Hijab by Fasha Sandha (Printed Collection), hadiah untuk Raya tahun ni!

9:00:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments



Alhamdulillah...syukur betul tahun ni...walaupun tak bekerja...masih lagi dapat beraya macam orang lain...tahun ni dapat beberapa sponsor untuk baju raya dan tudung raya..hehehe...macam yang korang nampak ni...koleksi Hijab by Fasha Sandha (Printed Collection)..

Sally dapat tudung ni daripada kenalan Sally...walaupun Hijab by Fasha Sandha (Printed Collection) by milyunir ni merupakan koleksi tahun 2016..tapi dah ada orang nak bagi kan...apa salahnya kita terima kan..hehehe...dapat la jugak tudung raya baru tanpa perlu keluar duit..hahaha


Sally dah cuba pakai yang warna pink...so far macam okay jugak laa...tapi yang warna biru tu agak tak terletak pada muka...susah jugak bila instant shawl ni dah siap dengan awning...susah nak selarikan dengan muka..hahahaha

Tudung pun kena dengan tema Sally tahun ni; merah mak ngah! hahahaha...macam mana persiapan raya? ke dah sampai kampung tu?

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Resepi Sizzling Mee Paling Mudah.

11:05:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments



Sizzling Mee, Sizzling Yee Mee | Duduk kat rumah ni...kepala ligat je nak buat macam-macam...Disebabkan ibu agak tak sihat harini...jadinya Sally masak la untuk berbuka...Tak sampai hati pulak nak suruh dia masak...

Jadinya Sally cuba la cari resepi ayam sebab dah 2-3 hari asyik makan ikan je..ibu pulak mmg suka makan ikan..tapi kita la jadi jemu kan..hihihi...kebetulan terjumpa resepi masak sizzling mee...kebetulan semua bahan mmg dah ada...kecuali yee mee dengan sayur sawi...Sally pun tak berapa suka makan yee mee, kalau makan Sizzling kat food court pun selalunya Sally akan request mee instead of yee mee..


Bahan-bahan untuk kuah Sizzling:
(Semua bahan takde sukatan tau...Sally ikut tekak sendiri je..jadinya korang pun sama kena olah)

1. Bawang Putih (Tumbuk/Cincang)
2. Halia (Hiris lebar)
3. Cili Kering
4. Ayam (Potong kecil, prefer bahagian yang bertulang)
5. Kicap Manis
6. Sos Tiram
7. Tepung jagung (Untuk pekatkan kuah)
8. Cendawan Shitake
9. Sayur sawi/kubis (Celur)
10. Garam & Gula (Secukup rasa)
11. Kiub pati ayam (optional)
12. Mee kuning / Yee Mee / Spaghetti

Cara-cara nak masak:
1. Tumis bawang putih, halia, cili kering...sampai agak garing sikit.
2. Masukkan ayam, kicap manis, sos tiram, kiub pati ayam dan air...bagi sampai agak mendidih...masukkan cendawan shitake dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3. Dah siap kuah!


Chop!
Masih belum siap lagi...tak sizzling la kalau tak sizzlessss kan dia...
Jadinya, korang kena guna non stick pan...tapi kena buat satu-satu portion tau..pastikan  guna api yang kuat tau..letakkan mee, kuah dan telur...agak-agak dah didih macam dalam gambar tu...tutup api dan tukar dalam mangkuk yang sesuai..dan letak sayur sawi atas tuu..


Tadaaa...yang ni yang dah siap..Harini Sally buat Sizzling Mee mcm yg kat food court tuu..tapi versi derhaka sikit sbb takde sayur sawi so ganti dengan shredded timun & mee kuning takde, ganti spaghetti je..tapi still sedap laa...yang penting sekali...kena makan panas-panas tau...kalau tak kang muak sikit..hihihi..

Selamat mencuba!

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Resepi Puding Roti Yang Paling Mudah dan Sedap Gila!

9:00:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments



Resepi Puding Roti Yang Paling Mudah | Sesejak duduk rumah ni...yang tau nak buat masak aje laa...Sally mmg tak suka mengemas rumah..hahahaha..jadinya kawtim dengan ibu, Sally masak..ibu kemas rumah..jyeah!

So, meh sally nak bagi resepi yang senang, mudah dan yg akan menjadikan korang tak buat ialah sifat malas je..hahaha...Kamon! Sally yang malas ni pun...main campak-campak je dah siap...kalau korang rajin mesti outcome dia lebih baik!

Resepi Puding Roti Yang Paling Mudah
5 keping roti
1 tin susu cair (375 ml) (which I prefer pakai jenama Carnation/Ideal)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter (Nak sapu kat roti boleh atau just kacau dengan telur dan masuk sekali)
Sedikit kismis

Cara dia mudah je...
Firstly, campurkan susu, telur, gula dan esen vanila tu..kacau la sampai agak-agak sebati...kalau gula tak hancur pun takpe sebab nanti dia nak kukus cair jugak...Pastu, atur roti tu..sapu butter sikit biar ada rasa lemak-lemak, siram la adunan tadi tu kat atas roti yg disusun bagi dia tenggelam...then tabur la kismis ikut berapa banyak yang korang suka...dan kukus selama 25 - 30 minit (ikut saiz loyang)...kalau nak tau dah masak ke belum, cara sama macam buat kek, cucuk kalau takde yang melekat means dah masak laa...

Senang je kan? Kalau korang mencari menu nak buat minum petang ke nak buat berbuka puasa ke dan sebagainya...boleh la cuba menu Resepi Puding Roti Yang Paling Mudah ni...Gerenti sedap!

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

SGshop “Jom Shopping!” Contest

9:30:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments


Dah hari terakhir...terpanggil jugak nak buat entry ni sebab hoiihhh...lepas kamera Sony A5100 Sally masuk wad haritu...tetiba rasa kena bagi dia aksesori lepas dia keluar..hahahaha...nampak tak betapa Sally sayang kat dia kan...Jadinya ada beberapa benda yang Sally nak belikan untuk dia selain daripada nak upgrade lens bila ada rezeki lebih nanti...jadinya kalau korang nak jugak join, sempat lagi ni..hehehehe...RM500 okay!


