Bila abang Sally review Dashing Adventurer 2.0 - BOLD 2.0

10:21:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Tak tau la korang, tapi Sally dengan Dashing ni dah macam kawan baik dah...Arwah papa, even dua-dua abang Sally pun mmg pengguna tegar Dashing sejak dari dulu...Sally pulak rasanya sejak azali dah kenal dengan jenama Dashing ni...Baru ni dapat tahu yang Dashing kembali dengan rangkaian terbaru Dashing Adventurer 2.0 yang datang dengan 2 variasi; BOLD 2.0 dan EDGE 2.0.


Tapi Sally nak cerita pasal Bold 2.0 jela sebab Sally dah tengok dan bau sendiri variasi yang baru ni...Bold 2.0 beraroma akuatik yang segar dan menarik. Abang Sally bukan seorang yang minat pada bau yang terlalu kuat, jadinya Dashing mmg sangat sesuai dengan selera dia...yang best nya sekarang ni apa tau, Dashing Adventurer 2.0 telah memperkenalkan inovasi terbaru dalam rangkaian produk mereka iaitu Dedoran semburan ‘NO GAS’ yang pertama di Malaysia.


Berbeza dengan semburan deodoran tradisional yang hanya dapat bertahan selama 3 minggu akibat penggunaan harian, semburan ‘NO GAS’ ini mengandungi pati deodoran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol dan dapat bertahan sehingga 2 bulan. Selain daripada memberi manfaat 6-dalam-1, abang Sally juga boleh menikmati keharuman berganda serta penjimatan kos!

Selain itu, teknologi pengeringan segera juga turut memberikan rasa kering pada kawasan bawah ketiak dan mengelakkan pertumbuhan bakteria di samping memberikan kesegaran sepanjang hari.

Tentang rangkaian Dashing Adventurer 2.0 - Bold 2.0:
- EDT 100ml dijual pada RM 34.50 termasuk 6% GST.
- Semburan Deodoran ‘NO GAS’ 150ml dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST.
- Deodoran Roll-Ons 40ml dijual pada RM 6.50 termasuk 6% GST.


Tentang rangkaian Dashing Adventurer 2.0 ni, korang mungkin akan nampak perbezaan pada certain produk...sebabnya macam Bold 2.0, perfume EDT hanya terdapat dalam botol 100ml, manakala Edge 2.0 ada dalam kedua-dua 50ml dan 100ml.

Kalau mengikut abang Sally, Dashing ni mmg sangat sesuai untuk lelaki yang aktif tapi masih lagi nak kekalkan kesegaran dan juga memberikan penampilan bersih kepada lelaki..ok, nak cari pakwe yang guna Dashing la kalau macam ni...hehehe

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Koleksi Rouge Edition Souffle de Velvet daripada Bourjois Paris!

10:00:00 AM Sally Samsaiman 1 Comments


Before this Sally pernah cerita pasal Rouge Edition Aqua Laque, dan kali ni nak share dengan korang pasal edisi terbaru dalam Rouge Edition, Souffle de Velvet. Souffle de Velvet kali ni datang dengan 8 warna yang fresh dan terang...dan yang penting sekali dapat kekalkan hampir 10 jam penghidratan kepada bibir kita tau...


Souffle de Velvet datang dengan tona matte tapi ada tambahan kilauan...Kalau pun korang bukan jenis yang suka pakai mekap, Sally yakin korang pasti suka dengan Souffle de Velvet sebabnya ia tidak terlalu ketara sebagai lipstick tapi tak jugak terlalu cair seperti balm...dan korang takkan rasa berat pun guna dia sebab terasa macam basahkan bibir dengan air je masa sapu ke bibir.


The range offers shades in both pink and plum and even orange and caramel!

What “Souffle” of colour will you choose?


#01 Orangélique: A fresh and energizing orange for a diabolically angelic smile.
#02 Coquelic’oh!: A very dense and bold orange red.
#03 VIPeach: Neither orange, nor pink, this coral makes the lips peachy soft.
#04 Ravie En Rose: A charming and delicate pink for kissable lips... give in to the temptation... laugh.
#05 Fuchsiamallow: Deep and intense pink enhanced by a hint of blueto give all its sweetness and bite.
#06 Cherryleaders: The red of the range a very luscious and dashing cherry red.
#07 Plum Plum Pidou: Addicts of bold colours can sleep soundly. They will be delighted with this light-asa-feather plum.
#08 Carameli Melo: A subtle alchemy of nude, brown and pink for a shade that will make you lose your composure.
Warna pilihan Sally, nombor 7..hehehe...Sally suka komposisi warna dia sebab tidak terlalu gelap dan jugak tidak terlalu cerah dan sangat sesuai dengan kulit muka Sally...selain daripada warna dia, Sally suka sebab warna dia tak terlalu garang!


Mungkin juga korang nak tau perbezaan bagi Rouge Edition yang ada kan...ni Sally nak share la sedikit info:

Rouge Edition Aqua Laque
~ Mirror-like shine, intense colour & 10hr hydration.

Rouge Edition Velvet (Best seller)
~ Matte finish and incredibly light.

Rouge Edition Souffle de Velvet
~A veil of Matte colour, Blushed lip effect


Souffle de Velvet kini boleh didapati di branch Watsons yang terpilih. Untuk maklumat lebih lanjut pasal produk keluaran Bourjois, korang boleh la layari website dan juga Facebook Bourjois Malaysia.

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!