10,000 mug percuma daripada Printcious.com

7:09:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


Masih ingat dengan Printcious.com..? Sally pernah cerita dengan korang pasal servis yang sangat memuaskan daripada mereka ni....Printcious ni sangat popular dengan servis mereka yang menyediakan kita dengan barangan yang kita boleh reka dan customized ikut selera kita...daripada T-Shirts, mug, kusyen bantal, phone case, tile seramik, puzzles, mousepad, mini tees dan baby rompers...Pendek kata segalanya ada di Printcious.com ni..

Mother’s Day, Father’s Day dan Teacher’s day dah menghampiri...Korang dah decide ke nak hadiahkan apa kepada insan tersayang..? Macam Sally, Sally sukakan benda yang ada sentuhan peribadi daripada kita sendiri...Sebab tu Sally selalu akan cari hadiah yang lain daripada yang lain untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga atau kawan.


Haaa! ni yang Sally nak share dengan korang, korang tau tak yg printcious.com nak bg 10,000 mug secara percuma sempena hari-hari yang istimewa ni...Caranya pun cukup mudah...Korang hanya perlu buat beberapa langkah yang ada kat bawah ni untuk melayakkan korang dapatkan sebiji mug secara percuma!

Korang boleh tebus 10,000 mug percuma ini bermula 1hb April sehingga 31hb Julai selagi stok masa ada...Jangan tunggu lama-lama..!

Arahan:

​1. Korang kena LIKE dan SHARE artikel Facebook mereka mengenai Kempen Mug Percuma dan set kan ke Public supaya boleh disemak oleh pihak mereka.

2. Create a member account (buka pada tab yang baru) & log masuk ke akaun korang.

3. Pergi ke bahagian mug dan korang akan nampak gambar Free Mug, klik je dekat situ dan harga dia akan menjadi RM0.00...



4. Lepas korang dah design mug mengikut pilihan hati korang, just klik "Done" dan "Add to Cart"

5. Cuma ikut je langkah-langkah yang macam Sally ajarkan kat atas ni dan tunggu 7-10 hari waktu bekerja untuk dapatkan hadiah istimewa korang...

Tapi masih ada terma dan syarat tau..

1. Satu email hanya boleh menebus sebiji mug sahaja
2. Akan ada cas penghantaran, iaitu RM10 untuk Semenanjung dan RM15 untuk Sabah & Sarawak
3. Korang tak boleh walk-in dan ambil sendiri mug
4. Penghantaran percuma hanya untuk pembelian RM60 dan keatas
5. Tidak boleh menggunakan voucher percuma
6. Hanya ada 10,000 biji mug yang akan diberikan dan hanya boleh ditebus sebelum 31 Julai 2016!

Mudah sahaja kan nak dapatkan hadiah buat insan yang kita sayangi..? Jangan tunggu lagi, pastikan kita berikan sesuatu yang istimewa buat mereka...Walaupun kita tak mampu nak balas jasa mereka, tak salah kalau kita dapat berikan sedikit token sebagai tanda penghargaan kita kan..?

Dahh...sesape rasa nak DIY tu...cepat-cepat usha website dorang tau!

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Meraikan Hari Ibu dengan pakej percutian santai di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur!

5:25:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Diam tak diam dah, Hari Ibu dah nak menjengah...apa plan korang untuk ibu tersayang tahun ni..? Haa! Kalau belum ada idea nak buat ape, nak surprise kan apa untuk ibu atau mungkin ada isteri yang nak mintak shuben belanja percutian sempena Hari Ibu ni...Sally nak cadangkan korang ke Sunway Putra Hotel sempena meraikan Hari Ibu dengan tema My Mom My Superhero yang bakal diadakan pada 7 dan 8 Mei 2016 ni.



