Bila Batrisyia kena masuk wad lagi.

8:30:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments



Daripada hujung bulan Oktober yang lepas...menginjak ke harini dah masuk 13 hari dah Batrisyia kena masuk wad sebab ada sedikit komplikasi dekat injap buah pinggang dia...hmmm...sedih, luruh jantung bila nampak tangan membengkak kena cucuk jarum...yela...kalau kita yang dah dewasa ni pun nak meraung rasanya kena cucuk 2-3 kali...cuba bayangkan tangan kecik tu macam mana la rasanya....


Harini genap 13 hari, bermakna genap jugak tempoh masa untuk dia habiskan dos antibiotik yang kena masukkan dalam badan supaya dapat lawan kuman...Hmmm...harap-harap dapat la keluar petang ni...kesian sangat sebab dah lama dah tidur hospital...kesian kat babah, mama dengan nanny dia la sebab penat berulang alik ke hospital...

Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan...Acik-acik semua tolong doakan Batrisyia cepat sembuh...

p/s : 21hb ni ada appointment dengan HBKL pulak..haihhh~

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

FINALIS YANG BERJAYA KE ANUGERAH JUARA LAGU 31

2:04:00 AM Sally Samsaiman 9 Comments



1. Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
2. Sufian Suhaimi - Terakhir
3. Projector Band - Sudah Ku Tahu
4. Shila Amzah & Alif Satar - Selamanya Cinta
5. Misha Omar & Hafiz Suip - Terimaku Seadanya
6. Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
7. Hazama - Di Amaran Mama
8. Akim & Mjistret - Obses
9. Elizabeth Tan & Awi Rafael - Setia
10. Syamsul Yusof & Mawi - Kalah Dalam Menang
11. Khalifah - Hang Pi Mana
12. Black - Anugerah Terindah

Wahh! Ini senarai finalis yang akan ke Anugerah Juara Lagu 31...Ada beberapa lagu yang mmg Sally dah jangka dan ada sebahagiannya tidak diduga..Harapan Sally semoga semua lagu akan dipersembahkan dengan baik nanti!

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

JUS QALBI AL-EHSAN; alternatif untuk kurangkan kolesterol.

12:35:00 AM Sally Samsaiman 2 Comments


Bila berbadan besar ni, selalu sangat kita dimomokkan dengan penyakit dan macam-macam lagi...Sally buat masa ni, Alhamdulillah masih lagi tiada masalah kesihatan tapi sebelum terkena baiklah kalau kita cegah kan...Lagi-lagi sekarang ni, bukannya kita tahu bila nak kena penyakit.

Selain daripada regular medical check up, kalau korang pernah rasa simptom seperti kebas-kebas pada kaki, mudah letih, penat dan cepat mengantuk, timbul bintik-bintik putih (biji kolestrol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher, atau sering rasa sakit kepala seperti kekurangan darah...Korang mungkin mempunyai kadar kolesterol yang tinggi...


Kalau korang nak tau, ada satu produk yang mampu mengurangkan kadar kolesterol secara semulajadi...JUS QALBI AL-EHSAN; diformulasikan daripada 5 bahan asli semulajadi (Cuka Epal, Bawang Putih, Madu, Halia dan Lemon) dan dihasilkan tanpa tambahan bahan pengawet tiruan, dan terbukti mampu menurunkan kadar kolestrol dalam tubuh badan dan membaik pulih serta merangsang sistem peredaran darah, serta mengurangkan risiko yang berkaitan dengan jantung, jika diamalkan secara berterusan.

JUS QALBI AL-EHSAN sangat berkesan untuk membantu dalam menghapuskan masalah jantung tersumbat, asma, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, resdung, gout, kencing manis, strok, kebas anggota badan dan sembelit.

Cara nak menggunakan JUS QALBI AL-EHSAN pun mudah je, korang hanya perlu amalkan pengambilan sesudu jus pada waktu pagi (sebelum sarapan) dan sesudu lagi sebelum tidur, pastikan korang hanya gunakan sudu plastik sebabnya besi keluli boleh menghilangkan khasiat madu.


Bila Sally bawak balik jus ni, orang pertama yang paling happy mestilah ibu...takut sangat dia sebab nak kena jumpa dengan doktor pakar untuk medical check up bulan depan...dia berharap gila yang paras kolesterol dia boleh turun dan Sally sendiri pun mengharapkan benda yang sama...Ye la, nak belikan benda yang macam-macam, kita tak tau macam mana kesannya kan...Jadinya, marilah kita tengok apa yang terjadi lepas ibu makan jus ni...

Jus Qalbi Al-Ehsan 250ml = RM 79 (Semenanjung) RM89 (Sabah/Sarawak)
Jus Qalbi Al-Ehsan 500ml = RM 149 (Semenanjung) RM159 (Sabah/Sarawak)

Kalau korang nak cuba jus ni, boleh la hubungi nombor kat bawah ni, okay?

Algae Park Sdn Bhd
No.80 Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Shah Alam.
Tel : 03-5511 4366
WhatsApp/SMS : 017 7300366 / 017 3730366
Facebook : Jus Qalbi Al-Ehsan
Instagram : www.instagram.com/qalbialehsan
Website : http://algaepark.com.my
Email : official@algaepark.com.my

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!