Ada apa kat Starbucks pada 5th, 7th & 9th September?

4:26:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


DUTA STARBUCKS KEMBALI!

Hahahahaha...okay, Sally gurau je...Macam biasa, Sally suka nak kongsi dengan korang promosi terbaru di Starbucks..Hehehe...Sebelum ni Starbucks selalu berikan promosi Beli 1 Percuma 1, tapi kali ni ada sedikit kelainan..



Haaa!

Inilah promosinya...Korang boleh dapatkan 2 Frappuccino bersaiz Venti dengan harga hanya RM25!

Bermula 5th, 7th & 9th September, jam 5pm - 9pm, korang boleh dapatkan minuman blended kegemaran korang dengan harga RM25, bukan satu tapi dua minuman bersaiz Venti!

Tapi ada beberapa terma dan syarat ye:
1. Promosi ni hanya sah pada 5th, 7th dan 9th September 2016, 5pm to 9pm.
2. Promosi sah disemua kafe Starbucks di Malaysia kecuali di Genting Highlands dan Sunway Lagoon.
3. Tidak sah untuk lain-lain diskaun atau promosi.
4. Tidak akan ada Starbucks Card rewards yang akan diberikan.

Siap sedia untuk berkunjung ke Starbucks pada 7th & 9th September tau!

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Tidur lewat, bangun awal gila!

9:04:00 AM Sally Samsaiman 11 Comments


Korang tau tak, Sally tgh ada masalah sekarang...Masalah Sally sekarang ialah Sally susah nak tidur masa malam hari tapi akan bangun awal...Kadang tu, average masa Sally tidur ialah pukul 1-2 pagi setiap hari...dan seawal pukul 4-5 pagi Sally dah bangun, tersedar dari tidur...

Bila kurang tidur ni...badan jadi cepat letih dan tak bermaya laa...Tapi yang peliknya Sally takde la mengantuk atau rasa macam malas nak buat kerja masa kat office...Tapi bila dah pukul 5 ke 6 petang tu mmg teruk rasa mengantuk dan lemau je badan...

Dah banyak tips Sally cuba nak bagi tidur macam manusia biasa balik...minum susu laa, kurangkan kafein laa...sapu lotion kat badan, tidur dalam keadaan cahaya yang kelam, gelap...sampai ke tahap pasang lilin aromaterapi tau sepanjang malam..hahahaha..tapi semuanya macam takde kesan pun kat Sally...Orang kata sbb kita terlalu banyak benda difikirkan, tu yang bila dah masa otak rehat pun "dia" masih lagi bekerja..hmm..entah laaa...mungkin jugak..?

Hmm...korang ada tak tips atau petua lain yang boleh Sally amalkan supaya dapat tidur awal dan bangun seperti manusia yang normal? Hahahaha...Kalau ada, kongsi la tau!


Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola...
Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola...
Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola...
Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola...
Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu tidurrrr...Jom kita main!

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Drama Mariam Alisa di TV3

12:04:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


PELAKON-PELAKON DRAMA MARIAM ALISA | Sally ni bukan pengikut setia drama Melayu, tapi entah macam mana terdetik nak ikuti perkembangan drama ni...Mariam Alisa...Nama pun sedap je bila dengar..hihihi

Drama ni dibarisi beberapa orang pelakon baru dan juga tak dilupakan pelakon lama, contohnya macam Ben Amir, Aida Aris, Roy Azman dan ramai lagi.


Tajuk Drama : MARIAM ALISA
Bil Episod : 13 episod
Tarikh mula tayangan : 25 Ogos 2016
Waktu Tayangan : Rabu - Jumaat, 9 malam
Saluran tayangan : TV3
Senarai Pelakon : Zalikha Awaluddin, Najua Pramlee, Elvina Teylv, Ben Amir, Amirul Faqeem, Haris Zainuddin, Aida Aris, Roy Azman, dan Nadia Aqilah.

Sinopsis:

Drama Mariam Alisa mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang cantik. Dia tinggal berdua bersama ayahnya yang uzur dan lumpuh. Nama gadis itu Mariam Alisa (Elvina). Ayah Mariam berasa tidak selesa bila dirinya dijaga dan dirawat oleh anak daranya itu. Dia mencadangkan agar Mariam bernikah dengan Ustaz Haiqal memandangkan Ustaz Haiqal kerap melawat kedua beranak ini dan sering membantu Mariam. Biarpun Ustaz Haikal adalah seorang lelaki yang baik, hati Mariam tidak terbuka untuknya atau mana-mana lelaki lain. Ini kerana dia telah serik dipermainkan oleh lelaki yang berada.

Untuk menyara kehidupan dia dan ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung mereka itu. Begitulah rutin kehidupan Mariam setiap hari. Hendak dijadikan cerita, satu hari seorang lelaki bernama Farhan singgah di gerai itu untuk membeli nasi lemak.

Kecantikan Mariam membuatkan lelaki itu terpukau seketika sehingga langsung tidak mendengar pertanyaan Mariam. Mariam menyangkakan lelaki itu pekak. Malah dari cara pemakaian lelaki itu, Mariam membuat andaian lelaki itu adalah seorang yang tidak berada.

Semenjak pertemuan pertama itu, Farhan kerap singgah ke kedai Mariam. Tujuan sebenarnya bukan untuk membeli nasi lemak tetapi kerana ingin melihat Mariam. Mariam pula mula tertarik kepada Farhan, tetapi dia masih tidak tahu bahawa sebenarnya Farhan bukan seorang lelaki yang pekak.

Adakah Farhan akan berterusan berpura-pura pekak? Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini. Benarkah Farhan bukan lelaki berada? Bagaimana pula dengan permintaan ayah Mariam yang inginkan dirinya berkahwin dengan Ustaz Haiqal.

Sumber: notainfo.com

Haaa...ada tak antara korang yang tengok drama ni...? Sally suka tengok lakonan Elvina...Walaupun pelakon baru tapi dia ni macam ada aura yang tersendiri...Eh, susah tau nak tgk Sally excited tgk drama melayu..hehehehe

Macam mana drama ni so far?

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!