Sebelum tu, Sally bersyukur sangat sebab dijemput oleh pihak Sunway Putra Hotel untuk menjadi antara yang pertama merasai pengalaman meraikan Hari Ibu dengan tema My Mom My Superhero, dan untuk menjadikan percutian santai ni lebih bermakna dan kena dengan temanya, Sally bawa ibu untuk merasakan sendiri pengalaman kat sini...Walaupun Sally mungkin tak mampu nak bagikan kemewahan, kongsi rezeki ni pun rasanya dah bermakna bg Sally.



Sally dapat sebuah suite yang menghadap swimming pool..Kalau tak sebab bilik suite ni tinggi ni daripada swimming pool, mmg dah lama Sally loncat daripada sini ke swimming pool..Hahahaha...okay laaa...Sally tipu je..mana berani oii!

Masuk je ke bilik, nampak dua ekor angsa ni...alaaaa...romantiknyaaa lahai katil...kita dengan mak kita laaa bukan dengan shuben! Hahaha...Ibu punya excited nampak angsa dua ekor ni...Sampai tak nak bagi Sally angsa tuuu...angkat angsa pun bersungguh-sungguh spaya tak terburai..ibu...ibu...



Selfie is a must okay? Hahahaha...percaya tak...Sally ni jarang ambil gambar dengan ibu...kalau orang tak amikkan mmg takkan ada la gambar bagai...entah laaa...ibu kata dia dah tua laa...Malu la nak ambik gambar laa...ayaaaa...tak pasal-pasal kita yang takde gambar dengan dia..hihihi...

Sally check-in pukul 6pm masa tu sebab malas nak ambik cuti...hishhh...menyesal pun ada sebab tak sempat nak habiskan masa jalan-jalan sekitar hotel ni...Kalau tau lain kali datang awal sikit kan...eh, confident je ada lagi next time kan! Hahahaha...

Untuk pakej meraikan Hari Ibu dengan tema My Mom My Superhero ini, Sally rasa sangat berbaloi dengan segala facilities yang akan kita dapat...dengan hanya RM488 (nett) korang akan dapat free upgrade ke Deluxe room, dapat percuma sarapan pagi dan juga menikmati Hi-Tea buffet yang akan disajikan di Coffee House mereka yang baru dibaikpulih, dapat percuma parking, voucher bernilai RM20 daripada Tezzer Sallon dan yang paling istimewa ialah hadiah surprise daripada Bonia!




Sebelum bersarapan pagi, Sally dan ibu sempat la menjengah ke swimming pool...Haihhh...kalau ikut hati mmg nak berendam je tapi bila memikirkan panas membahang dengan matahari kat atas kepala, terus tak jadi...dapat bersantai tengok orang berendam pun boleh laaa....

Jujurnya Sally ni tak reti berenang, pulak pool dia ada sampai 10 meter kedalaman dia..hahahaha...lagi la seram tapi korang jangan risau sebab ada jugak dua pool yang berlainan untuk anak-anak...

Lupa Sally nak bagitau, yang pakej ni termasuk untuk dua (2) orang dewasa dan juga dua (2) kanak-kanak..berbaloi kan..? Selain daripada ibu kita, kita boleh la jugak bawak anak-anak buah ke, anak sendiri ke...




Ada pelbagai menu untuk buffet sarapan pagi...Kalau korang biasa dengan buffet sarapan pagi, mesti dapat agak apa yang Sally ceritakan ni kan...daripada pastri, roti bakar, makanan berat seperti lontong, Nasi Lemak, pelbagai menu telur seperti scramble egg, dan macam-macam lagi!

Pendek kata semua benda yang korang nak makan untuk sarapan pagi ada...Huihhh! Kalau tak dikenangkan lepas sesi sarapan pagi ni ada sesi yoga dengan Atilia, mmg Sally makan sampai kenyang sekenyangnya...hahahaha...Oh, tapi sesi yoga ni hanya special untuk media preview yer..takde dalam itinerary untuk pakej "My Mom My Superhero" ni tau!


