Running Man Challenge - Hydrated by 100PLUS with Lee Kwang Soo!

3:52:00 PM Sally Samsaiman 0 Comments



Rasanya ramai antara korang peminat Running Man mesti tau yang Lee Kwang Soo ada di Malaysia sebagai tetamu jemputan untuk program RUNNING MAN CHALLENGE - HYDRATED BY 100PLUS yang telah diadakan pada 26 November lepas di Paradigm Mall, Petaling Jaya.





Program tu turut sama disertai oleh AJAK SHIRO, SHAHRUL RIDZWAN, HAIRUL AZREEN & AYDA JEBAT...Program dimulakan seawal jam 10 pagi tapi Lee Kwang Soo hanya sertai mereka pukul 4.30pm...untuk program terakhir lawan dengan team Jingga yang diketuai oleh Hairul Azreen.

Jujurnya Sally tak dapat nak tengok perlawanan antara empat-empat kumpulan ni sebab ada event lain pada sebelah pagi...Acara Running Man di Malaysia yang diketuai oleh 4 orang selebriti tu mmg sangat gamat dan meriah..walaupun ada beberapa ahli yang cedera, tapi semangat dorang tu mmg Sally salute!


Lepas tu ada Press Conference dengan Lee Kwang Soo sebelum majlis Meet and Greet diteruskan. Sally dapat pass sebagai media, jadinya dapat la hadiri sesi PC dengan LKS dan dapat saksikan sendiri peminat Running Man dan Lee Kwang Soo.

Hampir 10,000 orang datang membanjiri Paradigm Mall dan lebih lagi diluar mall yang tak sempat untuk berjumpa beliau dan mmg fenomena la Running Man ni kan...Sally pun nasib baik sampai awal kat venue..Kalau tidak...mmg sedih la kan nak mencari parking bagai..hahahaha..Sumpah la gila ramai orang!

Kepada peminat-peminat Lee Kwang Soo yang tidak dapat hadir ke Meet and Greet beliau, pihak 100Plus telah mengumpulkan mesej-mesej terpilih daripada anda semua untuk dijadikan video pendek sebagai kejutan istimewa buat Lee Kwang Soo sewaktu acara Running Man Challenge - Hydrated by 100PLUS.




Lee Kwang Soo sempat berkongsi tentang aktiviti terbaru beliau dan tentang makanan kegemaran dia di Malaysia...Katanya, satay sangat sedap...Sally rasa kebanyakkan artis Korea yang datang ke Malaysia mmg suka makan satay...sama jugak la macam ahli CNBLUE, Kang Min Hyuk..

Beliau juga ada share tentang selebriti yang dia sering habiskan masa bersama dan lepak bila ada masa lapang...tengok temubual dia kat H!Live, dia nak ajak semua ahli Running Man ke Malaysia sbb dia kata ramai peminat kat sini jugak!



Kepada korang yang terlepas, boleh la lock date korang dan tengok ASTRO RIA (104 & 123) dan ONE HD (393) pada 01.01.2017, 11PM sebab ada tayangan istimewa tentang kedatangan Lee Kwang Soo ke Malaysia!

So, minggu ni Park Bo-Gum akan datang dan kemudiannya ada GOT7 pulak...hahahaha...mana pulak la pass media ni! hahahahaha

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!