SMD Boutique & Cafe, Bangi.

12:00:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments



Kat Bangi ada satu butik kafe baru bukak...takde la baru sangat..sebab dorang mula dengan online dan sekarang dah ada butik sendiri dah...SMD Boutique & Cafe ni kepunyaan kawan travel Sally, kak Huda dan juga adiknya yang merupakan seorang blogger jugak, Tya Salmid...



Haritu jalan-jalan ke Bangi, dan Sally singgah la kejap ke butik ni...Saje nak busybody kan..hahahaha..Bukan apa..dah alang-alang tu kita bertegur sapa la dengan pemiliknya kan..bukan selalu Sally dapat jumpa dengan kak Huda kan...

Kalau korang nak tau, kat SMD Boutique & Cafe ni ada jual pelbagai jenis baju daripada design terbaru yang ada kat Malaysia ni...Walaupun dah ada butik, mereka ni masih lagi bergiat aktif dengan jualan online...Alhamdulillah la kan...



So, kalau korang yang ada dekat area Bangi @ Kajang, boleh la singgah SMD Boutique & Cafe...boleh cuba banyak jenis baju...borong semua sekali kalau nak..hahahaha

SMD BOUTIQUE & CAFE

No 17/G, Jln Reko Sentral 6,
Reko Sentral, 43000 Kajang,
Selangor
Landmark: Uptown Kajang

Phone
03 - 8741 3857 | 018 247 1931

Email
smdboutiquecafe@gmail.com

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Majlis Pelancaran Karnival 'DesaStay' Peringkat Negeri Johor.

10:27:00 AM Sally Samsaiman 0 Comments


Hujung bulan Julai yang lepas, Sally dan beberapa orang blogger telah ke Johor bagi menghadiri Majlis Pelancaran Karnival 'DesaStay' Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Kampung Parit Tengah, Batu Pahat.


Macam yang kita semua tahu, salah satu industri paling pesat membangun, paling cepat bertumbuh dan mempunyai potensi besar untuk berjaya pada masa hadapan ialah industri pelancongan. Hotel butik, ‘Air A&B’, rumahinap, ‘couchsurfers’ malah pelbagai produk penginapan lain mula muncul. Sekaligus menjadikan penginapan bukan lagi satu masalah besar dan memakan kos yang tinggi. Tourism Johor telah mengambil inisiatif ini dengan memperkenalkan 'DesaStay' sebagai salah satu medium bagi memperkenalkan lagi Johor dimata dunia...


Majlis pelancaran dan perasmian Karnival 'DesaStay' ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor. Mmg terserlah diwajah semua penduduk perasaan gembira bila dapat bertemu dengan menteri yang telah banyak berusaha bagi membangunkan negeri kesayangan mereka.

Dalam projek 'DesaStay', sebanyak 31 buah kampung yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India di seluruh daerah Johor telah dikenalpasti sebagai ‘DesaStay’ yang berpotensi untuk dimajukan. 'DesaStay' merupakan program inap desa yang ditambahbaikan syaratnya berbanding Homestay dan Kampungstay untuk memberi satu ruang yang lebih besar supaya industri ini dapat diperkembangkan secara meluas lagi.

YB Datuk Tee Siew Kiong & Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor

Kami juga sempat dibawa melihat salah satu rumah yang sudah siap dibaik pulih, iaitu Inap Desa Teratak Selari Bonda di Kampung Parit Tengah, Batu Pahat. Memang cantik...Tak salah lagi kalau Sally katakan, lepas ni akan ada banyak lagi pelancong yang mencari inap desa daripada hotel-hotel yang berhawa dingin...Kadang-kadang, suasana tinggal di desa dan kampung, lebih dekat dengan hati kita...

Inap Desa Teratak Selari Bonda di Kampung Parit Tengah
Selain mempelbagaikan bentuk kemudahan penginapan kepada para pelancong, 'DesaStay' bermatlamat utama untuk mempromosikan cara hidup dan kebudayaan masyarakat setempat kepada pelancong. Pelancong akan didedahkan dan diberikan pemahaman mengenai adat resam seperti upacara perkahwinan, pakaian tradisi, permainan tradisional, kraftangan, aktiviti sosio-ekonomi seharian, makanan dan cara menyediakan makanan serta lain-lain yang beridentitikan Johor.

Menerusi program 'DesaStay' ini, adalah dialu-alukan konsep inap desa yang menekankan kepada elemen warisan dan berunsurkan suku etnik diwujud dan dibangunkan seperti DesaStay Banjar, Jawa, Bugis untuk Melayu; Hokkien, Teochew, Hakka untuk Cina; Telugu, Malayalam, Sikh untuk India dan setentunya masyarakat Orang Asli di Johor.
 

Diharapkan, dengan adanya program 'DesaStay' seperti ni akan dapat membantu masyarakat tempatan untuk meningkatkan ekonomi mereka dan sekaligus memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri keindahan negara Malaysia. Lepas ni dah takde alasan kalau nak kata tiada tempat untuk bercuti..!

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang Program DesaStay ini, boleh lah follow : https://twitter.com/desastayjohor

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!