Buffet Ramadhan 2016 : Santapan Kampung Tradisi di Enak KL.

12:14:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


Memilih juadah berbuka puasa, kadang-kadang ada banyak benda yang kita nak makan, nak rasa...Kalau Sally, berbanding masakan barat Sally lebih mencari masakan melayu dan masakan tradisi...Berbanding kek, puding dan sebagainya...Sally mencari kuih muih tempatan...Kalau dapat kuih-kuih yang ada kuah, fuhh...mmg tak cari benda lain...

Kat KL ni ada banyak kedai, kafe yang jual makanan melayu, tapi Sally rasa ENAK KL punya masakan lebih asli dan sedap...yang penting sekali semua masakan mereka tiada tambahan MSG dan sihat. Kalau korang baca reviews dekat Trip Advisor, korang mesti percaya dengan apa yang Sally ceritakan ni..


Enak KL terletak di Starhill Gallery Bukit Bintang...berada ditengah-tengah JW Marriot dan juga Fahrenheit 88....Kalau daripada Pavilion tu dah dekat sangat dah...Sally sebenarnya dah lama tak rasa masakan melayu yang cukup rasa, cukup perisa...tapi kat sini semuanya ada...Mmg terasa macam makan masakan masa kat kampung.



Ruangannya tidaklah terlalu besar, tapi mmg sangat selesa dan sesuai untuk makan bersama dengan keluarga...Masa Sally kesini pun, ada sekumpulan rakyat Jepun yang datang makan tengahari..Ternyata la selera di Enak KL ni mmg mampu menarik ramai orang untuk mencuba makanan asli Melayu.



Pada bulan Ramadhan nanti, Enak KL akan mengadakan buffet Ramadhan yang bertemakan "Santapan Kampung Tradisi" yang mana bakal mengetengahkan masakan-masakan asli melayu yang susah kita nak cari...

Setiap hari akan ada beberapa menu yang berbeza...sambal tumis udang petai, udang lemak nenas, ikan lemak belimbing buluh, ikan masam manis, daging goreng halia, gulai daging, ayam kari kapitan, ayam madu, paceri terung, sayur lemak putih, kacang buncis tumis telur, terong belacan dan macam-macam lagi menu utama yang memang membuka selera.




Selain daripada lauk pauk masakan melayu, ada jugak menu seperti laksa johor, asam laksa utara, kambing dan udang bakar. Menu pembuka selera pun ada macam-macam pilihan dan yang paling menjadi idaman Sally, kerabu ikan pari dan kerabu taugeh dengan kerang.

Untuk pencuci mulut, ada pelbagai jenis kuih muih dan manisan...yang paling korang kena cuba ialah pisang karamel dia...



So, kalau korang mencari masakan melayu asli semasa nak berbuka nanti...boleh letakkan Enak KL sebagai salah satu pilihan korang...semestinya masakan yang asli, tiada MSG dan mestilah enakkan!

RM85nett (dewasa)
RM45nett (bawah 12 tahun)

Enak KL
Starhill Gallery | 181 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur 55100, Malaysia
03-2141 8973

9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Weekend date dengan ibu di Alanna's Kitchen.

8:00:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments



Kalau dah berdua kan...pergi kemana-mana memang Sally angkut je ibu...kadang tu kesian jugak kat dia sebab sepanjang hari terperuk dalam rumah...Sally pulak kadang-kadang penuh aktiviti dan selalu keluar...Bila dah balik tu nak melayan ibu berborak pun dah takde tenaga..hahahaha...

Kalau orang yang dah biasa dengan blog Sally, mesti dah tau kan lokasi Alanna's Kitchen ni kat mana...Sally rasa mmg Alanna's ni dah jadi tempat melepak wajib bagi Sally...lagipun ada free WiFi kot...syok ape!


Menu wajib Sally kat sini semestinya home-made waffles yang mereka served dengan aiskrim dan coklat sirup yang dibuat sendiri...fuhhh...kalau makan memang terangkat kot...hahahaha...Maafkan saya yang suka makan ni..LOL!

Ini pun signature dish, Spaghetti Carbonara...Sally tak pernah rasa sos carbonara yang sedap macam kat sini...sebabnya tak muak laa...Sally boleh makan dengan penuh gembira...eh, Sally pulak kan...mmg makan tu berpisah tiada..hahahaha...


Ini menu tambahan bila dah berebut dengan ibu makan waffles..hahahaha...kali ni Sally ambil aiskrim Greentea dan Mango...dua-dua sedap dan yang pasti Rasberi tetap menjadi pilihan Sally...huhuhu...Kalau korang berminat nak makan kek, waffles atau nak makan Nasi Arab sekali pun...semuanya ada..

Alanna's Kitchen
No 8, Jalan Pandan Indah 1/23D, Kuala Lumpur, Malaysia
03-9201 7134

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!