau ThermaleAvène Gentle Cleansing Foam 150ml
Langkah 2: Soothe - Eau ThermaleAvène Thermal Spring Water (Available in 50ml, 150ml & 300ml)
Langkah 3: Tone - Eau ThermaleAvène Gentle Toner 200ml
Langkah 4: Moisture - Eau ThermaleAvène Hydrance Optimale Light Hydrating Cream 40ml
Langkah 5: Protect - Eau Thermale Avène Day Protector SPF30 Tinted 40ml


Avene Hydrotherapy Centre mempunyai reputasi antarabangsa khusus untuk dermatologi dan rawatan keadaan kulit seperti atopic dermatitis, eczema, psoriasis, parut dan luka bakar, selepas kanser, lchtyosis dan juga tempat Water Research Water Centre sentiasa mengawal dan mengawasi kesucian dan kualiti Avene Thermal Spring Water.

Paling memberangsangkan selama 2 minggu pengunaan rangkaian produk ini, macam-macam perubahan kita boleh tengok....salah satunya pori terbuka dan kulit boleh bernafas dengan baik...takde rasa gatal, pedih ke atau masalah kulit yang lain.


Harga bagi rangkaian Eau Thermale Avène di Malaysia:
1. Eau Thermale Avène Gentle Cleansing Foam 150ml (Harga : RM95)
2. Eau Thermale Avène Thermal Spring Water 50ml,150ml and 200ml (Harga : RM25, RM49 dan RM69)
3. Eau Thermale Avène Gentle Toner 200ml (Harga : RM89)
4. Eau Thermale Avène Hydrance Optimale Light Hydrating Cream 40ml (Harga : RM109)
5. Eau ThermaleAvène Day Protector Tinted SPF30 40ml ( Harga : RM99)

Rangkaian Eau Thermale Avène juga ada krim penjagaan dari sinaran UVA dan UVB. Maklumlah cuaca panas di Malaysia ini memerlukan penjagaan kulit yang betul dari sinaran matahari. Ianya telah terbukit berkesan walaupun di dalam air mahupun masa kita berpeluh. Produk ni terbukti mampu menghidrat menenangkan kerengsaan kulit...Sally dah cuba dan memang terasa ada perbezaan..Lagi-lagi sekarang ni kan musim hujan-panas-hujan, mmg rasa muka tu kurang radang...

Untuk maklumat lanjut, korang boleh la layari www.eau-thermale-avene.my

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Duta terbaru ERYA by Suria; Saharul Ridzwan!

11:39:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments



Selamat datang!

Kalau macam ni punya handsome yang ajak ke sini...harus datang!
Hahahaha...macam ni la baru gaya duta untuk rangkaian SURIA RESORTS & HOTELS yang kini dikenali sebagai ERYA by Suria kan?

Suria Resorts & Hotels di bawah naungan Yayasan Amal Mutaqin Sdn Bhd dah beroperasi selama 17 tahun, dan selama 17 tahun beroperasi di Malaysia dan juga di United Kingdom, Suria Resorts & Hotels dibantu oleh CYDASTUDIO International.

Penjenamaan semula ini sejajar dengan visi 2050 kerajaan Malaysia dengan objektif mereka bagi memantapkan struktur organisasi, ideologi mereka selepas 17 tahun bertapak dalam dunia perhotelan. 'ERYA by Suria' sangat positif mengorak langkah bagi menjadi Ikon Perhotelan Bumiputera. Sejajar dengan globalisasi, mereka telah menggabungkan ciri-ciri "Green Hotel" kepada rangkaian hotel mereka.


Selain daripada tu, direktif enam segmentasi juga memfokuskan setiap perincian kepada semua lokasi ERYA by Suria di Merang, Cherating, Janda Baik, Bentong, Johor Bharu dan London. Enam segmentasi yang ditawarkan adalah ERYA LUXY, ERYA EXEC, ERYA FAMY, ERYA ENVI, ERYA SYLO dan ERYA CAMP.