Cara penyertaan
1) Buat satu entry bertajuk : SGshop “Jom Shopping!” Contest
2) Pastikan banner contest ada di dalam entry contest anda
3) Jawab 2 soalan berikut:
    Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?
    Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.
4) Komen di blogpost ini link entry anda
5) Share entry anda di Facebook wall anda dengan hashtag #AyueIdrisXSGshopMalaysia

ITU SAHAJA! Mudah je kan?

Submit entry
Lepas dah siap semua soalan, sila isi borang dibawah untuk tujuan pemilihan pemenang. Tak isi borang, maksudnya entry anda tak dikira ya. Submit link entry disini : https://goo.gl/dqWRle


Senang je kan? Jadinya ni Sally nak join ni..hihihi

Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?

Alaaaa...apa senang sangat soalan ni! Hahahahaha...Sally ni mmg suka shopping barang daripada China...selain daripada sebab harga dia lagi murah daripada harga di Malaysia, ada lebih banyak pilihan berbanding market Malaysia...Kalau korang familiar dengan Tmall.com, Alibaba, AliExpress, atau Tabao.com, mesti korang suka membeli belah dia SGshop.

Selain daripada tu, SGshop sangat mudah dan memberikan kita banyak pilihan pembayaran...Jadinya pilih je, bayar dan tunggulah barangan korang sampai...pilihan penghantaran pulak boleh pilih nak daripada udara atau laut..ikut budget laa...hihihi...

Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.

Dia mintak 3 je..? Ikut hati macam nak senarai semua benda dalam tuu..hahahhaa..tapi kang boleh buat buku katalog pulak dalam blog Sally!

Link : HERE

1. Three feet portable, with three-dimensional tripod
Benda ni dah lama Sally aim...tapi kalau nak beli kat Malaysia ni...dah mahal dia tak beragak..walhal kalau kat SGshop ni murah je...sebab sekarang Sally banyak nak kena buat video..nak expand daripada jadi blogger je kepada jadi vlogger...dan Sally sebenarnya banyak nak share dengan korang masa Sally g travel..tapi macam-macam kekangan...jadinya this tripod is a must in my list for Sony A5100!

2. Backdrop!
Man! This is important! Hahahaha...sebabnya kan...bila buat video...atau ambik gambar untuk photography kan...kena ada background yang cantik...yang best sekali hoiii...gambar kalau cantik baru banyak LIKE dekat Instagram tau! Hahahaha...jangan laa risau...semua backdrop kat sini gila best, gila mantop! Ada kaler blue, black, white, white, yellow, red, red, gold, purple, gray, gray, green, blue, dark blue, black, light green, light yellow, violet, orange, transparent, color, brown, red, pink, gray, dark gray, dark purple chocolate, pink, khaki, dark color, green, blue, yellow, green...pilih la pilih mana korang nak!


dan...dan..dan...backdrop ni pun sama Sally nak!

Link : HERE

3. Two lazy notebook computer desk on bed table

Link : SINI

Seriously nak benda ni...hahahaha...Sally selalu malas nak duduk buat kerja dalam bilik...dan selalunya laptop Sally ada kat depan TV...sambil tengok TV sambil buat kerja...pasal tu la kerjanya tak jalan! Hahahaha...

Jadinya kalau ada computer desk macam ni...mana-mana Sally boleh buat kerja...sekarang ni manjang letak laptop atas kotak je jadi meja...hahahaha...bukan meraih simpati ni..tapi serius..mmg kena ada proper place to do everything...

Ok! siap senarai dah...dengan harapan dapat semua benda ni esok..hahahaha...Maklumat lanjut korang boleh follow Website: www.sgshop.com.my, Facebook: www.facebook.com/SGshopMalaysia/

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Resepi Popiah Seaweed Pulau Jeju.

2:04:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments


Resepi Popiah Seaweed | Kalau dah #KakakKimchi tu...semua benda nak di Korea kan..hahahaha...nama resepi ni sebab Sally beli seaweed ni masa ke Pulau Jeju hujung tahun lepas...disebabkan macam banyak sangat seaweed yang tak makan...jadinya Sally rajinkan diri buat kerepek Popiah Seaweed.


Popiah Seaweed ni sesuai untuk buat kudap-kudap depan TV tak pun nak buat sebagai kerepek Hari Raya pun boleh...selain daripada jimatkan duit sbb tak banyak modal pun yang diperlukan, kita boleh olah ikut selera kita...dan boleh makan dengan puas sebab dapat banyak dan tak payah nak berebut!


Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Kulit Popiah
2. Rumpai laut kering siap proses (seaweed)
3. Telur
4. Serbuk cili / paprika / chilli flakes
5. Minyak untuk menggoreng

Haaa...senang sangat kan bahan-banhannya...sekarang Sally nak ajar cara nak lekatkan seaweed tanpa guna proses yang susah..hihihi..mmg tak susah tapi renyah sikit laa...

Pertama sekali, sapu kan telur pada keseluruhan permukaan kulit popiah, lepas tu lekatkan seaweed dan ulang lagi sekali sapukan telur keatas seaweed tadi...Jadinya akan ada 3 lapisan (Popiah-Seaweed-Popiah)


Lepas tu...korang boleh la potong ke gunting ke ikut saiz dan macam mana bentuk yang korang suka...macam Sally buat kecik-kecik sebab senang masak dan boleh dapat banyak...Lepas dah siap potong semua, korang boleh la goreng...pastikan masa goreng tu jangan sampai hangus ye!

Senang je kan? Lepas ni jangan lupa buat...untuk seaweed tu korang boleh beli yang sedia ada macam jenama Big Bang tu...ataupun boleh je cari seaweed yang macam dalam gambar tu...selalunya kat pasaraya yang jual makanan Korea, mesti ada jual seaweed ni...sedap kalau makan dengan nasi panas-panas!

Okay, selamat mencuba!

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Neutrogena® tampil dengan koleksi fesyen Neutrogena® Happy Skin 24/7.

