Ber'Gomonae' dengan Blogger Ainim Rashihah

2:49:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


Kalau dah mmg kaki makan, mmg asal jumpa je makan...kalau lepak pun makan...kalau nak meeting pun kena makan...Jadinya Sabtu lepas Sally jumpa dengan blogger Ainim Rashihah makan!

Sally sebenarnya dah lama tak jumpa Anim...takde la lama macam bertahun ke ape kan...last jumpa pun masa dia dengan kembar dia datang jumpa Sally, sebab nak collect barang yang kirim masa Sally ke Korea...November lepas....


So, dah 2 bulan kira lama la jugak kan? Selalunya kalau jumpa Anim...mmg akan food hunting kat kedai makanan Korea...sebab makanan Korea tu dah macam sebati dengan kami laa kekdahnya...So, macam biasa kalau makan makanan Korea mmg Sally akan ke Gomonae..

Seronok sebenarnya sambil makan...sambil bercerita...macam-macam benda yang nak dikongsi bila jumpa..hahahaha...itu belum masuk pasal gosip...tapi takde la cerita pasal benda yang jahat-jahat pun...cuma berkongsi pasal kehidupan masing-masing...yela...bila dah meningkat dewasa, makin banyak tanggungjawab yang akan kita hadapi...

Kalau nak tgk lebih lanjut, boleh SUBSCRIBE YouTube channel Sally...Sally ada upload video kat sana..hehehe..

Link blog Blogger Ainim Rashihah : ainimrashihah.blogspot.my

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Pucuk Pegaga.

9:53:00 AM Sally Samsaiman 11 Comments



Harini Sally bukan nak kongsi resepi pun...cumanya nak share dengan korang je kalau yang mana buntu nak masak apa tuu...boleh la cuba resepi ni tau...Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Pucuk Pegaga ni ibu yang masak semalam, katanya dia tengok daripada rancangan TV..yang mana satu tu tak tauu laaa...

Kot kalau korang nak paksa sesape yang tak suka makan pegaga macam Sally atau korang pun mmg suka makan pegaga, boleh la cuba masak Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Pucuk Pegaga sebab takde rasa pahit langsung tau pegaga tuu..tapi makin sedap ada laa..buat pedas-pedas sikit, confirm la bertambah nasi nnt!

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korea Musim Luruh 2016 - Nami Island

10:08:00 AM Sally Samsaiman 11 Comments



Kalau ke Seoul, rasanya tak lengkap kalau tak ke Nami Island. Nami Island merupakan sebuah pulau kecil yang terbentuk daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong.

Nami Island terletak 63 km dari Seoul ke arah Chuncheon, dan terkenal dengan kawasan jalan yang dibarisi pokok yang indah. Pulau ini adalah 30 minit dari Chuncheondan satu jam perjalanan dari pinggir bandar Seoul. Kalau naik tren, ambik yang transit akan makan masa sejam jugak tapi kalau ambik yang ekspress, dalam 45 minit pun dah boleh sampai...Sally selalu ambik yang transit sebab kedekut..hahahahaha...



Sally sebenarnya suka jalan-jalan tengok kawasan..hehehehe...kat sini korang boleh pilih nak berbasikal, berjalan, atau naik train kecil yang akan bawak kita pusing satu Nami Island ni...hehehe...tapi kali ni Sally berjalan je sebab kejar masa dan sebba terlalu sejuk....

Lagi satu kalau nak datang Sally sarankan korang bergerak pagi sebab kalau naik tren, makan masa nak sampai ke stesen Gapyeong, dan kalau korang pandai bajet masa...boleh terus ke Petite France, sebab dekat je pun dengan Pulau Nami ni...So, nanti jimat sikit masa...63 km naik subway serius jauh..hahahaha


Selain daripada tuu, korang pun boleh cuba Nami Skyline ZipWire ZipRider kalau korang sukakan aktiviti lasak...sambil berjalan tu boleh la tengok sekitar Nami Island daripada atas...Jangan lupa sediakan duit lebih sikit kalau nak cuba naik ZipWire ni...

Overall, kalau korang ni scenery person, Nami Island mmg perlu korang lawati...tempat dia sangat cantik dan mmg akan buat korang terpukau...jangan risau kat dalam ni ada restaurant Halal dan jugak Musola utk kegunaan Muslim...So, walaupun jauh, masih lagi boleh solat dalam keadaan yang selesa.

