The Joy of Life : Minuman Kolagen Sarang Burung Halal

4:55:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


The Joy of Life : Minuman Kolagen Sarang Burung Halal | Sarang burung dah mmg lama terkenal dengan khasiatnya...kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan sistem dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah selain daripada merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, dan menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit..

Semalam Sally sempat ke Majlis Pelancaran "The Joy of Life", minuman berasaskan sarang burung dan kolagen yang seharusnya telah diiktiraf HALAL oleh JAKIM...Minuman keluaran Ecolite Biotech Manufacturing Sdn Bhd, "The Joy of Life" dihasilkan dengan gabungan sarang burung, Marine Fish Collagen, gula batu dan RO Water. Jangan risau sebabnya dalam tidak ada sebarang pewarna atau perasa tambahan yang dicampur..dan takde bahan pengawet!


Minuman ni didatangkan dengan 5 perisa yang berbeza, antaranya Original, Aloe Vera, Longan, Laici, Kurma Merah dengan Buah Goji (Wolf-berry)...Semalam Sally dapat cuba semua perasa...dan Sally suka dengan perasa Aloe Vera dan juga Kurma Merah dengan Buah Goji tu...Walaupun nampak macam biasa je tapi tambahan kolagen dan sarang burung yang membuatkan ianya lebih special berbanding minuman kesihatan yang lain...


Selalunya kalau dengar je sarang burung, mmg semua geleng kepala fikirkan harganya yang mahal...Jangan risau, walaupun datang dengan pelbagai jenis khasiat dan menggunakan barang yang terbaik, harga dia tak mahal tau...kalau korang ke 7-Eleven, dengan hanya RM6.50 (sebelum GST) je dah boleh dapat!


Kalau korang nak tau, dalam setiap botol yg berisipadu 250ml ni ada 2500mg kolagen..Haa! Kalau korang minum selalu, takde alasan la nak kata korang dah tak cantik! Semalam Sally minum 4 gelas pun dah nampak macam Park Shin Hye versi belon berisi gas helium dah...kahkahkah! Ok, gurau!

So, jangan lupa cuba tau...Buat masa ni korang boleh dapatkan di semua stor 7-Eleven yang berdekatan ataupun farmasi yang terpilih...Dalam tahun 2017, ianya akan mula dipasarkan di semua pasaraya terkemuka di Malaysia..



Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh ke laman web www.thejoyoflife.my atau ke laman Facebook rasmi mereka ..

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Segmen Bloglist November Blog Seindahcerita

2:42:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Disebabkan Sally nak menaip tapi takde masa...jadinya, Sally join segmen mudah daripada kak Nieyl ni...mana tau kot boleh berkongsi trafik daripada blog kakak sayang kan..hihihi...Korang pun jemput la join tau!


1. Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist November Blog Seindahcerita"
2. Follow Blog/ FB Page / Follow IG @nieylanadia / Follow Follow @nieylanadia
3. Make sure blog korang active ya
4. Linkkan entry korang di kotak komen di bawah
5. 10 Blog yang bertuah akan dipilih melalui random.org
 
TAMAT : 29 Oktober 2016 

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Short vacay ke Janda Baik dengan kawan office!

9:00:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments


Awalnya macam malas gila nak cerita tapi sebab dorang tanya whether Sally nak masuk dalam blog ke tak (sambil betulkan tudung dan rambut masing-masing), jadinya Sally faham la isyarat tuu...hahahahaha...

Ok, Sally tipu.

Hahahaha...Kalau nak cerita kronologi pasal short vacay ni...panjang mukadimah boleh buat novel..sebabnya dah plan over 2 month kot! Yang best sekali, yang plan dengan yang pergi...semuanya berbeza!


Biasa laa...bila dah plan lama, mana kita nak tau apa yang jadi kan...so, bila last minute..maka terjadilah pertukaran ahli yang pergi dan macam-macam lagi...Sally yang patut pergi dengan best-friend Sally pun end up jadi bawak cousin dengan ibu...Allah knows best :)

Trip kali ni lebih kepada nak hilangkan stress dan dalam masa yang sama nak bagi kenal siapa yang ada kat office HQ dan siapa yang ada kat site...

15/10/16
Kena kerja! Hahahaha...Punya la kejam bos, kena jugak g kerja...Nasib la check in pukul 2.30pm, lagipun daripada Ampang nak ke Janda Baik ambik masa dalam 30minit je...tapi nasib baik jugak dapat balik pukul 11am..Bodek bos..hahaha

Sampai sana agak lambat jugak, tapi takde la lewat mana...petang tu lepas check in...makan bekal yang certain colleague punya wife masak, terus buat sukaneka petang...hahahaha...Kalau yang mana ada follow Sally kat IG atau FB, mesti perasan teaser hadiah untuk games...Disebabkan kami tak rasa yang nak beli hadiah tu senang, jadinya Sally suggest untuk beli Downy, sebab botol  dia cantik...dan end up nak banyakkan hadiah, kitorang beli beras, air, sabun basuh baju, pelembut dan pewangi baju dan minyak masak!


Yes, mmg kerja gila!

Sukaneka pun bukannya susah sangat...main tiup belon sampai pecah, bowling kelapa (tapi pakai batu) dan baling belon berpasangan...hahahaha...kelakar tapi mmg masing-masing kepala ting tong...ingatkan takde yang nak hadiah tu...rupanya masing-masing dah ada benda yang dorang aim...ada yang beras dah nak habis kat rumah laa...nak basuh baju sabun habis laa...macam-macam...hahahaha...


Lepas solat Maghrib, kitorang siap-siap untuk masak BBQ...biasa laaa...dah duduk tepi sungai...ambik mood la macam dalam hutan...walaupun tak...Basically banyak la makanan...ada ayam, sosej, sate, kambing...mmg kembung perut nak makan...itu belum lagi makanan yang dah siap masak...ada bihun goreng, mee goreng, spaghetti...LOL!

Kalau dah BBQ, tak complete la kan kalau takde karaoke...Melayan yang suara kelaut, yang suara sedap, yang suara kepit, belum masuk yang menyanyi suara tak keluar...Lawak mmg lawak! Mmg totally released semua penat seminggu bekerja...Jangan tak tau...bos pun ada jugak join, tapi bos kata...kat sini..no bos...semua sama :)



16/10/16
Bangun pagi, dengan tak mandinya...terus turun bawak cari makan..hahahaha...Berani la turun sebab tau orang lain semua dah habis makan, then dorang nak main ATV...Sally malas nak follow sebab nak berendam kat sungai!


Yela...ingatkan sempat la mandi masa sampai semalamnya...tapi tak jugak...then, kita pulun la pagi tuu...Berendam mau nak dekat 2-3 jam jugak...sampai dah biru la bibir menahan sejuk...Serius sejuk gila air sungai kat Janda Baik...kalau korang yang dah pernah sampai, sure tau kan macam mana....




Check out time pukul 12pm...tapi nak dekat pukul 1.30pm jugak baru keluar dari bilik...mana tak nya...pukul 12pm pun masih dok ada dalam sungai...mandi berendam tak ingat dunia...Orang bandar dik, mana tak sawan jumpa sungai bersih!

And, that's how our short weekend had passed...seronok dalam masa yang sama sedih sebab Isnin dah keja! But, life must go on kan...walau apa pun...terima kasih la kat semua yang bagi kerjasama...walaupun ramai yang tarik diri last minute...tapi yang ada pun dah bawak banyak kegembiraan dah! Harapnya lepas ni ada lagi...geng urusetia dah mula cari lokasi baru...kat mana pulak kita nak g lepas ni?


5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!