Koleksi jubah lelaki dan perempuan di SweetHeart!

10:54:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments


Alhamdulillah...dah masuk minggu ketiga kita berpuasa kan...masih lagi berbaki beberapa hari untuk ibadah kita dibulan Ramadhan ni tamat kan...Seperti kebiasaan, kita akan menyediakan kelengkapan raya..paling tidak mesti ada baju raya kan..? Korang dah beli ke baju raya tahun ni...?



Ada satu jenama baru dipasaran, SWEETHEART...Bila dengar nama jenama ini...mmg terasa dekat sangat dengan kita...yela...nama SWEETHEART ni diambil sempena tema "sayang"...Lagipun SweetHeart sendiri bermaksud ‘buah hati’@ orang tersayang...kan nama SWEETHEART tu sangat ‘cute’ dan mudah untuk diingati.

Dibawah label SWEETHEART ada beberapa jenis koleksi, termasuklah ‘SWEETHEART’ (Shawl & Tudung 2 muka), ‘MIRABELLA’ (Baju Kurung Moden), SALSABELLA (Jubah Wanita) dan ANDALUSIA (Jubah Lelaki)....kesemua rekaan mereka menggunakan fabrik yang mengutamakan keselesaan mereka yang memakai...

Jubah lelaki ANDALUSIA gunakan fabrik Italian Paloma; Italian Heavy Valentro; Cotton Hand Woven; Italian Monaco; dan Italian Valentro Uomo yang agak ringan, sejuk dan warna yang terang. Mereka mencipta jubah kolar ‘high neck’ untuk jejaka yang ingin nampak eksklusif, korporat dan ‘macho’ sikit. Kolar leher bulat ala kolar baju Melayu juga ada dijual untuk mereka yang suka simple tetapi tampak bergaya.

Fesyen Jubah lelaki ANDALUSIA ini ada sedikit kelainan seperti ‘piping’ pada hujung tangan, butang jubah dan kolar jubah, itu yang membuat sipemakainya kelihatan hebat, bergaya dan eksklusif. Harga Jubah ANDALUSIA yang ditawarkan amat berpatutan iaitu RM149. Sementara saiznya pula boleh didapati daripada S hingga XXL.



Untuk fabrik tudung, mereka menggunakan kain Jameela Crepe @ Bubble Crepe, Chiffon Crepe, Chiffon Sakura dan Chiffon Georgette. Fabrik Baju Kurung Moden pula menggunakan material Satin Pucci yang bercorak ekslusif.

Jubah wanita SALSABELLA banyak menggunakankan kain bercorak Heavy Dull Satin Ombre; Como Crepe & Italian Monaco.

Harga Jubah Wanita Plain iaitu RM149.
Harga Jubah Wanita Two Tone iaitu RM169.


Tudung Koleksi SWEETHEART didatangkan dalam dua (2) rekaan dahulu iaitu shawl dan instant shawl dua muka (konsep tudung 2 muka) ‘free standard size’ yang menjadi ‘favourite’ dikalangan wanita berhijab sekarang ini, dan boleh didapati dalam beberapa warna-warna natural, terang dan pastel.

Harga instant Shawl : RM49
Harga instant Shawl 2 muka : RM59
 
 
Baju kurung moden MIRABELLA sangat sesuai untuk mereka yang bertubuh lampai dan yang pastinya dengan corak yang agak sederhana pun mampu memberikan impak ilusi yang menarik kepada si pemakai...Harga yang ditawarkan juga mampu dimiliki iaitu RM239. Sementara saiznya pula boleh didapati daripada S hingga L.
 
Penjualan akan dilakukan secara dalam talian @ online dan juga menerusi butik Vendor ‘Nanano’ yang bakal dibuka di Lembah Klang buat masa ini.

Untuk maklumat lanjut dan pilihan warna yang lain; korang boleh layari,

Facebook Rasmi : www.facebook.com/SHSweetheartOfficial
Instagram Rasmi : www.instagram.com/shsweetheart

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Buffet Ramadhan 2016 : Buffet Sajian Kampung di Kontiki Restaurant, Federal Hotel

1:08:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Hehehe...Salam Ramadhan!

Lama tak kongsikan dengan korang lokasi untuk berbuka puasa kan...harini Sally nak share la satu lagi hotel yang menyediakan buffet Ramadhan iaitu Kontiki Restaurant, Federal Hotel, KL..Hotel Federal ni terletak berdekatan dengan Plaza Low Yat, mmg senang nak jumpa...

Buffet Sajian Kampung

"Sajian Kampung" merupakan tema kepada buffet di Kontiki...yang bestnya kat Kontiki ni suasana dia santai, dekat dengan swimming pool...sangat la serasi dengan Sally yang sukakan air ni...dekorasi dalaman pun sangat la cantik...


Macam biasa laa...kalau Sally nak kongsikan segala jenis makanan mmg jadi buku resepi la blog Sally...mana tak nya, ada hampir 100 jenis masakan yang terdapat disini...semuanya mmg sedap dan sangat la Sally suka...



Bayangkan...pilihan kuih muih melayu pun ada hampir 20 jenis, ada dodol, wajid, agar-agar, puding buah-buahan, beberapa jenis pastri Perancis, bubur pisang, keladi, ubi kayu...ada puding roti, 4 jenis kek, 3 jenis tart buah-buahan, jeli, mousse dan semestinya ada buah-buahan...

Ini baru dia punya pencuci mulut..hahahaha...Sally mmg terbalik sikit..suka cerita pasal makanan yang manis-manis dahulu sebelum pergi terjah makanan yang lain-lain...Sally kan mmg manis, tu yang suka makan makanan manis tuu..LOL!


Sushi pun ada :)


Pembuka selera dorang mmg sangat membuka selera... ada sushi, gado-gado, rojak buah, ulam-ulaman kampung, ikan masin jangan lupa...tauhu sumbat, pulut kuning dengan sambal serunding, bergedil daging, acar buah, acar rampai dan macam-macam lagi...




Yang paling favorite Sally, dia punya BBQ & Deep-fried station...gila banyak benda ada...udang sajaha ada 3 jenis, ketam, sotong, ikan kembung, ikan pari, kerang...ayam punya pilihan pun banyak...ada chicken wing ooo...ada jugak sate ayam, sate daging...

Yang best lagi bila ada otak-otak, keropok lekor, ayam percik, pisang, keladi dan keledek goreng...semuanya digoreng panas-panas depan mata kita...siap pening nak pilih makanan...



KAMBING BAKAR!


Ini antara menu kerabu yang ada...haaa...banyak kan...ada kerabu mangga muda, kacang botol, kerabu sootong, kerabu nasi, kerabu daging, kerabu taugeh, jantung pisang, kacang panjang, kerabu kaki ayam (favorite), kerabu nenas dan timun, kerabu perut dan kerabu telur...



Pendek kata ada pelbagai jenis makanan di Kontiki...semuanya mmg bertepatan dengan tema Buffet Sajian Kampung yang cuba mereka ketengahkan...Menu di Federal Hotel ni mmg antara menu yang menjadi pilihan Sally sepanjang Sally review buffet Ramadhan tahun ni...harapnya korang pun suka jugak...

Kontiki Restaurant
10 Jun - 2 Julai
6.30pm - 9.30pm
 RM118 (Dewasa), RM38 (Kanak-kanak)
Diskaun 50% utk warga emas

Untuk tempahan:
Telefon : 03-2148 9166

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!