Pulau Nami (Nami Island / Naminara Republic)

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korea Musim Luruh 2016 - K-Star Road

4:07:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Selepas ke Namsan Tower, hari berikutnya kami ke K-Star Road...Peminat KPOP terutamanya mmg suka dengan K-Star Road sebab kat sini ada Gangnam Doll yang masing-masing represent idol dan kumpulan KPOP kesayangan mereka...Sally sendiri tak terkecuali la sebab tau ada Gangnam Doll CNBLUE!


Kat K-Star Road ni ada hampir 30 Gangnam Doll yang mewakili artis Korea, contonhnya macam VIXX, CNBLUE, SHINee, BTS, EXO, SNSD, KARA, FT Island dan lain-lain lagi...Sally awalnya datang sini sebab Hidayah la nak sangat tengok Gangnam Doll SHINee, sebab dia kan kipas susah mati kat Onew...


K-Star Road terbahagi kepada 4 zone; A Zone, kawasan Dosan Park Sageori (four-way intersection) dan Hakdong Sageori; B Zone, kawasan Hakdong Sageori dan Cheongdam Seageori; C Zone, kawasan Cheongdam Sageori dan crossroad of Southern part of Yeongdongdaegyo Bridge; dan D Zone, kawasan Dosan Park Sageori dan Sinsa Station Sageori. In particular, D Zone includes Sinsadong Garosu-gil Road which is a famous spot in Seoul.





Kalau korang peminat KPOP dan suka dengan idol yang ada kat sepanjang jalan K-Star Road ni...jangan lupa pergi sana tau! Nak beli Gangnam Doll pun boleh tapi mahal laaa..hahahha

Address: 407, Apgujeong-ro, Gangnam-gu, Seoul
Directions: [Subway] Turun kat stesen Apgujeong-Rodeo (Bundang Line), Exit 2.

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

ELITE – Gaya Berkekalan Buat Si Jejaka

6:35:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Zaman sekarang, hampir semua gaya rambut dipandang sebagai fesyen; panjang, pendek, yang terpacak, gaya santai mahupun kelihatan “edgy”. Lelaki moden masa kini lebih gemar untuk menjadi lebih kreatif dengan cara memutar, meramas dan menggayakan rambut untuk menghasilkan fesyen tersendiri agar personaliti dan kenyataan itu lebih menonjol.

Gaya rambut hebat adalah elemen yang sempurna untuk menjadikan si jejaka kelihatan sofistikated, “cool”, lebih digemari dan bergaya.

Sesetengah lelaki lebih gemar untuk menggunakan satu gaya ke pejabat, dan menukar gaya rambutnya apabila mereka keluar. Paling penting bagi mereka adalah produk penggayaan rambut terbaik yang memudahkan mereka mereka gaya rambut, dan memastikan gaya tersebut kekal sepanjang hari!

ELITE, jenama penggayaan rambut lelaki terulung memahami keperluan seorang jejaka dan percaya bahawa penggayaan rambut boleh membina imej seseorang. Memperkenalkan ELITE On The Go Hair Wax- wax untuk gaya berkekalan!


Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum, semuanya terkandung dalam pembungkusan yang menarik ini. Produk ini membolehkan si jejaka mengubah bentuk gaya tanpa perlu mengaplikasi semula wax bila-bila masa dan di mana sahaja untuk gaya rambut yang baru.

ELITE menjadikan semuanya mustahil untuk lelaki melangkaui batasan bagi mendapatkan gaya rambut yang mereka inginkan. Dengan pek mudah guna ELITE ON THE GO baharu, si jejaka akan sentiasa bersedia untuk tampil bergaya.

Gayakan Mengikut Keinginan Anda!

Tampil santai, atau gaya berani, rekaan “rugged”, mahupun kekal terpacak atau nampak basah. ELITE adalah cara terbaik untuk gaya berkekalan!


Spiky Web mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini.

Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!

Airy Wild hadir dalam wana jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!

Shiny Wet melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan!

Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya.

ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz. Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu manakala saiz poket On the Go pula berharga RM5.90 setiap satu. Cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja. ELITE boleh didapati di semua cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka.

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Resepi Affogato dengan POKKA Premium Milk Coffee.