11:18:00 AM Sally Samsaiman 0 Comments


Bercakap pasal fesyen, akhirnya, muncullah fesyen yang tidak lapuk dek musim! Memperkenalkan koleksi fesyen Neutrogena® Happy Skin 24/7; merupakan satu siri yang terdiri daripada 30 rekaan yang dipaparkan di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival (MBSTYLOAFF) 2017.

Dihasilkan oleh pereka fesyen tempatan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee, koleksi Happy Skin 24/7 melambangkan perasaan gembira dan keceriaan seseorang apabila memiliki kulit yang sihat dan cantik.


Menurut Julia Teo, Pengarah Pemasaran Bersekutu bagi Kumpulan Syarikat Konsumer Johnson & Johnson, yang memasarkan Neutrogena® di Malaysia, kulit yang sihat dan cantik merupakan salah satu sumber kebahagiaan wanita.

Menerangkan sebab Neutrogena menggunakan fesyen sebagai cara untuk membawakan kempen terbaru Neutrogena®, Teo berkata, “Tidak dapat dinafikan bahawa wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Menerusi koleksi fesyen kami, kami ingin meyakinkan para wanita bahawa mereka boleh menggunakan Neutrogena® untuk kesihatan kulit mereka”.


Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee – dua pereka fesyen unik yang sering mendapat ilham menerusi objek-objek menarik, lantas menghasilkan corak dan warna yang menarik! Hasil kreativiti dan kerja keras mereka, kita dapat menyaksikan bagaimana mereka mengekspresikan konsep keceriaan dan keremajaan Happy Skin 24/7 Neutrogena®.

Keunikan personaliti Kittie Yiyi dapat dilihat dalam setiap rekaannya, yang kebanyakannya riang, ranggi, namun bergaya. Cogan kata yang diamalkan oleh graduan Raffles Design Institute KL ini adalah, 'Apa sahaja pun fesyen pilihan anda, pastikan ianya membuatkan anda gembira!'

Koleksi Kittie diinspirasikan daripada konsep gadis pantai yang sedang bercuti. Datang dari kawasan pantai yang jauh, gadis itu meneroka kawasan bandar dengan baju yang selesa dan bergaya. Keriangannya mampu membuat sesiapa sahaja tersenyum – dan ini jelas dari cara dia berpakaian. Memaparkan bayangan yang kembang, ropol, garis-garis bercorak riang serta corak hati, koleksi ini menonjolkan rasa yakin seorang gadis pantai dalam dirinya sendiri dengan ciri dan potongan lut sinar.


Hazzer Wan Lee, pengarah kreatif HWL by Hazzer Wan Lee Fashion Atelier Kuala Lumpur, mempunyai sarjana dalam Fashion and Apparel Design dari Herriot-Watt University, Scotland.

Koleksi fesyen Hazzer diilhamkan daripada percikan air – merupakan ciri utama rangkaian produk pembersih Deep Clean Neutrogena® dan langkah pertama untuk mengecapi Happy Skin 24/7! Garisan yang mengalir serta lapisan yang beralun digabungkan bagi menyerlahkan tenaga dan keindahan air dalam tona biru, hijau, oren dan merah jambu. Teknik hebat dalam memasukkan dan melapiskan pelbagai material yang berbeza seperti denim, organdi, kulit PU, sutera kapas dan fabrik yang telah diwarnakan memberikan kesan 3D unik yang mempunyai pergerakan seakan-akan air.


Saksikan kemunculan fesyen pertama Happy Skin 24/7 Neutrogena® di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017 dalam talian! Maklumat lanjut di laman Facebook dan Instagram Neutrogena®:
https://www.facebook.com/myneutrogena/
https://www.instagram.com/neutrogenamy/

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Ramadan yang paling banyak pengajaran.

10:15:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments


Tahun 2017, Ramadan ke 27 untuk Sally.

Harini dah masuk hari yang ke-20..Ramadan ke-20.

Beberapa hari ni mmg tak byk bercakap...menyendiri daripada semua tanpa sebarang sebab...past few days..mendengar 8 kematian (kenalan dan ahli keluarga), semuanya secara tiba² sampai satu tahap jd terdiam...muhasabah diri bila tiba masa kita entah tiada ketahuan...

Paling terkesan sebab mereka semua ada yang tak sakit dan terus meninggal tanpa pesan...ada yang bertarung dengan kanser...ada yang kena serangan sakit jantung dan terus pergi...walaupun mereka bukannya terlalu rapat dengan Sally tapi rasa terkesan betul bila mendapat perkhabaran yang kita sendiri tak jangka...lagi-lagi bila kita baru nampak dia kat Facebook beberapa jam lepas dan tiba-tiba dapat perkhabaran mereka dah tak ada di dunia...Sally nak cakap yang tak rela pun tak boleh sebab kita semua milik Allah...anytime soon kita pun semua akan pulang ke pangkuan-NYA.

Cumanya semua benda ni bukan Sally rasa agak lost dan jadi agak pendiam...rasa kurang nak berinteraksi dengan orang...hmm...entah laa..mungkin sebab back to back...jadi terkedu...rasa takde semangat...hmm...mungkin sebab terkesan dengan berita yang bertalu-talu lalu di timeline Facebook.

Semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan org² yg beriman..Al-Fatihah buat semua yang telah pergi meninggalkan kita.

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Program CSR #BismillahRamadan bersama Rumah Nur Hikmah, Kajang anjuran Dorsett Putrajaya

9:00:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


29 Mei 2017 - Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, Hotel Dorsett Putrajaya antara organisasi yang mengambil peluang untuk meraikan anak-anak yatim sempena Ramadhan dan hari lebaran yang bakal tiba dalam program Program CSR #BismillahRamadan bersama Rumah Nur Hikmah, Kajang.


