Holiday Giveaway by Sally Samsaiman (Part 6)

11:59:00 PM Sally Samsaiman 51 Comments


Holiday GiveAway by Sally Samsaiman dah masuk edisi yang ke-6..Tak sangka diam tak diam dah masuk 6 negara Sally jejaki..hihihi..Kalau yang dah lama dengan blog Sally, mesti dah biasa dengan Holiday GiveAway by Sally Samsaiman ni...Macam biasa la GA ni dibuat sempena untuk memberi penghargaan utk korang yang still datang blog Sally walaupun tuan blog dia tgh sibuk bercuti...


Sepatutnya GA ni berlangsung semasa Sally berjalan, tapi disebabkan kekangan masa, Sally tak sempat nak buat entri...So, Sally buat la selepas Sally kembali ke Malaysia. Harapnya sudi la join yer...

Holiday Giveaway by Sally Samsaiman (Part 6)

1. Buat Entry Giveaway bertajuk "Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)"

2. Letakkan banner giveaway dan link kan ke entry ini.

3. Follow Blog

4. Follow Instagram

5. Like Fanpage
sallysamsaiman.com

6. Publish entry dan tinggalkan link entry di dalam kotak komen.

Sally akan memilih 10 orang blogger menggunakan random.org..

Hadiahnya : 5 keping poskad DIY by Sally, 5 Key-chain/Fridge Magnet

Mula : 12hb Mei 2016 (9.45pm) | Tamat : 20hb Mei 2016 (11.59pm)

Kepada yang tiada Instagram atau Facebook...takpe...masih boleh join tapi jangan la takde blog ye...yang penting syarat-syarat nombor 1,2,3,6 tu wajib...

---- SENARAI PESERTA ----

51 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Maria Miracle memilih Hafidz Roshdi sebagai duta produk!

10:40:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments


Sabtu lepas (14hb Mei 2016), Sally sempat ke hadir ke majlis menandatangani memorandum Equal Herbs Sdn Bhd bersama duta bagi produk mereka Maria Miracle iaitu Hafidz Roshdi...Kalau korang yang kurang pasti siapa Hafidz Roshdi, korang mesti ingat kepada hero dalam drama "Tundukkan Playboy Itu", alaa sure kenal dengan watak Harraz Naufal ni kan.

Kalau korang nak tau, Hafidz Roshdi kini telah sah sebagai duta kepada produk Maria Miracle, yang mana merupakan sejenis produk kolagen yang mengandungi ekstrak strawberi...produk makanan tambahan untuk kecantikan ini telah mula berada di pasaran sejak September tahun dan terus mendapat kepercayaan pengguna seluruh negara termasuk Singapura.



Pengarah Urusan Equal Herbs Sdn Bhd, Puan Maria Hasmin Marzuki yang juga merupakan Pengasas Maria Miracle berkata, pemilihan Hafidz dilakukan atas dasar yang namanya semakin hangat diperkatakan selepas membintangi drama "Tundukkan Playboy Itu", dan juga kerana sesuai dengan personaliti yang dimilikinya termasuk bakatnya tidak boleh dipertikaikan.

"Kalau kita lihat di pasaran sedia ada kebanyakan duta produk terdiri daripada selebriti wanita. Justeru membawa sedikit kelainan, Maria Miracle mempertanggungjawabkan selebriti lelaki iaitu Hafidz Roshdi sebagai duta kami."



Pada Sally, pemilihan lelaki sebagai duta produk kolagen memang sangat berbeza daripada kebiasaan di Malaysia dan Sally yakin yang dengan populariti serta kebaikkan produk Maria Miracle itu sendiri mampu menjadi satu gabungan yang hebat...kan?



Maafkan kegigihan Sally nak masuk dalam kamera blogger lain..hahahaha...malas nak selfie tapi dalam masa yang sama nak jugak selfie...macam mana tu kan? Hahahaha...abaikan jela...Overall, sangat seronok kadang-kadang bila join aktiviti macam ni...jadinya kita boleh la tau perkembangan artis-artis Malaysia..takde la asyik kena baca "surat khabar" kan...

Sedikit info berkenaan produk ni yang Sally nak kongsikan:



Maria Miracle merupakan sejenis serbuk kolagen yang mengandungi ekstrak strawberi. Ia terdiri daripada L-Cysteine, Asthaxanthin, Asid Askorbik & L-Arginine yang membantu pencerahan sekata pada keseluruhan kulit sekaligus menjadikan kulit gebu dan bersinar secara semulajadi.

Mengamalkan Maria Miracle secara konsisten dapat membantu melembut, menegang dan menganjalkan struktur kulit. Ia juga bertindak mengatasi kulit kusam, mengecilkan liang roma, membekalkan tenaga serta mengatasi masalah jerawat.

Sally bersama Puan Maria Hasmin Marzuki, Pengasas Maria Miracle

Maria Miracle mempunyai banyak kebaikan kerana ianya diperbuat dari esktrak strawberi yang berkualiti tinggi. Kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah strawberi lebih banyak berbanding sebiji limau sunkist. Buah strawberi memberikan 94 miligram Vitamin C atau 1.5 daripada keperluan Vitamin C harian.

1. Kaya dengan Antioksidan
- Sebuah kajian ada menyebut buah strawberi menduduki peringkat tertinggi kandungan antioksidan.
- Antioksidan merupakan sebatian yang boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan oleh bahan-bahan penimbul kanser.
- Antioksidan bekerja dengan mencegah atau mengganggu proses yang dapat mengarah pada pembentukan sel-sel kanser. Selain itu, antioksidan di dalam strawberi memberikan perlindungan pada hati, dan antiinflamasi.

2. Buah Strawberi juga mengandungi sebatian-sebatian fitokimia yakni asam ellagik, kuersetin, kaempferol, asam fenolat dan antosianin yang diketahui dapat mencegah penggumpalan darah yang menjadi salah satu penyebab serangan jantung atau stroke.

Paling penting, Maria Miracle selamat untuk dinikmati dan dijamin halal selain mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dipasarkan.

Kalau korang berminat nak tau lebih lanjut, boleh berhubung dengan pihak Maria Miracle sendiri okay..?

Facebook: Maria Miracle
Instagram: @mariamiracleofficial
Telefon:03-41629590 | Fax: 03-41629591 | Hotline: 010-5226202

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!