12:52:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


Haritu Sally dah cerita pasal beberapa variasi minuman jenama POKKA kan? Disebabkan Sally ni suka sangat dengan POKKA jadinya Sally cuba buat beberapa resepi dengan variasi daripada POKKA ni..

Korang pernah minum Affogato tak?

Affogato ni merupakan salah satu coffee‑based beverage. Selalunya dihidangkan dengan Gelato Vanilla ataupun Aiskrim Vanilla...dan yang paling penting sekali, mestilah a shot of hot espresso.


Tapi...jangan tak tau...dengan POKKA Premium Milk Coffee, korang boleh dapatkan Affogato yang sedap tau...Tak susah pun nak buat Affogato ni...Korang just perlu panaskan POKKA Premium Milk Coffee, atau kalau suka yang sejuk...boleh terus guna yang sejuk...campurkan je dengan 1-2 scoop aiskrim vanilla and wallah!!


Sebenarnya ada banyak lagi variasi tau...ada banyak lagi jenis resepi yang korang boleh buat dengan variasi produk daripada POKKA ni...dan semuanya sedap-sedap tau...Paling penting semuanya NO PRESERVATIVE, NO COLORING, REAL BREWED dan HALAL CERTIFIED!

Sally mmg peminat kopi, jadinya setiap satu minuman yang ada bawah jenama POKKA ni mmg menjadi kegemaran Sally..Untuk maklumat lanjut pasal POKKA, korang boleh la lawati laman web (www.pokka.com.my) atau Facebook rasmi dorang (https://www.facebook.com/POKKAMY)

p/s : Kalau korang nak gunakan rempah sikit, boleh cuba letak kulit kayu manis, sikit je masa panaskan kopi tuu...sure lagi terangkat! πŸ˜„

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday! [Slice Nutella]

10:00:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments



Kan best kalau ada Nutella slice macam ni kat Malaysia! hahahaha

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Tayangan MyHalal TV1 - Menu Antarabangsa

4:20:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Penghujung Januari yang lepas, Sally terima panggilan untuk menjadi salah seorang panel untuk program bual bicara, MyHalal, dengan kerjasama JAKIM dan RTM. Kalau belum baca, boleh la jengah entri Sally sebagai tetamu jemputan untuk program MyHalal JAKIM x RTM.

Akhirnya selepas 3 minggu, episode Sally dengan tajuk "Menu Antarabangsa" akan ditayangkan pada 15 Februari 2017 hari Rabu, 6.30pm di TV1. Hehe...walaupun la Sally agak merapu je jawab soalan, sudi-sudi la tengok tau nanti...

Info Program MyHalal JAKIM x RTM


MyHalal merupakan program terbaru kerjasama RTM dan JAKIM untuk memberikan info tepat lagi benar berkaitan dengan segala perkara yang membabitkan status HALAL dan peranan JAKIM. Episod yang ada Sally sebagai tetamu jemputan ni membawa tajuk "Menu Antarabangsa"

Maklumat lanjut boleh tengok kat page MyHalal TV1.

Rancangan MyHalal JAKIM x RTM ini bersiaran setiap hari Rabu di saluran TV1 jam 6:30 petang.

p/s : Kalau tak dapat tgk secara live..boleh tgk ulangan kat myklik.rtm.gov.my :)

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korea Musim Luruh 2016 - Namsan Tower

9:00:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments



Walaupun kali kedua ke sini, Namsan Tower takkan pernah boleh buat Sally tak terpegun dengan kawasan sekitarnya...N Seoul Tower @ Namsan Tower setinggi 236.7m terletak di atas Gunung Namsan, menawarkan pemandangan panorama bandar Seoul dan kawasan sekitarnya. Walaupun sudah berusia hampir tiga puluh tahun, namun menara ni masih lagi tegak berdiri megah sebagai salah satu mercu tanda bandar Seoul!



Menara ni mmg terkenal dikalangan pelancong...lagi-lagi pasangan kekasih yang nak cinta mereka kekal lama...kenapa..?


Untuk pasangan kekasih sebab mereka nak letakkan tanda cinta mereka, macam biasa la...kuncikan mangga yang tertulis nama kita dan pasangan kemudian buang la kunci dia supaya takde halangan lagi dalam hubungan kita...

Terlalu cliche..?

