Watan Fried Kuey Teow, woohooo~

9:30:00 AM Sally Samsaiman 19 Comments



Kuey teow je pun...apa yang nak review kan?

Tapi ni Sally nak share jugak dengan korang...Kalau korang kebetulan lalu kat Ampang atau spesifiknya kat Taman Watan, Sally suggest korang cuba fried kuey teow abang ni...Sally mmg suka gila makan...walaupun hakikatnya dia sama je macam kuey teow goreng yang lain, tapi ada special sikit la kat Sally...mungkin jugak sebab dia goreng panas-panas, tu yang buat Sally suka makan kot..hahaha


Kalau la korang ada kat area berdekatan, boleh la cuba...Landmark kedai ni, tepi jalan lepas daripada padang tuu...btw, ada jual sate jugak tau...itu pun sedap!

19 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Sihat tu pun pinjaman.

1:06:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments


Ketika entri ni siap menaip, Sally dah masuk hari keempat dah demam...Kali ni demam agak lain macam sikit...daripada 40.0° ke 38.6° dan menginjak balik ke 39.8°...Panas badan tak jugak kebah...Sally pun dah lama tak berdarah hidung, sampai meleleh la semalam kat office hidung ni...Nasib jugak sekejap je dia berdarah...kalau tak sampai ke baju la mengalirnya...

Betul la orang kata, apa yang kita ada semunya pinjaman daripada DIA, kalau DIA nak tarik balik...belum puas kita guna pun DIA boleh rampas kembali...Kesihatan kita pun macam tu...Jadinya, jangan lupa bersyukur ketika kita sihat, dan bersyukur jugak kerana terpilih bila kesihatan yang dipinjamkan ditarik balik...

Buat masa ni rasanya demam je yang masih berlarutan...walaupun masih lagi selsema, dan hilang selera makan...tapi takde la sampai terdampar atas katil sepanjang hari...masih boleh bangun cuma tak la sekuat macam biasa...dan masih lagi MC buat masa ni...Doakan la Sally cepat sihat ye! Banyak benda nak buat lagi ni..

Kaohsiung - November 2015

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!