Saimdang, drama bersiri Korea terbaru bakal ditayangkan di Oh!K



Semalam Sally ke Majlis Tayangan Perdana, episod pertama drama Saimdang...Yela..sebagai Duta Korea yang tidak diiktiraf, bila ada benda yang berkait dengan Korea..harusnya sepantas kilat Sally hadirkan diri...hahaha...

Saimdang mengisahkan kisah cinta yang berkisar kepada kehidupan tokoh bersejarah Korea – Shin Saimdang. Drama ni berlatarbelakangkan zaman Joseon dan dunia sekarang, menyusuri kisah fakta dan fiksyen.


Lee Young-ae telah mendapat pergiktirafan di peringkat antarabangsa pada tahun 2003 untuk prestasi lakonannya dalam siri televisyen, Jewel in the Palace. Drama tersebut kini turut ditayangkan menerusi Oh!K, dan telah pun dieksport ke 91 buah negara dan selepas 13 tahun, Lee Young-ae kini kembali ke medan lakonan sebagai watak utama dalam drama terbaru ni...Tak sabar kan nak tengok!


Selain daripada Lee Yong-ae, Song Seung-heon juga bakal menemui peminat dalam drama ni tau...Song Seung-heon sebelum ni terkenal dalam drama Autumn in My Heart. Beliau juga telah membintangi banyak filem dan drama popular, termasuk East of Eden (2008), My Princess (2011), Dr. Jin (2012), When a Man Loves (2013).

Saimdang bakal ditayangkan secara sulung dengan dua episod serentak pada 26 Januari 2017 (Khamis), pada pukul 9.00 malam. Dibawa secara eksklusif menerusi Oh!K (Saluran Astro 394), para peminat dapat menonton episod baru bagi siri ini setiap hari Rabu dan Khamis, pada pukul 9.00 malam, masa yang sama dengan tayangan di Korea!

Nanti Sally akan kongsikan Sinopsis Drama Saimdang dalam entri yang lain, sementara tu boleh tengok promo video ni dulu...

Post a Comment

0 Comments