"Target market" lebih fokus dengan dwifungsi segmentasi ni...contohnya macam ERYA EXEC yang diwakili oleh ERYA by Suria Johor Bharu...memfokuskan mereka yang sering datang ke Johor Bharu, Kota Iskandar daripada Singapura untuk urusan perniagaan..Jadinya infrastruktur "Office On Go" dilaksanakan disini bagi melengkapkan sisi lengkap seorang eksekutif atau 'business traveler'.


Pemilihan Saharul Ridzwan pada Sally sangat tepat sebab beliau merupakan seorang artis yang mempunyai rating yang tinggi disamping menjadi selebriti yang sangat aktif di media sosial dan mempunyai pengikut yang ramai. Beliau juga merupakan Ikon Muslim Volunteer Malaysia, yang mana melengkapkan lagi strategi pemasaran ERYA by Suria.


ERYA by Suria ada dibeberapa lokasi di Malaysia dan juga London.
1. Erya By Suria Hot Spring Resort, Bentong
2. Erya By Suria Cherating
3. Erya By Suria Janda Baik
4. Erya By Suria Merang
5. Erya By Suria City Hotel, JB
6. The Royal Cambridge Hotel, London

Transformasi ERYA by Suria masa dalam fasa perubahan, diharapkan dengan suntikan dan penjanamaan mereka bakal memberi nafas baru kepada ERYA by Suria dan lebih maju kehadapan.

Untuk maklumat lanjut tentang ERYA by Suria, sila layari:
Website: www.suriaresorts.com
Facebook: www.facebook.com/ERYAbySuria
Instagram: www.instagram.com/ERYAbySuria

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

2018 PyeongChang Winter Olympic - Persiapan & Acara Ujian Olimpik.

9:11:00 PM Sally Samsaiman 0 Comments


2018 PyeongChang Winter Olympic - Merupakan acara sukan yang istimewa sebab hanya dijalankan dinegara yang mengalami musim sejuk sahaja dan sebagai Kakak Kimchi korang, Sally sangat excited nak share dengan korang yang 2018 PyeongChang Winter Olympic akan dijalankan di bumi Korea!

Bagi menjayakan sukan Olimpik berprestij ini, Korea Selatan telah membuat persiapan selama lebih daripada 10 tahun. Jujurnya untuk menjadi tuan rumah kepada sesebuah sukan olimpik memerlukan persiapan yang rapi dan semestinya memerlukan kos yang tinggi!

Acara Ujian Olimpik

Acara Ujian Olimpik merupakan rutin kepada pembukaan untuk temasya sukan Olimpik dan bagi 2018 PyeongChang Winter Olympic, tempoh acara ujian dijalankan adalah dari bulan Febuari 2016 hingga bulan April 2017 iaitu selama 14 bulan. Acara ujian ini merupakan satu peluang yang baik untuk bakal atlet yang bakal bertanding dan para pegawai untuk membiasakan diri dengan tapak pertandingan dan kawasan sekitar bagi acara sukan akan dijalankan.


Venue bagi 2018 PyeongChang Winter Olympic

Terdapat 5 venue yang dibina bukan untuk pertandingan yang terletak di PyeongChang dan Gangneung dimana dijangka siap menjelang bulan September 2017.


Stadium Olimpik PyeongChang

Semua venue stadium dan persiapan dijangka siap menjelang akhir tahun ini. Secara keseluruhan ada 13 stadium yang akan digunakan untuk pertandingan yang mana ada 8 adalah kluster gunung, dan 5 adalah di kluster pantai.


Persiapan Insfrastuktur – Pengangkutan

Kalau yang mana pernah ke Korea, mesti tau yang sistem pengangkutan di Korea adalah sangat maju..Walaupun 2018 PyeongChang Winter Olympic bukan diadakan di Seoul dan sekitarnya, jangan risau sebab sistem pengangkutan bagi melancarkan 2018 PyeongChang Winter Olympic kelak.


Yeongdong Express Highway yang ke-2 yang telah siap pada tahun 2016 merupakan kereta api berkelajuan tinggi yang akan membawa kita dari Seoul di bawah dua jam sahaja masa perjalanan dan tiada masalah jika mereka mahu ke lokasi tanpa memandu.

Untuk maklumat lanjut mengenai persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, boleh rujuk di sini.