Tak apa la...sebagai kenangan...Sally letak jugak padlock kat sini...dengan janji yang Sally akan kembali kesini lagi...InsyaAllah!



Macam mana nak kesana, ada 4 pilihan :

BAS, CABLE CAR, KERETA & BAS SEOUL CITY TOUR

Mana nak dapat or macam mana nak naik, korang boleh check kat laman web rasmi N Seoul Tower.

http://www.nseoultower.co.kr

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korea Musim Luruh 2016 - Mencari makan di Myeongdong.

12:09:00 AM Sally Samsaiman 2 Comments



Huihh! Lama betul nak sambung cerita..hahahaha...daripada Autumn dah bertukar ke Winter dan dah nak masuk musim Spring, tapi baru la nak menyambung ni haaa...kalau nak baca entri yang sebelum ni boleh tengok kat:

Korea Musim Luruh 2016 - Yellow Cafe di Dongdaemun Market
Korea Musim Luruh 2016 - Apa yang menarik sekitar Dongdaemun Market?

Sebenarnya mencari makan kat Korea bukannya benda yang susah...ada je makanan yang boleh dimakan walaupun bukannya berstatus halal tapi jangan salah faham pulak...bukan semua benda yang kita nampak tu boleh makan...You're what you eat...

Gyeranppang




Kalau korang pernah baca entri 10 street food yang kita boleh cuba di Korea - Muslim choice!, korang mesti dah agak familiar dengan makanan yang ada kat Korea...atau dalam kata mudahnya, street food la..Ada beberapa makanan yang Sally jumpa yang belum pernah Sally cuba makan sebelum ni, contohnya macam Hodugwaja...Sebenarnya makanan-makanan ni ada je yang actually sama dengan makanan kat Malaysia, bukan nama dia ada perbezaan laa...


Street food dekat Myeongdong selalunya agak mahal berbanding dengan kawasan yang lain...Kalau Sally, prefer makan kat kawasan yang lain selain daripada Myeongdong...hahahaha...kalau dah kedekut tu...beza KRW 1000 pun boleh jadi punca! Hahahaha...Jangan lupa singgah Korean Dessert Cafe Sulbing, Myeongdong.

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Cook Up A Storm now at GSC Cinema!

2:39:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


Cook Up A Storm?

Apa benda pulak la ni kan? Sebenarnya kekasih hati pengarang jantung punya movie terbaru dah ada kat pawagam berdekatan korang..hahahaha...Sape lagi kalau bukan Jung Yong Hwa kan?

Disebabkan semalam merupakan Hari Thaipusam, dan movie baru selalunya released pada hari Khamis..jadinya harini la merupakan tayangan pertamanya...Tahun lepas Yonghwa mmg busy dengan penggambaran movie dan juga drama terbaru dia...tapi tahun ni la baru released...Sally belum tgk lagi...tgk la esok lusa ke kalau sempat nak tgk..hihihi


Cook Up A Storm

Language: Cantonese
Subtitle: Chinese / English
Genre: Comedy
Running Time: 97 minutes
Director: Raymond Yip
Cast: Nicholas Tse, Jung Yong Hwa, Tiffany Tang, Michelle Bai

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

SYAMPU ELITE MEN - Singkirkan Wax dalam 1 cucian!

11:00:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


Sekarang ni bukan perempuan je nak nampak menarik, lelaki pun sama...Jadinya mereka selalunya gemar untuk menggunakan produk-produk penggayaan rambut seperti gel rambut, penyembur rambut, atau yang sedang popular masa kini; wax rambut, yang sememangnya sukar untuk dicuci sehingga menjadi antara masalah besar yang dihadapi sebahagian besar lelaki hari ini!

Apabila rambut tidak dibersihkan dengan betul, penggunaan produk penggayaan rambut secara harian akan mengumpulkan kekotoran yang seterusnya menyebabkan masalah rambut kering, rapuh dan kusam.

Sebagai solusi kepada permasalahan ini, ELITE, rakan jenama pendahulu produk penggayaan rambut lelaki telah melancarkan Syampu ELITE Men yang diperhebatkan dengan Wax Out System, yang direka khusus dan terbukti mampu menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut, minyak dan kekotoran pada rambut dan kulit kepala secara menyeluruh menerusi satu cucian sahaja!


Terdapat dua pilihan SYAMPU ELITE MEN iaitu – Antikelemumur dan Anti Rambut Gugur.

