Bianco Mimosa lancarkan tiga koleksi terbaru.

11:54:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments


Rasanya penggemar fesyen takkan terlepas dengan berita baik ni...Bianco Mimosa (BM) kini maju selangkah lagi dengan menghasilkan dan memperkenalkan tiga koleksi terbaru mereka; JUST MIMOSA, MIMOSA RAYA dan MIMOSA MEN.

Ketiga-tiga koleksi ini telah dilancarkan di Hotel Royale Chulan Damansara dan telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan turut sama dihadiri oleh beberapa orang artis tempatan dan wakil media.

Bianco Mimosa (BM) diasaskan oleh Dato Ida Suraya Binti Mustapha.


JUST MIMOSA menyediakan busana yang Ready To Wear (RTW) khas untuk wanita, masih trendy namun sesuai dengan konsep BM sendiri yang inginkan kesederhanaan dalam setiap helai pakaian mereka...

Fabrik bagi penghasilan JUST MIMOSA telah diimport khas dari Eropah bagi menjaga kualiti untuk setiap satu busana yang dihasilkan. Antara fabrik yang digunakan terdiri daripada fabrik Chiffon, Shantung Silk serta Brocade. Sesuai dengan trend semasa, JUST MIMOSA menggunakan rona terang seperti merah, hitam, biru dan jingga.





 Sejajar dengan bulan Ramadhan dan juga sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma, BM telah hadirkan MIMOSA RAYA bagi perempuan dan juga lelaki..Menariknya sebab tahun ni MIMOSA RAYA membawa tema "dimensi" yang menyaksikan rekaan yang lebih segar, unik dan juga potongan yang lebih berciri moden.





Menggunakan perincian manik yang serba ringkas, MIMOSA RAYA tetap menerapkan elemen mewah. MIMOSA RAYA terdiri daripada baju kurung, jubah moden yang sesuai bagi mereka yang inginkan keindahan di Aidilfitri.

Fabrik yang digunakan diimport daripada Milan dan Italy menyaksikan Brocade, Chiffon dan Organza sebagai fabrik utama.



 2016, BM telah membawa kelainan dengan mengeluarkan keluaran sulung pakaian lelaki mereka yang diberi nama MIMOSA MEN. Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris telah diangkat menjadi ikon selebriti bagi koleksi MIMOSA MEN.


MIMOSA MEN terdapat dalam rangkaian printed T-Shirt, seluar jeans serta kemaja moden. Logo MIMOSA MEN telah diajadikan motif utama dalam rekaan koleksi ini...

Seluar jeans dibawah label MIMOSA MEN telah dihasilkan diluar negara dan menggunakan 100% daripada idea Datuk Najmil sendiri. Sebanyak tujuh rekaan telah dikeluarkan dan bakal menemui semua penggemar fesyen lelaki.


Bianco Mimosa Boutique
48-G, Jln Nautika B U20/B, Pusat Komersial TSB, 40160 Sg. Buloh, Selangor
+603-61450029 / +6012-7555407

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort

9:39:00 PM Sally Samsaiman 5 Comments


Seperti 2 tahun sebelum ni...Sally sekali lagi dijemput untuk menghadiri preview bagi Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort...Macam yang korang semua sedia maklum, buffet di BGR merupakan antara buffet Ramadhan yang menjadi pilihan Sally sejak saban tahun...



BGR akan menjalankan Buffet Ramadhan yang bermula dari 9 Jun sehingga 4 Julai 2016. Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) merupakan salah satu daripada beberapa buah resort di Malaysia yang menerima Sijil Halal daripada JAKIM. Buffet Ramadhan di BGR ini menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa sehingga hampir 200 pilihan!

Pada tahun ini, BGR membawa masakan dari Timur sebagai masakan utama mereka...Kalau korang teringin nak makan Selera Pantai Timur, especially Nasi Kerabu dan segala lauk sampingannya...Korang kena cuba kat sini...selain daripada Selera Pantai Timur, ada juga beberapa masakan tradisional seperti Rendang Daging Taik Minyak dan Sambal Sotong Kembang.


Di bahagian Masakan Ala Barat pula, para tetamu disajikan hidangan dengan sentuhan gastronomi istimewa seperti Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang serta Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Bagi pilihan masakan Barat yang lain yang lebih enak dan klasik, BGR juga turut menyediakan Beef Lasagna, dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce.



Di BGR, menu kambing bakar merupakan specialty mereka dan manjadi antara menu yang paling cepat habis pada tahun lepas...So, kalau nak makan kat BGR nanti...jangan lupa cuba kambing bakar. Kalau korang yang tak makan kambing, boleh la cuba makan satay ayam dan daging yang turut menjadi antara menu penting...haiya! semua sedap ni macam mana...??


Dekat BGR ada bihun sup dan mee rebus jugak...



Kalau korang peminat makanan manis macam Sally, korang kena makan semua jenis desserts yang ada kat sini...dan yang paling special sekali ada gelato...gelato cendol! itu yang paling korang tak boleh ketinggalan masa berbuka kat sana!




Pendek kata, korang takkan ada masalah nak selarikan nafsu makan dengan kehendak tu sebab semua benda ada kat sini...tinggal bawak diri dan rajin berjalan jela...

Pada Buffet Ramadhan tahun ini, Bangi Golf Resort akan memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka. Ruang moden yang baru dibina ini akan memaparkan 'hiburan di dapur', yang membolehkan tetamu menyaksikan secara langsung chef-chef BGR menyediakan hidangan dan berinteraksi dengan mereka. Pada masa yang sama, tetamu akan dihiburkan dengan alunan muzik Melayu Tradisional yang didendangkan secara live oleh sebuah kumpulan kugiran dari 6:30 petang sehingga 9:30 malam setiap hari.

BGR juga menyediakan sebanyak 800 tempat letak kereta percuma. Kemudahan lain seperti surau lelaki dan perempuan juga disediakan untuk keselesaan tetamu. Jangan risau sebab kawasan dia mmg sangat selesa dan sesuai untuk majlis berbuka puasa bersama rakan atau ahli keluarga...

Untuk tempahan boleh la hubungi mereka, sebab kalau buat tempahan awal, boleh dapat harga yang lebih murah...hehehe...sebab kalau walk-in harga lain tau!

Dewasa : RM58/pax
Kanak-kanak : RM29/pax

Bangi Golf Resort Restaurant

Alamat: No1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia

Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan & Pertanyaan : + (60) 3-8925 3728 / + (60) 3-82100265

Waktu Beroperasi: 6:30 pagi sehingga 9:30 malam setiap hari.
Additional Contact :
Nurul Atikah (012-343 1375)

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!