Bye #tabungmangga, Welcome #tabungepal

4:37:00 PM Sally Samsaiman 13 Comments


Julai 2015; Sally beli tabung daripada tanah liat tu...Kalau orang dulu selalu panggil tabung ayam...dan Sally punya bentuk buah mangga...Niat nak menyimpan duit untuk travel tuu...Jadinya terpaksa simpan dalam tabung yang tak boleh korek..hahaha...jalan mudah nak ambil duit dalam tu, pecahkan!


Oktober 2016; RIP wahai #tabungmangga! Hahahaha...selepas satu tahun 3 bulan menyimpan...akhirnya Sally terpaksa pecahkan juga atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan...Sedih masa nak pecahkan dia tapi terpaksa...tapi jangan risau, walaupun Sally dah pecahkan #tabungmangga, tapi Sally tak lupa gantikan dengan tabung yang baru, jadinya ucapkan hai kat #tabungepal !!


Jumlah terkumpul dalam tabungan sepanjang satu tahun 3 bulan tu, Sally dapat RM448...Sebenarnya agak sedikit daripada yang Sally bayangkan...silap jugak sebab tak konsisten masa menyimpan...Yela, masuk duit bila rasa ada duit lebih...gamaknya mmg takkan pernah wujud la moment ada duit lebih tuu! LOL


Rasanya lepas ni nak kena konsisten dan masukkan bila mana Sally nampak tabung ni...lagi best lepas withdraw duit terus paksakan diri masukkan duit dalam tabung...baru la syok kan..hehehe...

Korang ada tabung tak?

13 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korean Movie | Never Say Goodbye

12:54:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Rasanya lama dah Sally tak share drama terbaru Korea kan, sekarang ni kekangan betul..nak follow yang on-going semuanya tak sempat...So, disebabkan tak sempat nak follow drama, terbaru ni Sally ada tengok satu movie baru...disebabkan pelakon utama dia Lee Joon Ki, yang dah lama Sally tak tengok dia berlakon dalam movie...Jadinya Sally tengok laa...

Movie ni sebelum ni bertajuk "Under the Sicily Sun" tapi dah ditukar kepada "Never Say Goodbye"...Movie ni keluar pada awal Ogos yang lalu, kiranya macam masih hot lagi la kan?


Movie ni mengisahkan tentang seorang pelajar Korea yang hanya mempunyai masa dalam 6 bulan untuk hidup sebab ada penyakit dan dia jatuh cinta dengan seorang gadis semasa di Shanghai... Cerita ni nak kata agak tragis tu tak la jugak, tapi ada melodrama dia dan yang sedih sebab perasaan tu mula dengan sebuah penipuan..tapi bukan tipu yang jahat, kisahnya tipu jela..hahahaha...Lokasi penggambaran banyak dilakukan di China dan juga Itali...

So, kalau korang nak tengok secara online atau nak download, boleh tengok kat dramacool.io//never-said-goodbye

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Acara Larian 'Be My Reason', tingkatkan kesedaran tentang kanser payudara.

11:06:00 AM Sally Samsaiman 0 Comments


PINK! PINK! PINK EVERYWHERE!

9 Oktober yang lepas, hampir 1, 500 peserta berkumpul untuk menyertai Be My Reason Shower Run bagi menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap kempen pemeriksaan sendiri payu dara ketika mandi, bersempena dengan bulan kesedaran kanser payu dara.

Acara Larian Be My Reason Shower Run ini dianjurkan oleh Shokubutsu, jenama krim mandian terkemuka di Malaysia, bagi menggalakkan wanita dan lelaki dalam meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya pengesanan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Ini merupakan tahun ke-2, jenama Shokubutsu mengadakan kempen Pengesanan Awal Kanser Payudara, dimana ia adalah sambungan daripada siri jelajah yang telah pun berlangsung tahun lepas.



Berinspirasikan tema mandian, peserta-peserta secara amnya akan dihujani dengan buih-buih serta pancuran air di penghujung larian, selaras dengan objektif utama Kempen yang memfokuskan tentang pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Selain daripada larian yang menggalakkan peserta untuk berlari dengan orang-orang tersayang, Be My Reason Shower Run turut mengadakan aktiviti riadah lain seperti senaman ringan dan juga pelbagai elemen keseronakkan lain yang dapat dinikmati bersama yang tersayang yang pastinya menjadi sebab utama untuk mempraktis pemeriksaan payu dara sendiri terutamanya ketika mandi ini.



Kempen ini disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) di mana ini merupakan kerjasama kali kedua bersama Shokubutsu. Turut hadir memeriahkan acara adalah aktor terkenal tempatan, Beto Kusyairy yang menyertai larian ini bersama isterinya, Tisha Shahar sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.



Tisha mengesan ketulan kecil di payudaranya tidak lama dahulu ketika melakukan pemeriksaan sendiri. Mujurlah ia tidak membimbangkan. Sokongan dari Beto banyak membantu beliau melalui tempoh debaran menanti keputusan. Ternyata, pengalaman ini menguatkan lagi kepercayaan mereka tentang pemeriksaan sendiri payudara penting untuk pencegahan awal. Tisha berkata,“Saya lebih bimbangkan Beto sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku ke atas saya. Namun, dialah penyokong utama saya sepanjang tempoh itu. Jadi saya galakkan semua wanita untuk jadikan langkah mudah ini satu rutin.”



Cek bernilai RM 25,000 disampaikan kepada NSCM di acara larian ini bagi menyumbang atas usaha murni NCSM dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik pentingnya pemeriksaan sendiri payudara kepada masyarakat. Wang tersebut diperolehi dari RM10 yuran pendaftaran acara larian Be My Reason Shower Run dan juga RM0.10 dari setiap unit pembelian produk krim mandian Shokubutsu yang dijual di setiap pasaraya yang terlibat. Kempen Pink Ribbon Shokubutsu berlangsung dari 1 Oktober 2016 – 30 Oktober 2016.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!