Market O - Brownies Korea

3:31:00 PM Sally Samsaiman 15 Comments


Heyyo korang! Diam tak diam dah hampir 2 minggu Sally pulang daripada Korea...Disebabkan ini kali kedua, jadinya Sally tak excited sangat nak membeli atau shopping...Plus nak shopping pun, baru lepas shopping kat Althea dengan Hermo sebelum ke sana..hihihi...

Kali ni, fokus Sally nak cari beberapa jenis snek yang kita boleh makan...not exactly stated there HALAL, tapi yang diyakini boleh makan laaa...Yang Sally nak share dengan korang ni, salah satunya laa...Brownies jenama Market O.



Sally sebenarnya bukan peminat coklat tapi mmg addicted gila dengan brownies...Kalau korang perasan laa...Kat IG Sally ada meroyan pasal nak cari brownies..hahahaha...kesian kan...bukannya tak boleh nak buat, boleh je tapi oven kita dah rosak...sedihnya!

Okay, back to topic...Brownies ni Sally kenal lepas jumpa dengan sorang rakyat Malaysia masa bercuti jugak dulu...dia yang bagi Sally sebungkus then start daripada tu mmg Sally gila makan benda ni...Sampai nak bergaduh la bila stok brownies ni dah habis...hahahaha..over kan!



Yang bestnya Market O - Brownies Korea ni, sebab dalam tu kapasiti coklat dia ada 52%...Means overall daripada sekeping ni...separuh daripadanya mmg coklat yang sebenar...hahahaha...MasyaAllah sedap dia...tak boleh nak gambarkan...Menyesal sebab beli sikit je...kekangan kat duit masa tu...aishh! Setiap sekeping ni dibungkus secara berasingan...pek mudah alih...so, senang la nak makan, cepatlahh dia habis!!

Sally nak tunjuk kat korang tekstur dia...tapi takut korang mengidam pulak lepas ni...hahahahaha...kejam gila kan ayat! Lepas ni ada banyak lagi snek yang Sally nak share dengan korang...yang pasti yang sedap la dan korang kena cuba kalau korang berpeluang nak kesana...

p/s : Macam nak revisit untuk Spring tahun depan, ada yang nak ikut?

15 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Holiday gateway sempena birthday yg ke 26!

8:44:00 AM Sally Samsaiman 9 Comments


Fuhhh! Diam tak diam dah nak menghampiri birthday Sally...bukannya apa..bila dah tua ni...nak celebrate tu dah tak berapa valid, lagipun bukannya ada orang nak celebrate...Jadinya, Sally lebih prefer nak celebrate birthday dengan short holiday gateway atau travel kemana-mana negara...Dua tahun lepas Sally celebrate birthday di Korea...Tahun lepas pulak ke Taiwan...Disebabkan tahun ni dah repeat Korea awal, jadinya birthday tahun ni celebrate kat KL jela...eh? Yakin?

Disebabkan kita ni lahir hujung-hujung tahun, jadinya kena la ambik kesempatan untuk dapatkan pelbagai promosi percutian akhir tahun yang ada...walaupun orang kata, hujung tahun merupakan masa harga melambung naik sebab cuti sekolah, tapi pada Sally...banyak promosi hujung tahun yang kita boleh dapat kalau pandai cari...

Bestnya kalau dapat mandi air terjun!

Kalau search kat Google, sebenarnya ada banyak cara nak cari pakej percutian, hotel, dan macam-macam lagi...tapi Sally selalunya lebih prefer untuk guna Traveloka (www.traveloka.com).. Korang pernah dengar atau guna Traveloka tak?

Traveloka ni merupakan salah satu laman web yang memudahkan kita cari semua benda dalam satu klik…Haaa…mesti nak tau macam mana kan? Dengan Traveloka, korang ada banyak pilihan hotel, penerbangan atau promosi untuk kedua-duanya...dalam masa yang sama korang jugak boleh dapatkan pelbagai maklumat tentang negara atau kawasan yang bakal korang lawati…dan yang paling best Traveloka akan suggest beberapa tempat attraction yang ada berdekatan dengan hotel yang korang pilih…So, takde la nanti korang terkontang-kanting fikir..mana nak pergi..



Untuk tahun ni...Sally prefer untuk raikan di area Kuala Lumpur...Bohong la kata kalau suka duduk kat KL ni tapi pada Sally, short gateway lebih baik kita lebihkan masa untuk berehat daripada habiskan masa dalam perjalanan daripada satu tempat ke satu tempat. Sebenarnya ada jugak la terfikir nak ke Singapore atau Indonesia, tapi memandangkan banyak dah berhabis masa ke Korea…Jadinya, kita stay la kat Malaysia…Lagipun apa kurangnya Malaysia kan? Masih banyak benda yang kita boleh teroka dan cari.

Kali ni Sally lebihkan pilihan kepada hotel yang bagi banyak kemudahan seperti spa, sauna, swimming pool, gym dan lain-lain...Fokus Sally kali ni betul-betul nak cari sebuah hotel yang mampu memberikan Sally masa untuk berehat dan dalam masa yang sama dapat kemudahan untuk memanjakan diri...Bekerja, belajar, menulis blog…Rasanya macam dah overly exhausted dah badan ni…So, sempena birthday “dia”, kena la manja kan dia..Kasi dia kurang stress..hahahaha….

Di Malaysia ni sahaja ada hampir 3,506 buah hotel yang kita boleh cari dengan Traveloka...bayangkan macam mana rambang mata Sally nak pilih hotel yang sesuai...Kalau boleh Sally nak cari hotel yang boleh kongsi dengan ibu dan kawan baik Sally...Bukannya hotel yang ada limitation...Kalau boleh la nak cari suite yang affordable dan value for money. Dengan hanya 3 langkah sahaja kita dah boleh cari hotel yang mengikut kemampuan dan keinginan kita.



Rambang mata tau nak mencari hotel yang sesuai dengan kehendak kita…lagi stress bila banyak sangat promosi yang membuatkan berbelah bahagi nak pilih yang mana…Ikut hati nak je ambik semua yang ada…tapi kena sedar diri la sebab baki dalam akaun tu makin susut bukannya makin bertambah..hahahaha…

Kalau korang nak tau, Sally pernah la terfikir nak buat review “Satu Bulan Satu Hotel”, tak kisah la hotel budget atau hotel yang bertaraf 2, 3, 4, 5 bintang…Kan best kadang sekali sekala kita tidur bukan kat katil kita…Selain daripada boleh teroka apa yang ada kat Malaysia ni…kita boleh jugak relax dan berehat daripada kesibukkan kerja seharian…Tak salah rasanya kalau nak belanjakan sedikit daripada duit yang dapat setiap bulan untuk kepuasan diri sendiri..kan?

Sally rasa lepas ni akan lebih banyak hotel Sally terjah…sebabnya ada promosi yang banyak daripada Traveloka (www.traveloka.com/en-my/promotion). Kemana agaknya Sally nak pergi untuk holiday gateway sempena birthday yg ke 26 Sally agaknya ye? Kena la sama-sama nantikan..hahahaha…nampak tak sampai kesudah tak nak bagi tahu…Lepas Sally dah sampai sana nanti baru la boleh review..okay? Sementara tu jangan lupa jengah laman web Traveloka (www.traveloka.com) kalau korang nak cari promosi untuk percutian hujung tahun ni…

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!