34 orang anak-anak terpilih yang berusia dalam lingkungan 18 bulan sehingga 18 tahun telah dibawa bergembira dan berbuka puasa di Hotel Dorsett Putrajaya yang terkenal dengan lebih 500 jenis menu makanan yang pelbagai dalam bufet Ramadhan mereka. Selain daripada berbuka puasa, mereka sepatutnya dibawa menaiki belon panas tetapi nasib tidak menyebelahi kami sebab cuaca tidak menentu dan hujan lebat, sebagai balasan mereka telah dibawa bermain disekitar kawasan tersebut.


Selain daripada menaiki belon panas, sebenarnya ada banyak sponsor yang telah bersama-sama dengan Dorsett Putrajaya untuk meraikan anak-anak istimewa ni...antara sponsor ialah Sky Ride Putrajaya, Pearly Shell (pengangkutan), butik pakaian online Zayyan.Co, Mamee Sdn Bhd (Mamee Monster Biskidz dan Mister Potato), Tectic Blocks – the next hot blocks after Lego, Suria Putrajaya Mall’s tenants – Le Glamouriz Collections Boutique, Primadonna Boutique dan Pets Wonderland.


Semua sponsor ni telah menyumbang pelbagai jenis barangan bagi memberikan mereka senyuman di hari lebaran ni..antaranya, semua mendapat baju raya, duit raya, sejadah mini, permainan pendidikan, alat tulis, buku-buku dan semestinya barangan daripada Mamee Sdn Bhd (Mamee Monster Biskidz dan Mister Potato) berupa makanan yang sesuai dimakan sepanjang bulan Ramadan.

Anak-anak ni turut menyumbang untuk membuat pertunjukkan pasa malam tersebut dengan menyampaikan 2 buah lagu nasyid...teserlah wajah kegembiraan mereka dengan usaha yang telah dilakukan oleh Hotel Dorsett Putrajaya.


Terima kasih untuk semua sponsor dan terima kasih juga buat Dorsett Putrajaya kerana berkongsi kegembiraan kepada anak-anak yatim ni...Sally harap bukan hanya bulan Ramadan baru ada aktiviti seperti ni...seharusnya aktiviti ni perlu diteruskan dalam jangka masa yang lama bukannya berkala.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.dorsetthotels.com

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Duit Raya? Naaa...baik layan Raya Giveaway Festival di Althea!

1:15:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


Raya Giveaway Festival | Heyyo adik-adik..ni #KakakKimchi kesayangan korang nak cerita pasal Korea..hoyeah sayang..Korea..tapi kali ni bukan nak cerita pasal travelogue ke Korea, tapi nak cerita pasal Raya Giveaway Festival di Althea!

Siapa la si Althea ni..? Ini la nak cerita...Althea merupakan sebuah laman web yang menyediakan pembelian secara atas talian barangan kecantikkan, terus daripada Korea...yes, mmg shipping direct daripada Korea dan tak perlu diragui keaslian produknya..haaa...kepada peminat K-Beauty stuff tu korang kena beli dengan Althea.


Sempena bulan Syawal yang bakal menjengah kita nanti...selain daripada persiapan baju raya, langsir raya, sofa raya...kecantikkan diri pun mestilah kena jaga...dan kepada peminat-peminat barangan kosmetik daripada Korea, korang kena shopping dengan Althea sebelum Syawal ni sebab ada banyak promosi Raya Giveaway Festival...Sambil membeli, korang boleh dapat produk secara percuma! (Satu produk untuk satu pelanggan)

Sebagai Duta Kecil Korea (unofficial + perasan je lebih), Sally mmg teruja sebab Sally tak perlu nak ke Korea semata-mata nak membeli barangan yang Sally nak...err...kadang tu terpergi jugak kesana..hahaha..


This is the most important things guys!
Sally kalau shopping kat Althea...salah satu sebabnya adalah kotak dia..hahaha...kotak dia mmg sangat cantik dan Sally buat jadi tempat simpan barang-barang peribadi dalam tuu...Sempena Ramadan ni, kalau korang shopping di Althea...korang akan dapat kotak edisi terhad untuk bulan Ramadan ni...cantiknya weh..warna pastel dan lembut..jom tambah koleksi kotak! Hahaha

Okay, enough with all the long writing...Sally malas nak cakap banyak...korang sepantas kilat, usha website www.althea.kr dan shopping la untuk raya...Mana tau yang mana single raya ni tahun depan jadi double sebab muka dah cantik macam artis Korea! Kahkahkah! Maklumat lanjut boleh tengok Facebook Althea Malaysia!

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kak Bidan Official; menyediakan perkidmatan urutan tradisional Melayu utk wanita lepas bersalin.

10:43:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments



Page Facebook: Kak Bidan Official
Instagram: @kak.bidan
WhatsApps/SMS/Telegram: 017-206.6286

==============================================

Baru lepas bersalin atau menanti hari? Sally nak kongsikan dengan korang salah satu servis yang selalu dicari oleh orang yang baru lepas bersalin iaitu mengurut...Kak Bidan, merupakan satu servis dimana mereka membantu wanita khasnya selepas bersalin kembali sihat dan langsing dengan menyediakan perkhidmatan urutan tradisional Melayu berlandaskan perbidanan Islam dan patuh syariah terus ke rumah. Macam menarik kan?

Juruterapi perbidanan Kak Bidan terdiri daripada wanita melayu tempatan, yang menutup aurat serta mempunyai sijil kelayakan berkaitan yang diiktiraf. Perkhidmatan mereka ini meliputi kawasan di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, sebahagian negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

Misi Kak Bidan ialah memastikan bakal-bakal ibu melengkapkan diri, mental dan fizikal sebelum bergelar ibu sehingga mereka menimang cahayamata. Mereka juga berkongsi maklumat dan ilmu tentang merancang kehamilan, cara menghadapi kehamilan, proses sebelum bersalin dan selepas bersalin secara Islamik.


Ini keratan akhbar daripada Harian Metro..haa...jangan tak percaya...mereka ni semua mmg profesional dan mahir dalam bidang mengurut. Kepada korang yang baru lepas bersalin, atau masih menunggu hari nak bersalin dan nak mencari orang untuk mengurut dirumah, boleh la cuba hubungi Kak Bidan.

