Harga patbingsu Malaysia dengan Korea.

11:58:00 AM Sally Samsaiman 11 Comments


Kebelakangan ni ramai yang search harga patbingsu atau bingsu kat Malaysia...Hehehe...ini mesti sebab pengaruh drama Korea kan...ataupun ada idol korang yang makan bingsu..eh, dah kenapa makan bingsu masa winter ni?

Disebabkan Sally dah pernah cuba bingsu di Korea dan juga Malaysia...jadinya Sally nak buat la sikit perbezaan pada rasa dan harga kedua-duanya...Untuk entri kali ni, kita cerita pasal Cafe Bene. Kenapa Cafe Bene? Sebabnya Sally dah pernah cuba makan bingsu di kedua-dua branch di Korea dan Malaysia..hihi

Cafe Bene, Gangnam.

Sebenarnya Bingsu kat Korea dan Malaysia takde banyak sangat beza pun...cumanya dalam segi harga dan portion tu agak berbeza...Kalau kat Malaysia, range harga untuk Cafe Bene dalam RM17 - RM25 sahaja, dan ada dua portion...single dan juga double.

Di Korea pula, selalunya hanya ada satu saiz sahaja...Saiz double di Malaysia ialah saiz yang serving sebenar di Korea dan selalunya harga lebih kurang dalam KRW 8,000 - 10,000 (dalam RM38 kalau convert menggunakan currencies pada Disember 2016).

Tapi apa yang Sally suka dengan Bingsu di Korea ialah bahan-bahan yang digunakan tu tidak kedekut dan sentiasa ada perasa yang kemungkinan besar takkan ada kat Malaysia..Macam yang korang tgk dalam gmbr kat atas tuu...Sally rasa mmg berbaloi sangat beli dengan harga KRW 10,000, sebab portion nya agak besar dan jugak semua barangan dalam tu banyak...

Daripada segi rasa...selalunya tak banyak beza...cuma ada sedikit sebanyak la perbezaan...contohnya macam susu yang digunakan, sirap coklat, aiskrim dan buah-buahan...Kalau kat Korea ni, selalunya aiskrim dia macam ada rasa yogurt macam tuu...Haa..Ok laa..tu jela yang Sally boleh kongsikan dengan korang pasal bingsu Malaysia dan Korea.

Dah pernah makan patbingsu?

**UPDATE

Harga bingsu kat B.Bap Korean Bistro (Range harga dalam RM17-RM20)..Ada 4-5 jenis pilihan bingsu kat sini.

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!