SYAMPU ELITE MEN dijual pada harga RM11.90 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

Kunjungi laman Facebook Elite by Dashing https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX untuk maklumat lanjut.

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Terbang mcm IronMan dengan aktiviti Flyboarding di Marina Putrajaya.

9:04:00 AM Sally Samsaiman 9 Comments


FlyBoard Malaysia at Putrajaya | Sally tak pasti whether korang pernah atau tak pasal FlyBoard...Actually FlyBoard ni sejenis sukan air..korang tak perlu pandai berenang pun tapi yang paling penting kena yakin ada dalam air dengan berbekalkan life jacket!

Masa join event dengan Honda Malaysia, kitorang sempat la jugak join terbang!


Kat Malaysia ni ada beberapa kawasan yang ada menyediakan aktiviti FlyBoarding, salah satunya yang ada di Marina Putrajaya ni laa...Kalau awal-awal tengok, rasa macam senang je...dengar penerangan dia macam "kena kawal kaki"...Kalau ikut ayat dia macam senang sangat je...tengok pun macam senang je..hahahaha...tapi percaya laa...kalau korang pandai imbang badan, dah mmg cukup baik dah...



Dengan kadar RM 370 sehingga RM 740, korang dah boleh terbang macam IronMan! Kalau ada dengar yang dorang nak belanja korang minum, please jangan percaya..hahahaha...kalau tak mmg minum air tasik la gamaknya..

Mmg harga dia gak mencekik jugak laa...yela, durasi dalam 20 minit sahaja...tapi korang akan rasa 20 minit tu sangat lama tau bila dah berdiri atas flyboard ni...Macam lambat je masa berlalu..So, kalau nak cuba sukan air yang baru...g la cuba FlyBoarding!


Flyboard Malaysia
Marina Putrajaya, No.1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Malaysia.
Time: Mon-Sun 8.00 AM to 6.00 PM
Telephone: 012-287 1120
Facebook : https://www.facebook.com/flyboardmy
Instagram : http://www.instagram.com/flyboardmalaysia

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Variasi minuman daripada POKKA.

10:12:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Kalau cakap pasal Pokka, mungkin ada yang tau ada yang tak...atau mungkin selama ni minuman kegemaran tapi tak perasan jenama dia..Sejak 15 tahun yang lepas Sally dah kenal dengan produk Pokka..The very first time Sally minum ialah dia punya Pokka Cappuccino Coffee, tu kali pertama la Sally kenal Cappuccino tu macam mana rasa dia.

Masa zaman Sally minum tu, masih dalam tin...belum ada lagi yang dalam botol..tapi sekarang lagi puas la sebab ada dalam kapasiti yang lebih banyak, baru la puas hati!


Pokka ditubuhkan di Jepun pada tahun 1977 dan branch di Malaysia di tubuhkan pada April 1995...dan mereka mensasarkan untuk menjadi "choice of beverage brand"...Jadi, tak perlu disangkal lagi yang mereka dah berjaya bertapak di Malaysia hampir 22 tahun lamanya!


Ada lebih kurang 60 jenis pilihan minuman yang berjaya dikeluarkan oleh Pokka...Variasinya terdiri daripada Teas, Juices, Coffee, Functional Drinks, Milk Drinks, Asian Drinks dan Sparkling. Dalam banyak-banyak range Milk Drinks, Sally mmg minat dengan Melon Milk ni...First time minum masa cousin Sally yang belikan...lepas tu tetiba jadi ketagih..haha!


Sebenarnya ada banyak lagi variasi tau...yang Sally senaraikan ni tak sampai suku pun daripada 60 jenis minuman yang ada...dan yang penting sekali semuanya sedap-sedap tau...Paling penting semuanya NO PRESERVATIVE, NO COLORING, REAL BREWED dan HALAL CERTIFIED


Untuk maklumat lanjut pasal POKKA, korang boleh la lawati laman web (www.pokka.com.my) atau Facebook rasmi dorang (https://www.facebook.com/POKKAMY)

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Pakej Murah ke Seoul, Korea; 2017!

