Cheese Naan sedap di Kuala Lumpur; RSMY!

10:03:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Rasanya kalau cakap pasal Cheese Naan sedap di Kuala Lumpur mmg takkan terfikir yang lain...mmg RSMY akan terjah ke kepala...RSMY mmg terkenal dengan cheese naan yang penuh, melimpah dengan cheese..yang penting sekali guna cheese Mozarella okay! Main tarik-tarik sampai langit! hahahaha...okay, Sally melawak jer...


RSMY ni ada beberapa cawangan di Kuala Lumpur ni...yang Sally pergi ni branch yang ada kat Medan Tuanku..Branch yang lain ada jugak macam kat Danau Kota dengan Masjid India..

Selain daripada cheese naan, RSMY ni pun ada juga sediakan Nasi Biryani...Haritu ibu cuba Nasi Biryani Udang Merah...udang dia pedas wehhh tapi sedap! Nasi Biryani Kambing pun sedap jugak...Range harga dalam RM12 - RM19 ikut lauk yang korang pilih...tapi jangan tamak sebab portion besar tau!



Dah la pasal biryani...Sally nak cerita pasal roti naan dia pulak...Syok wehhh...makan panas-panas...cheese dia boleh main tarik-tarik...layannn!



Sally punya favorite macam biasa laaa...mesti Garlic Cheese Naan...dengan extra cheese eh..hahahaha...jangan persoalkan kenapa lelemak Sally makin berkembang dengan gembiranyaaa..hahahaha...Kalau makan cheese naan ni boleh je nak makan kosong macam tu ataupun padankan dengan pilihan kuah yang ada....antaranya:




Ayam Tandoori, Keema, Chicken Magesh, Lamb Shank, Kambing Kerayi dan macam-macam lagi...semuanya sedap...tapi lagi sekali la Sally cakap, jangan tamak sebab portion besar tau! Kongsi la baru syok makan! Hehehe...


Kalau korang ada di KL atau sekitarnya, atau kalau korang teringin nak makan cheese naan, Sally cadangkan korang kunjungi RSMY dan rasai sendiri...tapi kalau korang bukan peminat cheese, sangat la rugi! Hehehe...

PROMOSI

Raikan harijadi korang di RSMY dan dapatkan 50% DISKAUN dalam satu resit.

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

KL SKY TOUR, teroka Kuala Lumpur dengan helikopter!

7:23:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments


KL SKY TOUR, teroka Kuala Lumpur dengan helikopter | Ingat tak pasal entri terbang dengan helikopter keliling Kuala Lumpur yang pernah Sally share minggu lepas..? Ni Sally nak share dengan korang...Weh, mmg serius best naik heli keliling KL...bukannya selalu dapat peluang macam ni kan...lepas ni kalau orang tanya macam mana bentuk Berjaya Times Square daripada atas, boleh jawab weh! Hahahaha...


Majlis perasmian KL Sky Tour telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri M Kayveas, YBhg. Dato' James dan juga YBhg. Dato Zakaria pada 25hb Ogos yang lepas...Memang terasa bertuah betul sebab dapat menjadi antara orang yang terawal naik helikopter dan jelajah Kuala Lumpur dalam melalui udara...Selalu kita pandang je kan kali ni dapat naik sendiri mmg terasa berbeza!

KL Sky Tour ni merupakan salah satu program yang telah dirangka oleh Cempaka Helicopters & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai promosi Malaysia dan juga memberi kelainan dan pilihan yang lebih untuk terokai Malaysia.


Haaa! Sally nak share dengan korang antara pakej yang ada untuk korang cuba dengan KL Sky Tour:

The KL Explorer - 6 minit (RM198/pax) - Landmark bandaraya Kuala Lumpur
The City Explorer - 15 minit (RM488/pax) - Kuala Lumpur termasuk Batu Caves, King’s Palace & bandaraya Kuala Lumpur.
The Jungle Escape - 30 minit (RM 960/pax) - Melihat sekitar hutan hujan tropika.
The Mountain View - 45 minit (RM 1,388/pax) - Pemandangan lebih 6,000 kaki untuk melihat bukit bukau, Genting Highland dan kawasan sekitar Kuala Lumpur

Setiap pakej datang dengan view yang berbeza...kalau nak tengok lebih daripada view KL, boleh join The Mountain View...tapi kalau nak jimat boleh je kalau nak ikut The KL Explorer, walaupun hanya 6 minit, korang boleh tengok macam-macam view di bandaraya Kuala Lumpur!



Fleet atau helikopter bawah Helikopter Cempaka yang beroperasi dengan KL Sky Tour ada dua pilihan, sama ada THE ROBINSON R44 (kapasiti penumpang seramai 3 orang) atau pun THE ROBINSON R66 TURBINE (kapasiti penumpang seramai 4 orang)...Jangan risau walaupun jauh kat atas langit tu masih ada air-cond dan yang penting sekali selesa dalam tu sebab luas!
 

 
Jangan lupa cuba tau! Memang ada kelainan!! :)

Untuk maklumat lanjut:
📞 019- 258 6818
💻 www.klskytour.com
📧 info@klskytour.com
📷 instagram.com/klskytour

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Minat main LOZ Block datang balik!

4:57:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments



Hehehehe...dah lama gila tak sampai mood nak update blog sebab dah terkena demam rindu! Rindu bukan rindu kat orang tau tapi rindu nak main LOZ Block...Kalau yang dah lama dengan blog Sally mesti perasan yang Sally suka gila main lego versi mini ni...LOZ Block ni bukan jenama LEGO tau...dia datang dari China tapi hampir sama la dengan LEGO...

Kalau korang perasan, dekat tab atas ni pun ada satu page Sally dedicate untuk LOZ Block and kat situ korang boleh cikidaut antara koleksi yang Sally ada...Untuk stok kali ni Sally utamakan beli instuments...hehehehe...kenapa Sally nak buat instruments ni Sally akan share dengan korang lepas siap...Sally siap beli case tau nak letak dorang ni...Adoi...melayang duit! Nasib baik jugak beli daripada China, jimat la jugak berbanding beli dekat sini...

Cuti ni korang buat ape..???

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!