Korean Drama | Cinderella and Four Knights

4:22:00 PM Sally Samsaiman 19 Comments


Wahhh..lately ada banyak drama Korea yang baru kan...? Kalau korang masih ingat, Sally dah bagi hint pasal drama terbaru Jungshin dalam entri drama terbaru Lee Jung Shin, 'Cinderella and Four Knights' pada hujung Februari yang lepas...dan sejak beberapa minggu lepas mmg kebanyakkan BOICE dah mula counting days untuk drama terbaru ahli kumpulan CNBLUE, Lee Jung Shin.

Kalau korang masih mencari drama baru untuk ditonton, Sally nak suggest korang cuba tengok drama ni..Jalan cerita masih sama, perempuan miskin lelaki kaya..hahahaha..tapi dalam ni ada Ahn Jae Hyun, Jung Il Woo, Choi Min + Lee Jung Shin...So, it was a pleasantly view for my eyes!


Drama ni berkisahkan Eun Ha-Won (Park So-Dam) yang baru nak masuk kolej dan terpaksa struggle dengan kehidupan nak kumpul duit untuk pengajian dia demi nak jadi cikgu, dia tinggal bersama mak tiri dan juga kakak tiri dia selepas mak dia meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya.

Kang Ji-Woon (Jung Il-Woo), Kang Hyun-Min (Ahn Jae-Hyun), Kang Seo-Woo (Lee Jung-Shin) pula merupakan tiga orang sepupu yang mempunyai latar belakang yang berlainan dan mmg extremely kaya sebab datuk mereka laa...dan lepas satu insiden, Eun Ha-Won bekerja di mansion yang menempatkan 3 orang sepupu ni...Watak Park Hye-Ji (Son Na-Eun) pula merupakan kawan kepada ketiga-tiga sepupu ni..macam biasa la...Kang Ji Woon suka kat Hye-Ji tapi Hye Ji suka kat Kang Hyun-Min..Yes, typical Korean drama plot..Haaa..lepas tu korang kena la tengok sendiri apa yang jadi...Bagi Sally cerita ni agak ringan dan mmg sedih je 24 jam..It was like...macam mana la ada orang yang boleh betul-betul susah macam Eun Ha-Won...

Pelakon utama:
Park So-Dam, Jung Il-Woo, Ahn Jae-Hyun, Lee Jung-Shin, Son Na-Eun & Choi Min

Tayangan:
Jumaat dan Sabtu (11.00 malam)

Watch online : Cinderella and Four Knights
Download : Use dramadownloader.com (Check here)

19 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Penangan Drama Korea.

2:47:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments


Macam yg korang semua tau...ramai rakyat Malaysia yang minat gila dengan korea...ade yang obsess...tak kurang jugak yang nak tiru gaya K-Pop, dari segi penampilan, rambut, baju, cara cakap....and tak kurang jugak yg siap berfikir nak buat pembedahan plastik untuk ubah wajah biar hensem/cantik macam orang korea...



But, hari ni sally nak cite pasal penangan movie korea kat sally...selalu kalau sesape yang suka tengok cerita korea mesti akan jeles kat heroin...sebab selalunya hero dia will be perfectly perfect man in the whole world...pakej lengkap...hensem, kaya, caring, romantik...bla..bla..bla...kan...? So, semua pun akan berkhayal...kan best kalau dapat pakwe/suami camtu kan...? ala-ala Cinderella kan...aicehh :)

Bagi Sally kan...memang happy kalau di takdirkan dapat Mr. Perfect macam dalam cite korea...but kita kena admit...berapa Cinderella yang akan wujud...perhaps 1 in 1000 girls kan...? so, setiap jodoh yang Allah tetapkan untuk kite tu ialah pelengkap kepada kelemahan kite...kalau kite jenis pemarah,mungkin pasangan kita jenis yang mudah mengalah...Allah kan sayang kita...mesti DIA tau ape yang kita rasa...and apa yg terbaik bagi kita...Hahahaha..nampak macam takde benda nak update kan..hahahaha..

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!