Ya Allah, stress tengok Atilia ni...kecik molek je..tu tak tengok lagi perut dia...kempis nyaaa...kalau letak Sally, sama dengan 4 orang Atilia tau! Hahahaha...pagi tu dia ajar kami beberapa basic movement yoga yang kita boleh praktikkan masa kat rumah, buat masa tengah tengok TV ke kan...hahahaha


Kahkahkah...comel sangat Atilia ni...time ni kesian tengok ibu tapi as long as dia happy pun dah okay sangat...Sally rasa tak menyesal sebab heret ibu ke sini...awalnya dia macam nak tak nak je tau...Nasib baik jugak la dapat pujuk dia...kalau tak mesti dia menyesal tak ikut Sally..hahahaha...

Sunway Putra Hotel ni mempunyai 320 buah bilik Deluxe, jadinya jangan risau kalau korang takut tak cukup tempat ke apa...yang penting sekali, korang kena dapatkan pakej yang berbaloi ni untuk meraikan ibu dan insan tersayang yang bergelar ibu...


Terdapat pelbagai menu untuk Hi-Tea buffet yang disediakan oleh Sunway Putra Hotel...Hi-Tea buffet ni korang boleh nikmati bermula pukul 1pm sehingga 5pm...Jangan risau sebab Sunway Putra Hotel ada istimewanya tau, korang boleh check-out selewatnya pukul 4pm!



So, boleh makan dengan tenang dan santai...eh, dah nama pun percutian santai buat ibu!

Sally suka menu Hi-Tea mereka sebab ada banyak desserts! Ya Allah, serius Sally suka gila makan segala pencuci mulut...ada kek, puding, aiskrim, bubur, kuih, buah-buahan...Jangan risau sebab ada jugak makanan berat, pelbagai lauk yang korang boleh makan dengan nasi...tapi Sally suka dengan menu pencuci mulut...favorite!



Alaaaaaa....ingatkan dah habis kejutan...lepas tu ibu dapat rose bouquet pulak daripada pihak Sunway Putra Hotel...sweet sangat ni tau! Sally pun tak pernah dapat jambangan bunga, ibu yang dapat pula...tapi takpe...Sally gembira sangat bila ibu gembira...Tak mampu Sally nak berikan apa yang pihak Sunway Putra Hotel bagi, tak mampu rasanya nak ucapkan terima kasih atas segala penat lelah dia...
Kalau korang nak ibu korang rasa macam mana ibu Sally rasa, Sally cadangkan korang pilih pakej Mother's Day celebration, "My Mom My Superhero" yang akan diadakan pada 7-8 Mei 2016...
Maklumat lanjut korang boleh hubungi:

Sunway Putra Hotel
Alamat: 100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-4040 9888
Website: www.putra.sunwayhotels.com
Facebook: www.facebook.com/sunwayputrahotelkl
Instagram: www.instagram.com/sunwayputrahotel

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Sepetang di pantai..syokknya oii..!

10:00:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments


Minggu lepas Sally pulang ke kampung...sebenarnya lama sangat dah tak balik kampung...Yela...bila mula kelas, setiap minggu pulak kan...mmg tak dapat Sally nak spare masa untuk balik kampung...Bila dah dapat balik kampung, mmg kaki tu asyik berjalan je la kan...

Benda pertama yang Sally akan pastikan takkan keluar daripada list Sally bila balik kampung, surely pergi pantai...Rumah nenek Sally ada depan pantai je...Walaupun sekarang ni ada separuh jalan dah kena jadikan jalanraya, tapi still lagi Sally akan ke pantai yang sama...


Kali ni balik dengan sepupu Sally dan ibu...hehehe...mmg turn orang muda-muda la berjalan, tinggal ibu dekat rumah..hahahaha...kejam tak...? Kejam sikit laa...ibu yang tak nak ikut sebab panas katanya...Fuhhh...puas hati gila dapat jumpa pantai walaupun mampu rendam-rendam kaki je...Ikut hati mau terjun tapi tak nak laaa...panas gila kot!



Korang kalau balik kampung, apa aktiviti yag paling korang tunggu-tunggu nak buat?

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!