Giveaway Topup Percuma by Atiqah Najihah

11:11:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments




Klik banner kalau nak join sama :)

SYARAT SYARAT PENYERTAAN :
1. Tak mintak banyak pun, mintak jujur klik semua link di bawah sahaja
2. Follow blog INI *blog tak wajib follow pun*
3. Klik link ni *tunggu sampai habis loading* SINI dan SINI dan SINI
4. Pemenang akan ditentukan melalui random.org

SENARAI HADIAH PERTANDINGAN :
Topup RM20 *untuk mana mana rangkaian*
Topup RM10 *untuk mana mana rangkaian*
Topup RM5 x 3 *untuk mana mana rangkaian*
Hadiah mungkin bertambah jika bilangan peserta melebihi 100+ orang atau mungkin berkurang jika bilangan peserta tidak mencapai 50 orang

UPDATE :
**Tarikh tutup : 31 Disember 2016
**Please invite more bloggers to join this giveaway
**Senarai Peserta : HERE

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Sinopsis Filem Bisik Pada Langit

10:31:00 AM Sally Samsaiman 2 Comments


Sebenarnya, filem ni dah ditayangkan di Astro First dalam bulan September yang lepas...Filem televisyen (FTV) terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd berjudul Bisik Pada Langit tu menampilkan Jalil Hamid, Ummi Nazeera dan Beto Khusyairi selaku tonggak utama.

Sebenarnya Sally baru berkesempatan nak tengok..hahahaha..biasa la kalau dah keluar kat Astro First mmg malas la nak beli..kekeke..tunggu jugak yang free...Sally nak review sebab filem ni bagi impak yang besar pada Sally sebab mengangkat kisah kekeluargaan sebagai plot utama dan aspek ketulusan sebuah persahabatan, cinta dan ketentuan takdir juga turut diketengahkan.

SINOPSIS FILEM BISIK PADA LANGIT

Mengisahkan pengorbanan Wak Selamat (Jalil Hamid) sebagai seorang ayah yang dilihat begitu menyayangi anak perempuannya dan sanggup menunaikan segala kehendak permata hatinya ini bagi memastikan kebahagiaan dikecapi beliau pada setiap masa. Siti Hajar (Ummi Nazeera) merupakan satu-satunya anak perempuan dari tiga beradik. Sama seperti ayahnya, abang beliau, Zaidi (Beto Kusyairi) dan adiknya, Ikram (Naim Daniel) turut perlu berkorban semata-mata demi memastikan cita-cita Siti Hajar untuk melanjutkan pelajaran di Perth, Australia dapat direalisasikan. Walaupun dalam keadaan berat hati, Wak Selamat perlu membenarkan anaknya pergi dengan harapan Siti Hajar dapat membawa pulang segulung ijazah seterusnya membantu keluarga yang selama ini hidup dalam serba kekurangan.


Harapan Wak Selamat musnah apabila Siti Hajar dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Perth. Lebih meremukkan hati Wak Selamat adalah apabila beliau hanya mengetahui akan hobi anaknya yang gemar menunggang motosikal selepas dari kecelakaan yang menimpa Siti Hajar, namun pada masa yang sama, semua ahli keluarga sudah mengetahuinya sejak dari duhulu lagi. Siti Hajar kini berada dalam keadaan kritikal dan koma di negara asing yang menjadikan keluarganya di Malaysia tidak senang duduk dan ditindih keresahan.

Tidak cukup sekadar memanjatkan doa agar dipermudahkan segalanya, Wak Selamat terus berusaha mencari jalan agar beliau dapat pergi ke Australia untuk melihat sendiri keadaan anak kesayangannya itu. Tanah yang ada digadaikan, rumah pula dipajakkan, saudara mara ada yang membantu tetapi kebanyakkan dari mereka dilihat lebih banyak mencemuh kerana tidak setuju akan keputusan Wak Selamat untuk pergi melawat anaknya di Australia kerana ia diandaikan sebagai satu pembaziran kepada mereka yang terang-terangan hidup susah di sini. Wak Selamat dan keluarganya dinasihatkan untuk terus menanti akan keputusan doktor dengan penuh pasrah di Malaysia. Tetap berdegil dengan keputusan beliau, Wak Selamat terus dengan pendiriannya untuk pergi ke Australia melawat anaknya. Namun begitu, adakah usaha Wak Selamat selama ini bakal menemui jalan buntu, dan adakah Siti Hajar akan kembali sedar atau Wak Selamat terlewat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya?

Kalau korang tgh mencari naskah terbaru untuk menonton, Sally cadangkan korang tengok filem ni...sebab pada Sally pengorbanan ayah dia sangat besar dan kita sebagai anak ni perlu faham dengan setiap satunya :)

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!