Bila kawan tanya, "Weh...kenapa kau tak buka mata masa bersin?"...

7:33:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Kenapa ya? Sally pun tak perasan benda ni sampai la masa lepak dengan kawan, tiba-tiba dia tanya, "weh...kenapa kau tak buka mata masa bersin?"

Wehh...soalan dia ni kalau buat trial SPM pun boleh pening..hahahaha...inikan pulak Sally...disebabkan takde antara kami yang merupakan seorang doktor, jadinya kita Google jela..hahaha...


Bersin pada dasarnya adalah bahasa tubuh untuk mengeluarkan partikel asing dan berbahaya dari dalam hidung. Tujuannya adalah untuk mencegah partikel tersebut masuk ke paru -paru dan menyebabkan sakit yang lebih parah. Partikel asing contohnya seperti virus seperti virus flu, alergi, udara kotor, dan banyak lagi. 

Fakta tentang bersin.

1. Semasa bersin, kita akan menyemburkan material berbentuk cairan dan lendir dengan kelajuan 150km/jam.

2. Secara semulajadi, kita akan menutup mata ketika bersin. Jika kita memaksa diri untuk membuka mata, ada kemungkinan bola mata akan terkeluar. Kalau tak caya cubalah.

3. Susah untuk mengawal suara ketika sedang bersin.

4. Sesetengah kes bersin adalah disebabkan kita kekenyangan dan perut dalam keadaan penuh. Simpton ini dikenali sebagai "snatiation".

Hahaha...jawapan dia ada kat mombor 2 tuu...sebabnya benda tu mmg semulajadi...hahahaha...kalau tak percaya jugak, cuba la buka mata masa bersin lepas tu bagi tau Sally bola mata korang ada lagi ke tak..hahahahaha...tapi jangan tahan bersin tau, bahaya!

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Main jigsaw puzzles online di JS Puzzle

9:56:00 AM Sally Samsaiman 9 Comments


Jigsaw Puzzles, dah lama dah tak dengar kan...Sally pun ada la jugak minat main jigsaw puzzles...ada masa mmg pandang je 24 jam, ada masa biar tepi pintu jadi hiasan...hahaha...Sally mmg ada beberapa koleksi, tapi macam biasa la kalau ada benda yang kecik-kecik comel ni..mudah sangat pieces tu nak hilangkan diri...

Kan best kalau boleh main jigsaw puzzles online?


Haa...jangan tak tau, Sally mmg jumpa satu website yang kita boleh main jigsaw puzzles secara online..tak perlu risau dengan kepingan yang hilang, main je sampai habis..lepas tu yang syoknya, korang boleh pilih ikut selera korang..nak besar ke nak kecil ke nak berapa keping pun boleh pilih...Nak pilih bentuk jigsaw puzzles pun tak ada masalah....


Kat dalam website ni ada macam-macam jenis gambar, korang hanya perlu pilih yang mana korang berkenan...Kalau nak bagi anak-anak main pun lagi bagus, sebabnya tak payah risau ada kepingan yang hilang dan rumah pun takkan bersepah..kan?

Lagipun kita boleh main 2-3 jigsaw puzzles sehari mengikut mood, takde la lepas rasa nak berhenti nak kena kemas, lepas tu nak main kena angkut lagi bawak keluar pulak...


Semua pilihan jigsaw puzzles akan bertukar setiap hari...Kalau korang nak main "free and easy" pun boleh atau kalau nak main dengan ada kiraan masa pun boleh, dah ramai yang main tau dan kalau nak thrilled sikit, Sally cadangkan korang guna yang ada masa tuu...mmg berdebar nak siapkan satu-satu!


Macam ni la contoh jigsaw puzzles yang akan korang main selepas korang decide ikut preference korang, macam Sally...Sally rasa 36 pcs pun dah haru biru nak kejar masa main benda ni tapi as long as korang fokus..mesti okay punya laaa...Kalau nak cuba jugak, g website tau..

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Tak sabar nak tgk episod terbaru Cinderella and Four Knights.

8:00:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


Bila dah minat, semua benda pasal CNBLUE akan nak update..hehehe..harini dapat tengok teaser gambar episod terbaru Cinderella and Four Knights...Kelakar betul tengok gambar Lee Jung Shin untuk episode yang latest ni...siap kena pakai skirt!


OMG!

Stress tengok kaki abang sado pakai skirt macam tuuu...hahahaha...kelakar dia tahap tak tau nak respon macam mana..kekeke...eh, korang tengok tak drama Cinderella and Four Knights? Kalau tak tengok mmg rugi...Walaupun ada yang kata cerita ni hanya rekaan balik daripada Boys Over Flower, tapi tak eh...cerita ni banyak bezanya daripada yang tu...yang sama part kaya tahap tak habis makan 99 keturunan laa...

Kalau korang nak tengok online, boleh tgk kat link bawah ni eh..

Watch online : Cinderella and Four Knights
Download : Use dramadownloader.com (Check here)

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!