Korean Movie | Seondal: The Man Who Sells the River

9:34:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


Seondal: The Man Who Sells the River | Hmmm...dah nak penghujung 2016 ni..makin banyak drama yang keluar...Haaa...ini Sally nak suggest satu movie...Yela...sementara korang menanti episod terbaru drama favorite korang...Boleh la luangkan masa 121 minit utk tengok movie ni...

Seondal: The Man Who Sells the River ni merupakan sebuah movie yang terjadi pada zaman kerajaan Joseon dulu...Sally pada awalnya nak tengok movie ni sebab ada Yoo Seung-ho (sebab tak dapat move on lagi daripada drama "REMEMBER"), tapi sebenarnya mmg movie ni agak worth it la untuk ditonton.


Movie ni mengisahkan Kim In Hong (Yoo Seung-Ho), seorang genius yang mmg kerjanya menipu orang dengan tiga orang kawan dia, Bo-Won (Ko Chang-Seok), Bomoh (Ra Mi-Ran) dan Gyeon (Kim Min-seok). Geng dorang ni mmg sangat terkenal dan merupakan buruan. Klimaks cerita ni bila dorang terpaksa menipu Sung Dae-Ryeon (Cho Jae-Hyun) yang merupakan seorang pegawai kerajaan yang sangat kejam.

Cerita ni ada la sedih dia, tapi lebih banyak kepada komedi dan korang takkan expect la apa yang dia mampu buat...hehehe...So, highly recommended! Walaupun movie ni dah keluar sejak bulan Julai 2016 yang lepas, tapi susah betul nak cari yang dah ada subtitles...So, ni dah ada...jangan lupa tengok

Tengok online / download : Seondal: The Man Who Sells the River

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bayar zakat dengan Van Bergerak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

10:37:00 AM Sally Samsaiman 2 Comments



Hadith Rasulullah S.A.W
" Bentenglah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu kepada Allah "
Riwayat Abu Daud, At-Tabarani dan Al-Baihaqi

Mengeluarkan zakat tu merupakan salah satu kewajipan yang wajib kita sebagai umat Islam tunaikan…Allah sendiri telah menetapkan mengeluarkan zakat itu dalam salah satu rukun Islam (yang ketiga) yang mana perkara wajib pada kita sebagai umat Islam…Seorang Muslim yang memiliki harta yang telah mencapai nisab dan syarat-syarat wajib keatasnya, maka jatuh hokum wajib baginya menunaikan zakat.

Di Malaysia kita ada banyak badan yang menguruskan zakat..Bermula daripada penerimaan bayaran zakat sehingga pengagihannya kepada mereka yang layak untuk menerima...Salah satunya ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Cadangan untuk penubuhan satu agensi yang dipanggil Pusat Pungutan Zakat di Wilayah Persekutuan telah dikemukakan kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, (MAIWP); Tan Sri Dr. Yusof Noor.

PPZ-MAIWP akan menguruskan pungutan zakat harta di ketiga-tiga kawasan dalam jajahan Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Dalam kehidupan kita yang serba canggih ni, ada pelbagai jenis platform yang dirangka bagi memudahkan urusan pembayaran zakat. Antaranya secara online di laman web atau perbankan atas talian, kaunter zakat yang terpilih, Skim Thohir (Bayaran secara bulanan dan diselaraskan dengan Potongan Cukai Berjadual) dan yang paling mudah, Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP.


Sesuai dengan “tagline” nya, “Kami Bersedia Ke Tempat Anda”; Kaunter Zakat Van Bergerak merupakan salah satu platform yang telah diusahakan oleh pihak PPZ-MAIWP bagi membantu umat Islam di sekitar Wilayah Persekutuan untuk membayar zakat..Terdapat sebanyak 7 lokasi tetap Kaunter Zakat Van Bergerak :

I. Jalan Tunku Abdul Rahman, KL
II. Jalan Dungun
III. CIMB Bank Setiawangsa, KL
IV. KWSP Wangsa Maju
V. Masjid As-Syakirin, KLCC
VI. Menara Binjai
VII. Perbadanan Putrajaya

Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP ini dilengkapi dengan kemudahan KIRAAN, BAYARAN dan SEMAKAN. Pembayaran juga boleh dengan menggunakan TUNAI, KAD KREDIT ISLAMIK, KAD DEBIT dan CEK. Selain itu juga, Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP ini juga turut menawarkan perkhidmatan khas kepada individu yang ingin membuat pembayaran RM10,000 dan ke atas. Pendek kata semua urusan boleh dilakukan disini.

Untuk maklumat lanjut tentang fungsi PPZWP dan juga MAIWP anda boleh layari laman web :

1. Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan = www.zakat.com.my
2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Agihan Zakat) = www.maiwp.gov.my
3. Facebook Fanpage PPZ-MAIWP = www.facebook.com/myzakat
4. Pusat Panggilan PPZ-MAIWP (pertanyaan berkenaan pembayaran zakat) talian = 1-300-88-5757
5. Facebook Fanpage Baitulmal MAIWP = https://www.facebook.com/baitulmal.wp
6. Pusat Panggilan Baitulmal-MAIWP (pertanyaan berkaitan agihan,bantuan,aduan) talian = 1-800-88-5222

Firman Allah SWT
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "
Al-Baqarah, ayat 43

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korea Musim Luruh 2016 - Yellow Cafe di Dongdaemun Market

9:00:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments


Hello! Bertemu la lagi kita dalam sambungan Travelogue Korea Sally...