Majlis pengumuman Obor Olimpik dan Baju Rasmi

Tak sabar rasanya nak menanti 2018 untuk 2018 PyeongChang Winter Olympic, persiapan lebih daripada 10 tahun...penantian mereka untuk terpilih sebagai tuan rumah menjadikan mereka lebih bersedia dan 2018 PyeongChang Winter Olympic bakal menjadi salah satu acara olimpik yang ditunggu-tunggu!

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

REVIEW PRODUK DI KOREA!!

8:44:00 AM Sally Samsaiman 11 Comments




BERITA BAIK! BERITA BAIK!

Bersempena pemergian Sally ke Seoul pada hujung bulan ni, Sally nak open slot utk review barangan korang kat KOREA! Sally akan kesana pada musim yang paling cantik, MUSIM BUNGA!

Jadinya kalau korang berminat nak review produk korang; tak kisah la makanan, tudung, perfume, atau apa-apa (selagi bukan barangan yg terlarang dan boleh masuk perut kapal terbang)...Sally boleh bantu korang!

Apa yang korang akan dapat?
~ 1 blogpost di www.sallysamsaiman.com & social media shout out di Malaysia dan Seoul.

TAPI! Ada syaratnya!!!

1. Barangan tersebut kena sampai pada Sally sebelum 24 MAC 2017
2. Setiap slot dikenakan bayaran RM150

Kalau berminat, boleh email Sally di (sallysamsaiman@yahoo.com) atau WhatsApp +6013-6727520

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Ada produk? Nak iklankan atau review?

10:00:00 AM Sally Samsaiman 9 Comments


Lama rasanya Sally tak buka slot untuk review/iklankan produk di blog Sally..Jadinya, kepada mereka yang memerlukan bantuan untuk mengiklankan produk, atau segala jenis servis yang ditawarkan oleh korang, food review atau nak memperkenalkan apa-apa servis, korang boleh beriklan dengan Sally.

Harga bagi iklan dan review berbeza mengikut pakej...Untuk keterangan lanjut, korang boleh email kepada Sally untuk dapatkan quotation bagi servis review daripada sallysamsaiman.com


Jangan takut, jangan bimbang...sebab harga untuk review dengan blog Sally sangat berpatutan..hehehehe...barang baik punya! Sally akan cuba berikan servis yang terbaik bagi setiap pelanggan sebab Sally tahu macam mana susah nak promosikan produk kita.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh berhubung dengan Sally :-

Email : sallysamsaiman@yahoo.com
WhatsApp : +6013 672 7520

p/s : Happy Wednesday korang :)

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Artico It's Nitro-cool, SS15 Courtyard

4:40:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments



Tengahari...cuaca panas...atau bila-bila kita nakkan kelainan, aiskrim selalunya menjadi salah satu benda yang kita cari...terbaru ni Sally jumpa aiskrim yang sedap..homemade tanpa perasa tiruan dan yang penting sekali..berbaloi!

Artico It's Nitro-cool, SS15 Courtyard merupakan sebuah kedai aiskrim terbaru yang membuat aiskrim dan terus dihidangkan...eh, macam mana makan aiskrim terus? Tak susah pun sebab mereka menggunakan ais kering (liquid nitrogen) untuk membekukan aiskrim yang dibuat dihadapan korang tuu...



Yang best lagi pasal aiskrim ni ialah, korang boleh customized aiskrim korang mengikut citarasa masing-masing...nak dalam cup, atau dalam cone...nak taburan cereal atau coklat atau bubble rice...semuanya mengikut kretiviti masing-masing...Haaa...ni Sally nak kongsi beberapa jenis aiskrim yang sempat Sally cuba...


Granola Parfait & Mango Granola Parfait


Untuk mereka yang nak cari dessert yang sihat...dalam parfait ni ada yogurt ice-cream, granola dan cereal...sedap dan sihat! Base mango ice cream tu yang buat lebih sedap :)


Untuk peminat coklat..yang ni most recommended...Aiskrim coklat dia sangat pekat dan penuh dengan rasa coklat...macam gaya kita minum milo pekat-pekat tu...macam tu la rasa coklat dia yang sebati dalam setiap sudu...korang boleh pilih topping mana yang menjadi kegemaran...chocolate rice, marshmallow, dan macam-macam lagi laa...