Kak Bidan akan memastikan mereka;
1) Patuh Syariah
2) Tiada Caj Tersembunyi (Memang TIADA. GST pun tiada)
3) Juruterapi Wanita Beragama Islam
4) Aurat Terjaga
5) Tiada Paksaan

Selain daripada mengurut, mereka juga boleh tolong memasak menu makanan untuk mereka yang berpantang, serunding halia pun ada tau...yang best sekali Kak Bidan ada banyak tips dan berpengetahuan luas dalam menjaga mereka yang berpantang..

So, jangan lupa cari Kak Bidan untuk menjaga korang dalam pantang!

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Koleksi Raya 2017 plus-size di Mis Claire, khas untuk si chubby macam Sally!

3:52:00 PM Sally Samsaiman 5 Comments


Menjadi seorang yang berbadan besar mmg tak mudah nak cari baju yang sesuai...lagi-lagi lambakkan butik baju kebanyakkannya menjual baju untuk mereka yang bertubuh langsing sahaja...Jadinya macam mana dengan kami yang chubby ni? yang plus-size ni macam mana? Takkan tak boleh nak bergaya kan?

Jangan risau...ni Sally nak kongsikan dengan korang, koleksi Raya 2017 Plus Size di Mis Claire, khas untuk si chubby macam kita! eh..salah...macam Sally..hahahhaa....Kalau korang nak tau, Sally mmg dah lama menjadi pelanggan di Mis Claire...dan overall, mmg sangat berpuas hati dengan material dan setiap koleksi yang mereka keluarkan...


So, tahun ni...Sally nak semua yang berbadan besar macam Sally bergaya di hari lebaran yang akan datang ni...sebabnya ada macam-macam jenis koleksi yang mmg wajib ada dalam wordrobe korang untuk raya ni...

Kenapa Mis Claire? Sebab reka bentuk pakaian dari Mis Claire tertumpu kepada gaya yang kemas dan anggun, serta pemilihan material yang terperinci bagi memastikan keselesaan wanita plus size seperti Sally ni..dan yang penting sekali ada saiz daripada 2XL sehingga 7XL, dengan pelbagai corak, gaya dan warna yang menawan!

Koleksi Minimalistik

Dalam koleksi ni semuanya minimalistik! Less is more...hanya dengan menggunakan renda, potongan yang pelbagai...baju-baju ni nampak cantik dan sopan...yang penting sekali nampak lembut dan ayu bila dipakai.

→ SET KEBAYA MINIMALISTIK
→ KURUNG MODEN RENDA
→ KURUNG MODEN STAIL “NEELOFA”
→ PEPLUM BERSILANG


Koleksi Noir
Koleksi ni sesuai untuk mereka yanhg sukakan sesuatu yang tradisional..dan nak back to basic..Baju kurung, baju kebaya dengan tenunan keemasan yang memberi efek unik, klasik dan anggun! Baru la boleh feeling macam wanita zaman dulu-dulu...

→ KEBAYA RIAU
→ KURUNG PAHANG


Koleksi Garland

Koleksi ni sesuai untuk mereka yang ceria dan sukakan kelainan pada reka bentuk baju..Koleksi Garland diinspirasikan dari corak floral yang unik dan romantik. Rekaan dan potongan koleksi ini membuat pemakai nampak lebih langsing walaupun dengan corak bunga yang padat.

→ KURUNG MODEN EMPIRE
→ KURUNG MODEN PEPLUM
→ JUBAH

Koleksi Floral
Ini antara koleksi yang menjadi pujaan Sally...Selain sebab mmg tgh hot design yang macam ni...Koleksi ni bertemakan floral dan dalam masa yang sama masih mengekalkan tema minimalistik kepada design mereka.

→ KURUNG MODEN BABYDOLL
→ KURUNG MODEN PEPLUM
→ KEBARUNG FLORAL


So, kepada kakak-kakak, adik-adik yang chubby kat luar sana...walaupun kita berbadan besar...comel dengan isi terlebih ni...masih ada ruang untuk kita melawa, untuk tampil anggun macam orang lain...yang penting kena la usaha cari...untuk korang yang berminat dengan koleksi daripada Mis Claire..korang boleh jengah website mereka di www.misclaire.com, Sally yakin korang takkan menyesal.

Untuk lebih berpuas hati, boleh juga ke Bilik Pameran Mis Claire
Selasa - Sabtu : 10am - 5pm
35- first floor, Jalan ss 23/15, Taman SEA, Petaling Jaya, Selangor.
WAZE : “MIS CLAIRE”
03 - 7887 6008 *sila hubungi mereka untuk temu janji sebelum datang*


Haaa...dah, g beli sana...dan buat yang dah bergaya dengan koleksi dari mereka jangan lupa #hashtag mereka di #misclaireraya2017 dan #iwearmisclaire. Untuk yang nak tengok lebih banyak pilihan dan informasi terkini sila ke Facebook dan Instagram Mis Claire okay?

Jom beli baju untuk raya!

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Watch and Win: Prime tickets to G-Dragon's World Tour in Singapore (25 & 26 June 2017)

8:30:00 AM Sally Samsaiman 1 Comments




G-Dragon is coming to Singapore!

Guys, I'm so excited to share that G-Dragon’s 2017 World Tour is making a stop in Singapore.

The Singapore leg of this tour is set to take place on 24 & 25 June 2017 (Saturday & Sunday), 6pm at the Singapore Indoor Stadium. This marks one of the biggest K-pop world tour and tickets to this highly anticipated concert are selling out fast!

Oh!K (Astro Ch 394) is giving G-Dragon fans a chance to win VIP, CAT1 and CAT2 tickets worth up more than RM2,000.

To do stand a chance in winning these tickets, you just have to:

1. Tune into Oh!K (Astro Ch 394) on Mondays – Fridays @ 7.50pm- 9.00pm and lookout for two (2) different codes which will appear in those time slots from 5 – 16 June 2017.
2. Snap a photo of both codes.
3. Submit the photos of both codes under the comments on Oh!K TV Asia’s Facebook page here: Oh!K TV Asia with a short descriptor on why you are G-Dragon’s super fan!

