NIVEA Skin Delight Body Milk, spa mewah dirumah.

8:19:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Kulit yang sihat dan menerima penjagaan sempurna seringkali mencerminkan kecantikan diri wanita. Semenjak berabad lamanya, kulit yang lembut, licin dan cantik dianggap sebagai tanda kecantikan sejati. Sebagai contoh, Cleopatra, ratu terakhir kerajaan Mesir Kuno dikatakan bersiram di dalam mandian susu untuk mengekalkan kulit yang lembut, licin dan halus.

Setelah memasuki alaf baru, golongan wanita kini boleh memanjakan diri mereka dengan perkhidmatan spa pada harga yang berpatutan, ia masih lagi dianggap sebagai satu kemewahan bagi wanita-wanita yang mahukan diri mereka dibelai laksana seorang ratu, dari hujung rambut ke hujung kaki. Terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan urusan kehidupan serta berkerjaya.

NIVEA Skin Delight Body Milk, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan wanita mampu menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” selepas mandi.


NIVEA Skin Delight mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak dan kulit akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak tanpa berasa melekit, kerana “body milk” ini mudah untuk disapu.

Seperti minyak badan, susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. Ini kerana kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh. Bagi memberi ketenangan kepada jiwa dan minda setelah seharian bekerja, “body milk” ini turut diadun bersama haruman semerbak yang diekstrak dari bunga mawar dan juga lavender.


Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.

Selain itu, lavender atau nama saintiifknya Lavandula Angustifolia merupakan sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit.

Bagaimana nak gunakan NIVEA Skin Delight Body Milk?
Selepas mandi, oleskan “body milk”  ke seluruh badan anda semasa kulit anda masih lembap.

NIVEA Skin Delight Body Milk didatangkan dengan dua variasi wangian, Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian feminine dan Relaxing Lavender yang menenangkan deria anda. NIVEA Skin Delight terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90) untuk saiz 400ml.

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Majlis Penyerahan Wakaf Kitab Tafsir Ibnu Kathir kepada Akademi Darul Huffaz.

4:41:00 PM Sally Samsaiman 0 Comments


Melihat kepada perlunya sumber ilmu yang sahih dalam mempelajari Al-Quran & Sunnah, Syarikat IK Dot My Sdn Bhd telah mengambil inisiatif mewujudkan satu program khas iaitu Program Wakaf Kitab Tafsir Ibnu Kathir. Program wakaf yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini melibatkan penyerahan wakaf kepada maahad-maahad tahfiz seluruh Malaysia.

Kitab yang dipilih untuk program ini adalah kitab Tafsir Ibnu Kathir, karya Imam Ibnu Kathir (Imam terkenal bermazhab Imam Syafie), yang menjadi bahan rujukan dan kajian utama majoriti umat Islam di seluruh dunia.

Kitab Tafsir Ibnu Kathir

Program khas yang dihadiri lebih 200 orang pelajar Akademi Darul Huffaz bersama-sama para pewakaf dan media menyaksikan penyerahan 20 set kitab yang terdiri daripada 200 jilid Kitab Tafsir Ibnu Kathir. Acara dimulai dengan ucapan perasmian Ketua Pegawai Eksekutif IK Dot My, Tn Hj Khoirul Anam dan diteruskan dengan ceramah ringkas Kehebatan Kitab Tafsir Ibnu Kathir.

Tn Hj Khoirul Anam bersama Pengasas Akademi Darul Huffaz

Dalam kenyataan beliau:

“Misi utama Syarikat IK Dot My adalah untuk mengajak seluruh umat Islam kembali kepada Al-Quran dengan membaca, memahami dan mentadabbur isinya dan dalam masa yang sama mewakafkan kitab Tafsir Ibnu Kathir kepada penuntut ilmu supaya dapat dimanfaatkan dalam usaha mereka mempelajari ilmu agama.”

Para pelajar akademi bergambar bersama pemberi wakaf dan wakil IK Dot My

Syarikat IK Dot My berharap agar masyarakat Islam kembali kepada budaya Islam yang benar berdasarkan sumber ilmu yang shahih dari Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW melalui pembacaan Kitab Tafsir Ibnu Kathir.

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!