Belanja BFF makan di Pretz & Beanz, Bangsar.

8:32:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Mesti korang menyesal tak kawan dengan Sally kan..hahahaha..ok..ok..tak...Sally buat lawak je...kebetulan Sabtu lepas sempat la keluar sekejap jumpa Iera dengan Syifa'...Rumah Iera pulak kebetulan ada kat Bangsar, jadi sebelum hantar dia balik...bawak dia makan dulu kat Bangsar...Sally pilih Pretz & Beanz sebab terkenangkan pretzels dorang yang sedap tuu...

Ini sebenarnya kali keempat Sally singgah ke Pretz and Beanz, bagi Sally...kalau kita dah suka dengan satu-satu kedai tu...makanan dia lama-lama pun mesti teringat balik...Sally sarankan korang pergi la kesini bila gaji baru masuk..hahahaha

Iera - Syifa' - Sally

Sebenarnya tak banyak benda pun Sally boleh cerita...cuma Sally suka dengan kafe ni sebabnya makanan dia tak pernah menghampakan...Cuma selalu hampa hati bila tengok menu harga tak turun..hahahaha...


Aglio Olio Prawn Spaghetti

Yang ni menu baru yang terdapat dalam "All Day Dining" di Pretz & Beanz...rasa dia yang pedas dan udang dia yang segar tu buatkan rasa spaghetti ni sedap dan sedap gilaaa laaa..hahahaha...kalau korang tak nak makan pretzel, korang mesti cuba spaghetti ni tau! Spaghetti ni merupakan antara menu wajib kalau Sally kesini selain daripada pizza Hot Pepper Chilli Chicken...Jangan lupa cuba seaweed dan cinnamon pretzel sekali tau!


Iera makan bubur sebab tak berapa ada selera makan katanya...Sally rasa sedap la jugak tapi I will not recommend this...bubur kat rumah pun boleh masak kalau nak kan? Tapi dah katanya takde selera...Sally iya kan jela...

Yang paling best, masa kitorang makan ni tgh berlangsung game final Lee Chong Wei lawan Lin Dan..Lepas tu sempat la berdiri dekat 10 minit kat kedai bar sebelah sebab nak tgk TV...kalau korang nak tau, semua kedai yg buka channel tunjuk badminton tu semua penuh...Sally betul-betul bangga dengan rakyat Malaysia yang sanggup menunggu depan TV untuk sokong atlet kita!

Eh, panjang pulak malalut...Lepas ni kalau korang nak cari tempat lepak baru, boleh la ke Pretz & Beanz, Bangsar.

Pretz n' Beanz Cafe, Bangsar
No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia.
03-22019026

Email: pretznbeanz@pretznbeanz.com
Website: http://www.pretznbeanz.com
Facebook: https://www.facebook.com/pretznbeanz
Google+: bit.ly/PretzNBeanz
Instagram: instagram.com/pretznbeanz

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Terbang dengan helikopter keliling Kuala Lumpur.

3:59:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Sekarang bukan takat Cinderella je boleh naik helikopter sebab kahwin dengan putera impian dia, atau drama Korea yang pakwe dia mmg lahir-lahir je dah kaya...Korang pun boleh!

YES!

Kita pun boleh naik helikopter nak pusing keliling Kuala Lumpur ni tau...Tak pasti korang ada dengar tak pasal KL SKY TOUR yang menjadi tarikan terbaru di Kuala Lumpur ni...KL SKY TOUR menawarkan perkhidmatan untuk kita teroka bandaraya Kuala Lumpur daripada atas, satu kelainan yang takkan dapat kita lupakan...

Sally dan rakan media yang lain akan menjadi antara orang pertama yang terbang dengan helikopter dan mengikuti KL SKY TOUR...Nanti Sally akan kongsikan lagi dengan korang tentang aktiviti ni okay! Till then!


3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Tips kecantikkan yang mudah dan murah.

8:00:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


Tips kecantikkan?

Perghhh...jarang gila Sally cerita pasal benda kecantikkan ni...hahahaha..tapi bila ada tips yang mudah dan murah, Sally mmg takkan kedekut la nak kena kongsi dengan korang...Tips ni semua Sally pinjam daripada @LoveraMalaysia :)





Haaaa...ada 4 tips yang mudah dan murah untuk korang cuba...Nak cerahkan kulit ada, nak betulkan tona kulit supaya lebih sekata pun ada...Janji kena rajin dan buat secara rutin...Jangan buat sekali lepas tu terus nak cantik tau!

SELAMAT MENCUBA! :)

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!