Good luck!!

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Majlis Pengagihan Pek Berbuka Puasa Oleh Fonterra Brands Malaysia.

2:52:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments



[010617] Bulan Ramadhan ni merupakan bulan dimana orang berlumba untuk melakukan kerja amal dan tidak terkecuali untuk Fonterra Brands Malaysia yang mana terkenal sebagai pengeluar produk tenusu di Malaysia...Kalau korang yang tak kenal dengan Fonterra Brands Malaysia, korang mesti kenal produk keluaran mereka, antaranya Anlene, Anchor, Fernleaf dan Chesdale.

Tapi jangan salah sangka tau, Fonterra Brands Malaysia bukannya mengikut tradisi membuat amal semasa bulan Ramadhan je...tapi Majlis Pengagihan Pek Berbuka Puasa ni dibuat sempena Hari Susu Sedunia (World Milk Day), dan tujuan mereka untuk berkongsi kebaikkan produk tenusu kepada rakyat Malaysia.


Bertempat di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi..Majlis Pengagihan Pek Berbuka Puasa, bubur lambuk dan produk-produk keluaran Fonterra Brands Malaysia telah diagihkan kepada penduduk yang tinggal di sekitar Masjid Al-Ikhlasiah.

Suka betul Sally tengok Mr. Jose Miguel Porraz Lando, Managing Director untuk Fonterra Brands Malaysia dan Singapura..segak berbaju melayu sepasang gigih memberikan pek berbuka puasa ni kepada penduduk sekitar...Majlis Pengagihan Pek Berbuka Puasa telah diagihkan bermula sesudah solat Asar.


Mengamalkan produk tenusu semasa berpuasa merupakan salah satu amalan yang tak dapat disangkal lagi yang ternyata sangat bagus. Hanya dengan segelas susu pun kita dah boleh mendapat nutrien yang cukup dan kekal bertenaga sepanjang hari. Di dalam segelas susu, kita boleh dapat nutrisi seperti protein, kalsium, potasium, Vitamin D dan B.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling sesuai untuk mengubah rutin pemakanan kepada rutin pemakanan yang sihat. Ia adalah penting, memilih makanan dan minuman yang sesuai semasa sahur dan Iftar setiap hari, bagi membantu kita kekal sihat dan bertenaga sepanjang masa...dan ini yang ingin dikongsi kepada rakyat Malaysia.


Kalau korang nak tau, bubur lambuk daripada Fonterra Brands Malaysia ni ada campuran susu tepung Fernleaf..Lain daripada yang lain kan? Yang penting sedap! Hahaha

Semua produk Fonterra di Malaysia telah mendapat pengiktirafan daripada JAKIM dan semuanya diyakini sebagai produk Halal dan bersih, dan kalau korang nak baca pasal Fonterra Brands Malaysia berkongsi beberapa resepi menggunakan produk mereka dan tips yang sesuai diamalkan semasa bulan Ramadan, korang boleh baca kat Kebaikkan Produk Tenusu Diamalkan Dalam Bulan Ramadan bersama Fonterra atau boleh layari Facebook rasmi mereka, Fonterra Brands Malaysia

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Masak - masak Raya Manis dengan California Raisins!

1:39:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments




California Raisins..?

"Raya Manis"..?

Apa benda la semua ni kan..hehe...korang yang kalau friends dengan Sally kat Facebook atau yang follow Sally kat Instagram, mesti dah tau pasal events ni kan...Haaa...kalau yang tak tau, ni Sally nak kongsikan dengan korang...Sempenan musim perayaan yang bakal tiba ni, Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC) telah memperkenalkan pelbagai resepi yang menggunakan kismis California yang semestinya sedap dan berkhasiat.



Haaa...yang berbaju hitam ni, Chef Rohani Jelani...beliau ni bukannya specialty dalam masakan tapi lebih dikenali sebagai food artist..Kebanyakkan resepi yang dihasilkan mmg unik dan lain daripada yang lain...Masa events haritu...Sally dapat rasa pelbagai jenis masakan yang berasaskan kismis California, antaranya Kuih Makmur dengan inti Kismis, kuih lopes dengan kismis dan macam-macam lagi...

Belum masuk part yang lagi best..hehehe...yang paling best mestilah.........



Yes!

Yang paling best mestilah Sally yang masak..hehehe...thanks dekat kak Ayue yang invite Sally untuk sama-sama join masak ni...masa diberi sejam je...mmg pening kepala nak fikir nak masak apa...nak bakar kek ke, nak buat cookies je...macam-macam la benda yang menerjah masa nak pilih resepi...tapi end up Sally suggest buat churros je...hehehe...Sally kan #DutaChurros..LOL

Memang saje pakai tudung yang sama kaler...konon nak tunjuk semangat setia kawan..hahahaha....



Abaikan muka excited Sally nak memasak tuuu...kalau korang nak tau...semua resepi kena berasaskan kismis California...sebabnya RAC nak mengetengahkan kebaikkan kismis...selain daripada membuka selera, kismis juga merupakan sumber pemakanan berkhasiat dan sesuai untuk dimasukkan kedalam menu masakan.



Menu kat atas ni merupakan antara menu yang telah dibuat oleh Chef Rohani...ada macam-macam resepi...antaranya, "Kek" Nasi Kunyit berperisa dengan Kismis California, Sambal dengan Kismis California dan bunga kantan, Creme Caramel dengan Kismis California, Kuih Makmur (dengan inti kismis), Bubur Cha Cha dan kuih lopes.



Judging time!



Ni la rupa churros kumpulan "Funtasty Four"...Churros dengan campuran kismis dan, dipping sos kismis jugak...Susun atur ni semuanya idea kak Ayue...dia yang terfikir nak susun macam merak ni...kalau Sally, mmg humban aje atas pinggan..hahahaha..biasa laaa awak tak kreatif...tapi that churros Sally yang buat tau..hihihi



and tadaaaaa...Alhamdulillah...Walaupun tak menang hadiah utama...kami dapat jadi 1st Runner Up...dalam erti kata lain tempat kedua laa...alhamdulillah sangat sebab dapat menang...teruja gila...padahal masa awal-awal masak tu rasa down sangat...mana tak down, orang lain ada yang masak 2-3 jenis menu...itu belum lagi dorang buat banyak benda...resepi pun semua mantop...kita pulak berbekalkan churros je haaa...tapi kalau dah rezeki...Alhamdulillah dapat tempat kedua..



