Senarai pelakon drama Saimdang.

8:56:00 AM Sally Samsaiman 0 Comments



Lee Young-ae (Melakon watak Seo Jiyun dan Shin Saimdang)

Lee Young-ae, seorang aktres ternama di arena hiburan Korea. Beliau memulakan kerjaya menerusi peranan kecil dalam filem pengiklanan pada 1991, bersama Andy Lau. Pada 1995, jelitawan ini kembali mengikuti pengajian dalam bidang paling diminati, iaitu lakonan.

Sepuluh tahun menyepi selepas muncul dalam drama popular terakhirnya, Jewel in the Palace, Lee Young-ae kini kembali menggegar dunia lakonan dengan Saimdang.

Lee Young-ae melakon dua watak dalam drama bersiri Saimdang. Beliau melakonkan watak Seo Jiyun, seorang ibu muda kepada seorang anak lelaki berumur lapan tahun yang seorang pensyarah sejarah di sebuah universiti. Ketika berada di Itali, beliau terserempak dengan sebuah buku lama yang disyakki catatan penulisan Saimdang. Bermula saat itu, rasa ingin tahu beliau mendorongnya meneroka dan terjebak dengan pelbagai suratan takdir.

Beliau juga melakon watak Shin Saimdang, wanita yang telah menulis “the Sujinbang Diary” iaitu naskhah yang ditemui oleh watak Seo Jiyun.


Song Seung-heon (Melakon watak Lee Gyeom)

Song Seung-heon adalah aktor yang cukup terkenal lagi diminati di Korea Selatan. Beliau disanjung dan dipuja kerana raut wajah yang tampan lagi menawan. Populariti beliau melonjak naik setelah berlakon dalam drama tahun 2000, Autumn in My Heart, menyebabkan beliau dinobat antara bintang Hallyu terkemuka dan terlaris.

Song Seung-heon telah membintangi banyak filem dan drama popular, termasuk East of Eden (2008), My Princess (2011), Dr. Jin (2012), When a Man Loves (2013).

Dalam Saimdang, beliau melakon watak Lee Gyeom, seorang pemuda yang bersemangat untuk bebas tetapi dilingkungi sebuah rumah yang sebenarnya adalah penjara. Dia lelaki yang tidak pernah berhenti daripada mencintai Saimdang, dan kekal setia kepada wanita itu sehingga akhir hayatnya. Watak lelaki hebat ini persis versi Joseon, seorang yang berbudi pekerti mulia, yang menghargai setiap langkah dan bayangan wanita dicintainya.

Pelakon lain yang bakal bergabung dalam Saimdang:

➤ Oh Yoon-Ah - Whieumdang Choi
➤ Yun Da-Hun - Lee Won-Soo
➤ Jang Seo-Kyung - Hyang-Yi
➤ Jung A-In - Pembantu Whieumdang Choi
➤ Kim Hae-Sook
➤ Choi Jong-Hwan
➤ Choi Cheol-Ho
➤ Kim Mi-Kyung
➤ Park Jung-Hak
➤ Park Hye-Soo - Saimdang (remaja)
➤ Yang Se-Jong - Lee Gyeom (remaja)
➤ Yoon Ye-Joo - Whieumdang Choi (remaja)

You Might Also Like

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!