9:26:00 AM Sally Samsaiman 26 Comments


PAKEJ MURAH KOREA 2017 | PAKEJ MURAH SPRING SEOUL 2017

Korang nak ke Korea tapi takut takde geng? Jangan risau sebab Sally, Duta Kecil Korea ada! Hihihi..untuk permulaan, nak ajak korang utk tgk dan rasai sendiri musim bunga di Korea..Pakej yang disediakan berbaloi dan sangat affordable! Kita buat style backpackers tapi enjoy the view macam penduduk tetap! Wahhh!! Best kan?

Alaaa...bulan April? Rasa macam lama sangat lagi kan? Tapi pejam celik pejam celik kang tetiba dah bulan April...So, Sally nak ajak korang join...


Antara tempat yang bakal kita lawati seperti Nami Island, Myeondong, Insa-dong, Itaewon, Ewha Women University, Ladies Street, Cheonggyecheon Stream, Cheonggye Plaza, Bukchon Hanok Village, Namdaemun, Hongdae, Edelweiss Swiss Theme Park, Hangang Park dan macam-macam lagi...dan disebabkan kita nak kesana masa musim bunga, ada beberapa tempat tambahan yang akan Sally bawak korang untuk tengok musim bunga yang paling cantik!

Travelling Buddies Seoul Budget Spring Trip

Types of package:
i) 5D4N - RM 1499
ii) 6D5N - RM 1650

Include:
a) Airport Pick Up & Drop
b) Transport (Subway/Bus/Taxi)
c) Meals (Breakfast, Lunch & Dinner)
d) Entrance Fee
e) Accommodation
f) Malay Cute Muslim tour guide (HAHA)

Exclude:
a) Flight Ticket
b) Personal Expenses

Proposed date: *TBA accordingly
(5D4N)
4-8 April 2017 - FULL πŸ˜‰
8-12 April 2017
19-23 April 2017 - FULL πŸ˜‰
23-27 April 2017 - FULL πŸ˜‰

(6D5N)
3-8 April 2017 - FULL πŸ˜‰
14-19 April 2017

Deposit:
RM400
(Deposit will not be given back if cancel and balance must be settle 1 month before travel date)

Hubungi WhatsApp/SMS kalau berminat ye:
Hidayah : 010-2098918 | Sally : 013-6727520 
Jangan lupa LIKE PAGE : TRAVELING BUDDIES SEOUL tau! :) 

26 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

ROMANO Eau De Toilette – FORCE & UNIQUE

8:59:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


LELAKI zaman sekarang sememangnya menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Mereka inginkan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan dalam hidup. Penampilan segak dan keyakinan adalah penting kepada mereka bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan.

ROMANO Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar yang tersendiri. Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.


ROMANO Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; FORCE dan UNIQUE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari.


ROMANO Eau De Toilette - UNIQUE

Untuk jejaka berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada lelaki.


ROMANO Eau De Toilette – FORCE

FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.

Wangian ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti anda. ROMANO Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Review GT-888 daripada GT Mobile.

12:25:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


Zaman sekarang ni mmg dah biasa sangat ada smartphone kan...Selain daripada memudahkan perjalanan kehidupan seharian, smartphone pun penting sebagai alat penghubung setiap hari..Mungkin korang jarang atau tak pernah dengar dengan GT Mobile.


GT Mobile merupakan sebuah produk yang dihasilkan di Singapura dan produk ni disiapkan 100% di Singapura dan kini mencuba nasib untuk masuk kedalam pasaran Malaysia. Buat masa ini GT Mobile telah menghasilkan 3 model telefon pintar iaitu GT-888, GT-886 dan GT-883.


Smartphone terbaru keluaran GT Mobile:
→ Menggunakan operasi sistem Android Lollipop 5.1.
→ Dikuasakan oleh 64bit Quad core 1.0GHz
→ 2GB RAM + 16GB ROM, sokongan MicroSD sehingga 64GB
→ Paparan skrin 5.5 inchi.
→ Kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 8MP.
→ Hadir dengan dua pilihan warna iaitu Metal Grey dan Silk White.


Smartphone ni ada dual sim dan jugak satu slot untuk letak memory card..Harga bermula SG$368 untuk 1GB RAM dan SG$398 untuk 2GB RAM.