Antara blogger yang join aktiviti pada hari tersebut...dan sekalung tahniah kepada yang jadi Champion dan 2nd Runner Up...Memang masing-masing berbakat dalam bidang masakan...menu semua pun tak kurang hebatnya...



Akhir kata, walaupun kismis ni kecil je...tapi ada banyak manfaat tau...ianya juga antara snek yang paling sihat sebab mengandungi gula semulajadi dan merupakan salah satu cara untuk kurangkan pengambilan gula dalam masakan dan kuih muih..

Terima kasih juga buat Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC) sebab menganjurkan Blogger Cooking Challenge ni...lain daripada yang lain dan ternyata mmg banyak resepi dan kegunaan kismis yang kita boleh pelbagaikan...bukannya terhad hanya untuk makan sebagai snek...dan semestinya terima kasih untuk teammates Sally; Kak Ayue Idris, kak Eyza Miel dan Naomie...

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

SENARAI BUFFET RAMADHAN / TEMPAT BERBUKA PUASA 2017 DI SEKITAR KUALA LUMPUR & SELANGOR.

12:43:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments


SENARAI BUFFET RAMADHAN / TEMPAT BERBUKA PUASA 2017 DI SEKITAR KUALA LUMPUR & SELANGOR

Dah banyak dah tempat Sally cuba makanan untuk berbuka puasa disekitar Kuala Lumpur dan Selangor...dan kebanyakkannya mempunyai kekurangan dan kekuatan yang berlainan pada menu yang dikemukakan..jadinya, tepuk dada tanyalah selera..

So, yang ni Sally susun dan buat satu entri supaya senang korang nak cari...Sally akan update list dari semasa ke semasa ye :)


Ada jugak beberapa tempat yang Sally dapat invitation tapi bukan untuk review, jadinya Sally just kongsi je details dengan korang eh...rajinkan sikit jari nak cari maklumat..hehe

→ Nak makan RUSA dan free flow DURIAN? Boleh jengah bufet Ramadan di Dorsett Putrajaya (www.dorsetthotels.com)

Dan ada juga beberapa pakej/bufet Ramadan yang lain yang dikongsikan daripada blogger-blogger di Malaysia...Sally letak kat bawah ni ↓

Quality Hotel City Centre (Kuala Lumpur)
Seri Pacific Hotel (Kuala Lumpur)
Restoran Bijan (Kuala Lumpur)
Enak KL (Starhill, Bukit Bintang)
Berjaya Times Square Hotel (Kuala Lumpur)
AnCasa Hotel & Spa (Kuala Lumpur)


5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kempen Fiesta Raya 2017 dengan Bintang Fashion!

10:33:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments



Baru masuk Ramadhan dan nak fikir Raya! Chop! Jangan la fikir macam tuuu...Sally bukan excited nak raya tapi excited nak kongsikan dengan korang pelbagai promosi hebat di Kempen Fiesta Raya 2017 dengan Bintang Fashion!

Sally bukannya senang nak cari baju, lagi-lagi sebab nak cari yang bersaiz besar bukannya mudah..jadi selalunya akan ke Bintang Fashion dengan ibu untuk cari jubah yang up to date..Biasa la kalau dah terlebih berat nip ayah nak cari baju kan...harap kat online kadang tak puas sebab kita tak tengok sendiri material dia kan...kat sini boleh pegang, boleh rasa sebelum decide nak beli.

Macam yang korang semua tahu, kat Bintang Fashion semuanya ada tau...Baju lelaki, baju wanita, baju kanak-kanak...all in one place...dan yang lebih hebat lagi sebab korang dapat kualiti selari dengan apa yang korang bayar.


Fiesta Raya 2017 - LEBIH BELANJA, LEBIH GANJARAN!

Haa! Jangan tak tau..bila shopping kat Bintang Fashion ni korang berpeluang untuk dapatkan pelbagai jenis ganjaran dengan setiap pembelian...so, lebih banyak korang beli lagi banyak ganjaran dia! Beli dan tebus ganjaran korang terus lepas shopping! Ada hadiah misteri, set kuku, termos, pembesar suara Bluetooth dan set mangkuk seramik untuk dikumpul!

Tempoh promosi : 1 Mei 2017 – 30 Jun 2017


Fiesta Raya 2017 – CABUTAN BERTUAH MINGGUAN!

Bukan setakat dapat tukar ganjaran dengan pembelian, korang jugak berpeluang untuk menang cabuatan bertuah mingguan tau! Kalau korang ke laman Facebook Bintang Fashion, sekarang ni dah masuk Minggu ke 3, dan secara keseluruhan ada 7 cabutan untuk 7 minggu..


Pelbagai jenis barangan elektrik boleh dimenangi tau..syaratnya pun senang je...dengan setiap pembelian minima RM200 dalam satu resit, korang berpeluang nak jadi antara 7 orang bertuah setiap minggu untuk cabutan bertuah!


Fiesta Raya 2017 – MENANGI TIKET MENAIKI JET PERIBADI CESSNA 172!

Teringin nak ada jet peribadi sendiri? Haaa! Ni ada peluang untuk korang dapatkan sepasang tiket untuk naik jet peribadi model Cessna 172 yang akan membawa korang terbang tinggi mengelilingi sekitar KLCC!

Yang ni yang paling senang tau...korang hanya perlu ke mana-mana outlet Bintang Fashion dan selfie dengan prop yang disediakan dan upload ke media sosial Facebook atau Instagram dengan #bfpj. Permilihan pun sangat telus, gambar yang paling banyak “likes” atau “share” akan menjadi pemenang dia...senang je kan? Penilaian hanya sampai 21 Julai 2017.


