Macam bau ibu laa minyak wangi Sweetheart by DD Cosmetics ni!

9:49:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


Masa awal-awal Sally dapat minyak wangi Sweetheart, satu je yang terjah kat kepala Sally...Minyak wangi ni sama macam minyak wangi ibu...bila Sally pakai, macam ibu ada dekat je dengan Sally...Hahahaha..tapi sebenarnya minyak wangi ibu jenama lain laa...cuma Sally suka bau ni sebab selalu masa dulu ibu g keja, ibu akan pakai minyak wangi tu...Bau dia lebih sesuai untuk kita ke majlis yang tenang atau pun untuk kegunaan seharian sebab bau dia sangat "sweet" dan buat kita rasa muda selalu..gittew~


Sebenarnya Sally ni mmg pengumpul perfume yang tegar...Walaupun Sally jenis kedekut sikit pasal minyak wangi Sally, tapi Sally mmg tak boleh kalau tak ada minyak wangi la senang kata...Bila dapat minyak wangi Sweetheart ni rasa macam nak g pinang Yonghwa weh..hahahha...almaklum la dah wangi!

Antara sebab kenapa Sweetheart kena ada dalam koleksi korang:

1. Setanding jenama antarabangsa

2. Mesra solat

3. Tahan lama (8 hingga 12 jam)

4. Segar dan membangkitkan semangat


Dah hampir seminggu Sally gunakan Sweetheart, bagi Sally perfume ni sangat berpatutan dengan harga dia..Walaupun mungkin design botol dia takde la vogieee macam perfume dari luar negara, tapi pada Sally, botol dia sangat praktikal sebab kecil dan mudah nak bawa kemana-mana pun...Kalau beg kita kecil pun masih lagi muat dan having a perfume is a must, okay?

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

Kapasiti 30ml sangat banyak..tak perlu nak sembur banyak...sedikit semburan je dah boleh bagi kita wangi dan yang penting sekali tahan lama...Kalau korang mencari wangian yang terbaru atau nak cuba sesuatu yang lebih "sweet", Sally cadangkan korang cuba perfume ni...Kepada yang berminat nak tahu maklumat lanjut tentang minyak wangi Braveheart dan Sweetheart ini, bolehlah klik SINI.


Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh DD Cosmetics. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Majlis Doa Selamat dan Pelancaran Filem Misi Operasi X (M.O.X)

8:04:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments



Baru-baru ni Sally sempat menghadiri Majlis Doa Selamat dan Pelancaran Filem Misi Operasi X (M.O.X) yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2017..Kalau korang nak tau..filem ni merupakan filem terbaru arahan Dato' Zulkeflie M. Osman...Lama gila tak nampak dia keluarkan filem baru kan..kalau drama tu banyak laa...




Puan Sharmila Mohamed Salleh, Pengarah Kanan Yayasan Inovasi Malaysia telah melancarkan filem Misi Operasi X

Filem ni sebenarnya masih lagi dalam proses penggambaran yang bermula pada 28 Julai yang lepas dan dijangka akan tamat penggambaran pada bulan September 2016..Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa lambat sangat nak tayangkan padahal dah habis penggambaran awal kan..? Sebenarnya filem ni merupakan sebuah filem yang bercorak aksi dan sains, jadinya dengan bantuan Kementerian Sains & Teknologi dan Inovasi 'MOSTI', babak-babak yang melibatkan aplikasi saintifik, kreatif dan inovasi akan dipertontonkan.


Antara pelakon yang sama-sama menjayakan filem, Ebi Kornelis, Tya Ariffin, Jefry Omar, Radhi Khalid, Zaidi Omar, Adam Shah dan ramai lagi..

Filem ni akan diterajui oleh Ebi Kornelis (AF5) dan juga pelakon daripada Indonesia, Tya Arifin dan juga Shareeta Selvaraj. Kata pengarahnya, Dato' Zulkeflie M. Osman, filem ini telah mengambil masa hampir 10 tahun untuk dihasilkan kerana beliau mahukan filem ini dikaji supaya lebih menepati kehendak dan objektif yang sebenar filem ini dapat diterima oleh semua pihak.

Filem ini mengisahkan tentang seorang ejen rahsia persekutuan, Don Pedro (lakonan Ebi Kornelis) yang ingin menghapuskan sebuah organisasi yang sedang mengancam keselamatan dan kestabilan dunia. Fifi (lakonan Tya Arifin) pula sebagai watak kekasih kepada Don Pedro yang perlu dipertahankan keselamatannya oleh Don Pedro.


Sesi temubual dengan pengarah, pengarah eksekutif; Eddy Dato' Rashid dan Tya Arifin

Teruja tak nak tengok? Sally yakin filem ni akan bawa kelainan dalam industri perfileman kita...Kalau bukan kita yang okong filem kita, siapa lagi kan...? Untuk maklumat lanjut korang boleh follow page Facebook rasmi M.O.X : facebook.com/MOXFILM

Sementara tu Sally tinggalkan korang dengan teaser Filem Misi Operasi X (M.O.X)


2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Rare species of lepaking partner, Momi & Mama Darwiish

12:04:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


Jujurnya bila dalam dunia blogger ni atau kat realitinya sekalipun, kita mesti akan ada partner yang kita selalu lepak dengan mereka...Kalau Sally, mmg ada set of person yang sama..hahahaha...sebabnya Sally ni jenis tak ramai kawan...Believe me when I say that...

Sebelum ke event Ahad yang lepas, Sally dengan Kak Aiin baru je balik daripada satu lagi event sebelah pagi tu...and end up Sally dengan dia g ke second venue together..Bak kata dia dalam entri dia, dia jenis pemalu..hahahaha...I can see that...Dia kata Sally banyak mulut, nak buat macam mana..I hate an awkward situation...Jadinya daripada kita krik krik krik...jadinya baiklah Sally bebel...


Sally bawak kak Aiin cuba pancake dekat Pancake House International yang pernah Sally review dulu...Sebenarnya takde la lapar sangat tapi lebih kepada nak buang masa sampai la next event..hahahaha..gagah kan sampai event awal lepas tu tak tau nak buat apa...Momi pulak join lepas Sally nampak notification yang dia ada "nearby" dari Facebook..hahahaha...main gather je segala manusia yang ada...tapi Momi dengan Pokemon Go dia berpisah tiada...


It doesn't matter with who you're staying with, tapi macam mana kita nak bawa diri itu yang menjadikan kita ni anti masyarakat atau tidak...pesanan penaja, be good to people who treating you well..hihihi...hopefully lepas ni ada sesi lepaking lagi dengan dorang ni...rare species but I loved them both! :)

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!