Pro :
1. Gambar setanding dengan telefon lain, pada bahagian yang terang.
2. Skrin lebar dan sesuai untuk mereka yang memerlukan paparan yang luas.
3. Bateri tahan lama dan cepat dicas.
4. Fungsi HotKnot memudahkan share foto, muzik dan fail dengan hanya perlu menyentuh skrin antara dua smartphone, dengan WiFi

Cons :
1. RAM 2GB..hmmm
2. Pemilihan aksesori agak terhad
3. Kualiti video agak terhad dan tidak sesuai utk video HD

Untuk maklumat lanjut pasal smartphone ni...Korang boleh check out kat gtmobile.sg/gt-888

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bonsai Art Performance dengan Bonsai Master - Masashi Hirao

9:12:00 AM Sally Samsaiman 1 Comments


Sejak-sejak dah terpesong dari blogger ke vlogger, Sally selalu jugak la cari-cari video Youtubers yang selalu buat vlog dan nak tgk macam mana nak mantapkan vlog Sally sendiri...Kebetulan masa scroll tu, Sally jumpa satu Youtubers Indonesia, Raditya Dika..Sally tak tau la whether korang tau ke tak dengan dia, tapi dia ni agak famous jugak kat Indonesia tau!

Video yang Sally tgk tu pasal "BONSAI"...


Bonsai sebenarnya agak tidak popular dalam kalangan rakyat Malaysia, tapi sebenarnya sangat popular di Jepun...Bonsai tu sendiri diambil daripada perkataan Jepun, penzai. Makna Bonsai; bon : pot dangkal, dan sai : penanaman atau penanaman tanaman pada pot dangkal. Pada tahun 1914 di Tokyo, telah diadakan pameran bonsai yang pertama. Hal ini bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat terhadap seni bonsai.


Idealisme dan falsafah tentang bonsai telah banyak berubah. Bagi masyarakat Jepun, Bonsai merupakan perpaduan dari kepercayaan kuno yang kuat dengan falsafah timur yang merupakan keselarasan antara manusia, jiwa dan alam. Dalam video Raditya Dika, dia ada cerita pasal bonsai dan jugak Bonsai Master yang terkenal kat Jepun, Masashi Hirao...


Jujur cakap laa...Mmg Sally bukan orang yang minat pada seni, tapi lepas tgk video Raditya Dika, Sally pun buat kajian sikit la pasal Masashi Hirao. Beliau tamat pengajian daripada Kyoto Sangyo University, Major dalam Economics dan bermula tahun 2003 dia dah jadi anak murid kepada Saburo Kato.

Dalam tahun yang sama jugak, beliau dilantik sebagai "Japan Cultural Envoy" oleh Agency for Cultural Affairs, dan telah menjelajah 11 buah negara dalam tempoh 4 bulan untuk memberikan pendedahan lebih luas lagi tentang nilai estetika pokok Bonsai.

Beliau selalu buat workshop di sekitar Jepun dan luar daripada Jepun, tempat dia selalunya kat tepi jalan, bar, club...supaya lebih ramai yang tahu dan kenal dengan Bonsai ni..Selalunya workshop dia akan ambil masa 2-3 jam, dan paling lama 2 hari...Kalau korang dah sedia maklum, Bonsai ni pohon yang agak sensitif dan susah nak jaga..


Bila Sally scroll lagi kat YouTube, rupanya Bonsai Master - Masashi Hirao pernah datang kat Malaysia, atau spesifiknya kat Penang tahun lepas...Mmg unexpected betul...Rupanya masih ramai lagi peminat Bonsai ni kat dunia, termasuklah kat Malaysia.


Jangan risau kalau korang tak sempat nak tengok sebabnya TV1 akan adakan siaran untuk program dengan Bonsai Master - Masashi Hirao dekat TV...Weh, gila excited kot masa awal-awal Sally tau pasal ni...tengok video dia sekejap pun macam dah teruja...Muda-muda lagi kot dah jadi Master!


Yang ni hasil masa Bonsai Art Performance kat Penang tahun lepas...Bayangkan daripada awal sampai habis dia buat depan mata korang...kalau mereka yang minat tumbuhan dan Bonsai terutamanya, mesti excited tengok dia buat live performance kan?

Ok laa...kepada korang yang nak tgk jugak, boleh la duduk depan RTM1 「BONSAI & DUNIA」 pada 11th, 18th, 24th dan 25th Februari pukul 2-3pm.

Bonsai Master - Masashi Hirao
(https://www.youtube.com/channel/UCjfzm8X6_M0PYWn6cIcfKfw)

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!