Di Bintang Fashion, korang boleh beli baju yang sesuai untuk seisi keluarga...kat sini boleh dapatkan baju yang sama design, sama warna untuk satu keluarga...tak kisahlah apa jua tema yang korang pilih, Bintang Fashion ada semuanya..jangan lupa untuk membeli belah di Bintang Fashion, “menikmati kualiti berdasarkan apa yang anda bayar.”

Untuk maklumat lanjut, boleh ke Facebook Rasmi Bintang Fashion, Instagram (@bf_bintangfashion) atau ke laman web : www.bintangfashion.com

Kalau korang nak mencari lokasi dan cawangan Bintang Fashion, boleh tengok senarai bawah ni:

Aeon Big Shah Alam
Lot G-18 & 19, Section 23 Shah Alam, Lot. 10, Jalan Deviden 23/6, 40460, Shah Alam, Selangor.

Ampang Putra
Lot. 25 & 27 GF Jln Bunga Tanjung 9C, Tmn Putra, 68000 Ampang, Selangor.

Ara Damansara
Lot. 141 ( Ground Floor ), NZX Commercial Centre, Jalan PJU 1A/41B, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Balakong Lama
Lot 39G&41 G Jln PDR5 Perniagaan Desa Ria 2, 43300, Balakong, Selangor.

Bentong
Lot. No 50 & 51, Jalan Ah Peng, 28700 Bentong Pahang.

Bkt Beruntung
Lot. K7, Pasaraya Grand Union, 1 Jalan Kamunting 1, Seksyen B6,48300 Bukit
Beruntung, Selangor.

Desa Pandan
Lot. No. 2-G Jln 1/76C, Desa Pandan,55100, Kuala Lumpur.

Dengkil
Lot. 29& 31, Jalan Deluxe 3, Pusat Perdagangan Deluxe 43800, Dengkil Selangor.

Giant Kelana Jaya
Lot. G01,Giant Hypermarket no 33 Jalan SS6/12, Kelana Jaya, 47301, Kuala Lumpur.

Giant Puchong Kinrara
Lot. F14-F16,Giant Hypermarket Bdr Kinrara, Lot 449, Jalnn BK 5A/1,47000 Puchong ,Selangor.

Giant Muar
Lot G31&G 32,Giant Hypermarket, Lot 6530, Tanjung Agas, 84000 Muar, Johor.

Giant Nilai
Lot G11-G13,Giant Superstore Nilai,PT 6367,Jln BBN 3/1, Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

HP Mall
Lot. F3-F5,1F,HP Mall Harbour Point, PT 664 Jln Sg.Aur Seksyen 13,Bandar Pelabuhan, 42100, Klang, Selangor.

Jalan Taiping
Lot. 1-G2,Jalan Taiping,41400 Klang, Selangor.

Meru
Lot. 39,Jalan Jelutong 1/Ku8,Pekan Meru, 41050 Klang, Selangor.

Metro Kajang
Lot. T175,3F,Plaza Metro Kajang, Jln Tun Abdul Aziz, 43000 Kajang Selangor.

Metro Prima Kepong
Lot. Jalan Prima 5, Pusat Niaga Metro Prima, Off Jalan Kepong, 52100, Kuala Lumpur.

Pandan Jaya
Lot. 43, Jalan Pandan 3/3, Pandan Jaya, Cheras 55100, Kuala Lumpur.

Puchong Prima
Lot. A-01-03 & A-01-04,Blok A Jln 5/5, Puchong Prima, 47100, Puchong, Selangor.

Rawang Baru
Lot. 107& 109, Jalan Maxwell, 48000 Rawang ,Selangor.

Selayang Baru 1
Lot. 36 &38 Jalan Besar, Selayang Baru,68100 Bt Caves, Selangor.

Semenyih 2
Lot. 11& 13 ,Tkt Bwh,Jalan Pasar Baru, 43500 Semenyih, Selangor.

Serdang
Lot. 13-17, Pasar Grand Union,Jln Perusahaan 3, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Seri Setia
Lot. 615,GF Jalan SS9A/1, Seri Setia, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

Sri Serdang
Lot. 22-1, Jalan. 18/32, Taman Sri Serdang 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Shah Alam
Lot. 36,36A&38,38A,Jln Pinang 18/C, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor.

Sri Gombak
Lot. 52B,Jalan SG 1/8,Tmn Sri Gombak,68100 Bt Caves, Selangor.

Sri Kota 2
Lot. 61 & 63, Jalan Mewah 25/63 Taman Sri Muda Sek.25, 40400 Shah Alam, Selangor.

Subang 1
Lot. 20,Jalan Besar, Kg Baru Subang,Seksyen U6,40150 Shah Alam, Selangor.

Sungai Buloh
Lot. 5&7,Jalan Liter C u19/C, Sungai Buloh, Seksyen U19,40160 Shah Alam, Selangor.

Sungai Buloh 2
Lot. 8 & 10, Jalan Public, Kg. Baru Sg. Buloh Shah Alam, 40160 Shah Alam, Selangor.

Taman Sentosa
Lot. Shahbudin 29A Taman Sentosa 41200 Klang Selangor.

Telok Panglima Garang
Lot. 116-124,TKT 1,Pasaraya Grand Union,Jln Utama 2, Teluk Panglima Garang, 42500 Klang, Selangor.

Tesco Alor Setar
Lot. G5, Tesco ,Mergong, Lebuhraya Suktanah Bahiyah, 05350, Alor Setar, Kedah.

Tesco Ampang
Lot. 23, Tesco Hypemarket, Jln. Pandan Prima Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur.

Tesco Kajang
Lot. F10, 1F,Tesco Kajang, PT37820 &11196,Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor.

Tesco Meru
Lot. 2, Jalan Setia Prima S U13/S, Bandar Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor.

Tesco Rawang
Lot. G2-G5,Tesco Rawang, Batu 1Jln Rawang, 48000 Rawang, Selangor.

Wangsa Maju
Lot. F1-35, AEON BIG, No 8, Jalan 8/27, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!