Masa kat Dongdaemun Market, tujuan sebenar Sally sebenarnya nak ke Yellow Cafe. Awal Mac yang lepas, Sally ada kongsikan dengan korang tentang Yellow Cafe ni...Kalau tak ingat boleh baca kat entri bawah ni.. ↓↓↓



Macam yang korang tau la kan...Korea mmg terkenal dengan susu pisang...Rata-rata kalau pergi ke mana-mana kedai mmg ada jual susu Korea...Jadinya, konsep kafe ni mmg khas dibina untuk peminat susu Korea di seluruh dunia. Jadinya lepas tau yang ada kafe khas untuk susu pisang ni...Mmg Sally terus masukkan kafe ni dalam itinerary...





Kafe ni tak besar pun...kalau tak silap Sally ada dalam 6 meja je kot...dan semua menu kat sini mmg berasaskan pisang...Kalau korang nak tau...sejak tahun 1974 hampir 800,000 botol susu pisang sudah terjual di Korea sahaja...Bayangkan berapa ramai peminat susu ni sebenarnya kan...kepada korang yang bakal atau merancang ke Korea, susu pisang keluaran Binggrae merupakan benda yang wajib korang cuba...

Yellow Cafe sudah mula dibuka bermula 11 Mac 2016 yang lepas lagi...




Hahaha...letak la tiga-tiga gambar...tak tau nak pilih yang mana...Nampak tak punya suka dengan susu pisang...Siap guna shawl ikut tema..hihi..Pelbagai jenis minuman yang berunsurkan pisang ada dijual dikafe ni termasuk la Banana Latte, Banana Shake, aiskrim dan juga pelbagai jenis kek, pastri dan puding.

Kalau korang berkesempatan ke Korea, spesifiknya ke Seoul...boleh la ke Yellow Cafe ni tau!

Yellow Cafe
Level Basement 2, Hyundai City Outlet
Dongdaemun (beside DOOTA shopping mall)
Operating hours:
Sunday - Wednesday : 11:00-22:00
Thursday - Saturday: 11:00 to 23:00

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korea Musim Luruh 2016 - Apa yang menarik sekitar Dongdaemun Market?

2:12:00 AM Sally Samsaiman 0 Comments


Seperti yang dah Sally ceritakan dalam entri travelogue ke Korea, lagi!, mohon bertabah laa dengan membaca travelogue Sally ke Korea buat kali kedua...Disebabkan ada beberapa tempat yang Sally repeat pergi tapi Sally tetap akan cerita jugak laa...yela...lepas 2 tahun macam-macam benda boleh jadi kan..hihihi

Hari pertama sampai, dah lewat petang...lepas check in ke guest house, terus la keluar jalan-jalan...Kalau korang nak tau, Sally stay kat guesthouse yang sama macam tahun 2014...Masa kali pertama ke Seoul... UWA Guesthouse ni mmg cantik...dan Sally selesa sebenarnya tinggal kat sana..

Ok, back to topic...Lepas check-in, terus bergegas keluar...Awalnya ingat nak jalan-jalan jauh tapi sebab dah lewat petang dan masa musim luruh mmg gelap awal, jadinya pergi jela yang dekat...



Dongdaemun Market sebenarnya sesuai kalau korang kunjungi masa awal pagi atau tengahari...sebab kalau dah lewat petang selalunya dah tutup...Nak ke Statue of King Sejong the Great macam malas..hahaha..tapi bukan malas la sebenarnya...lebih kepada tak tahan sejuk je...tapi disekitar tu sebenarnya ada Doota Mall dan Hyundai City Outlet.

Daripada sini jugak korang sebenarnya boleh ke Cheonggyecheon Stream yang cantik tu...Cheonggyecheon Stream merupakan sebuah terusan sepanjang 12km dan selalunya orang akan ambil masa untuk jalan-jalan sekitarnya la...



Oullim Square ni terletak kat Dongdaemun Design Plaza (DDP)


Sebenarnya ada banyak benda yang korang boleh buat kat area Dongdaemun ni...Kalau korang nak tau lebih lanjut, atau nak plan itinerary sehari di Dongdaemun...Korang boleh refer kat entri Beginners Guide to Dongdaemun..

Lepas ni Sally kongsikan satu benda lagi yang best yang ada kat Hyundai City Outlet yang ada sebelah Doota Mall ni...

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korean Drama | Hwarang / Hwarang: The Poet Warrior Youth

12:18:00 AM Sally Samsaiman 1 Comments


Hwarang / Hwarang: The Poet Warrior Youth

Wahh! Akhirnya saat yang kita tunggu dah pun tiba...dah selesai pun tunjuk 2 episod yang pertama minggu ni...Sorry la lambat sikit dapat share dengan korang...Saje je nak kasi derita sikit jiwa dan raga korang kan...

Macam yang Sally janjikan dalam entri senarai pelakon drama: Hwarang / Hwarang: The Poet Warrior Youth / Hwarang: The Beginning, Sally janji nak kongsikan link supaya korang boleh tengok sepantas kilat...Jadinya, meh laa tengok!


Rasanya semua dah tau kan sinopsis cerita ni...kalau tak tau jugak...hmm...hahaha...Malas nya nak cerita banyak kali...Lulz...Apa yang Sally boleh cakap...dua episod pertama ni mmg best...Kalau korang peminat Lee Kwang Soo, korang kena tengok jugak...sebab dua episod pertama ni ada special appearance daripada dia...


Watch online : Hwarang
Download : Use dramadownloader.com (Check here)

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!