Sandwich Ice-Cream! Ini mmg terbaik...chocolate chip cookies, vanilla ice-cream...disatukan dan makan dalam sekali ngap! hahahahaha...jangan la sekali ngap...melapmpau namanya...ini kalau korang tak dapat nak pilih...cone atau cup, no hal..pilih je cookies!


Strawberry Sorbet..Gelato lembut dengan rasa stoberi yang melimpah ruah...weh, description melampau! hahahaha...rasa dia masam-masam manis...sekali rasa macam buah stoberi yang dibekukan...haaa..gittew laa~


Honey Comb Vanilla Gelato Cup
Ini paling favorita la bagi Sally...rasa manis madu tu buat kita nak makan dan makan lagi..sweet tooth!


Chocolate icecream in customized cone :)


Kalau korang mencari kelainan dan nak rasa makan aiskrim yang mengikut citarasa korang sendiri...boleh la ke Artico It's Nitro-cool yang terletak di SS15 Courtyard, Subang Jaya...Korang takkan menyesal dengan pilihan sendiri kan?

Artico, It's Nitro Cool
Address: Lot G-13A, Courtyard SS15, Jalan SS15/4G,
47500 Subang Jaya, Selangor.
Business Hours: 10am - 10.30pm
Facebook: Artico It's Nitro-cool

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

CNBLUE 7TH MINI ALBUM「7ºCN」PROMOTION PLAN POSTER

3:45:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Hampir nak jejak ke 20hb Mac ni...berdebor jantung...bukan sebab ape...sebab tak lama lagi CNBLUE nak buat comeback! Hahahaha...Korang pun tau CNBLUE dengan Sally mmg tak dapat dipisahkan...Jadinya bila dah dapat tau ni...mmg excited la kan dibuatnya!

Sally ada jugak cerita dalam entri My CNBLUE come-back this March, minggu lepas...ni saje la nak share lagi dengan korang...mana tau kot korang pun sama excited macam Sally ke..hahahaha...


CNBLUE 7TH MINI ALBUM「7ºCN」PROMOTION PLAN POSTER!

CNBLUE 의 7번째 미니앨범 프로모션 플랜이 공개되었습니다!
많은 관심과 사랑 부탁 드립니다!

TEASER SITE OPEN 2017.03.13 (http://fncent.com/CNBLUE)
ALBUM RELEASE 2017.03.20

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bila dah terpaksa beli yang baru.

2:50:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Macam yang korang semua tau la kan...Sally tak lama lagi nak ke Korea...kali ni bukan bercuti tapi bekerja sambi bercuti la kot? Hahahaha...Jadinya nak berjalan lama ni nak kena ada la kasut yang sesuai...kasut yang boleh bantu kita jalan dalam tempoh masa yang lama tapi kurangkan rasa sakit kaki...


Awalnya Sally berkenan dengan dua kasut ni...mmg kalau ada rezeki mmg nak beli dedua sekali laa...tapi nak buat macam mana...tak ada rezeki Sally nak pakai keduanya...Yang biru tu takde saiz, yang kuning pulak sebab man's cutting...jadinya macam badut bila Sally pakai..hahahaha...nak buat macam mana kan...dah kaki kecik sangat...tuan je besar..hikhik


Empat kasut ni ada 50% diskaun, tapi dua biru yang tgh tu je yang menarik perhatian Sally sbb ada extra cushion kat dalam...walaupun harga di RM119.90, lepas dapat diskaun...dapat la RM59.50 je...alhamdulillah jugak la...jimat dah bawah budget Sally lagi...haritu Sally budget RM80 untuk sport shoes yang baru sbb tengok kat Lazada, "walking shoes" macam mahal.


So, ni la pilihan akhirnya...dah siap pakai dah pun sebab nak ke FAM Trip ke Bentong weekend yang lepas...mmg best sangat pakai dan selesa...tak sakit walaupun guna untuk berlari..hahahaha...korang kalau berdekatan dengan Ampang Point dan nak cari kasut baru...boleh la grab promo kat Bata Ampang Point ni tau!

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!