3 rahsia yang ditutup rapat.

4:11:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


1. Jodoh

Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.



2. Rezeki

Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi masih mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal dan faham.

Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa-biasa je. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan.

Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.

3. Ajal maut.

Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.


8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Tauhutak, sedap dia cengginiiii haaa!

10:00:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments


Korang pernah dengar Tauhutak tak..? Sally memang suka betul makan benda ni...Tauhutak ni sebenarnya tauhu kering yang ada inti dalam dia...ada inti ayam dan jugak inti daging...Sally prefer inti ayam lagi daripada daging walaupun Sally mmg peminat daging...



Sally beli Tauhutak ni dengan kawan baik Sally, awalnya macam nak tolong bisnes kawan la tapi dah jadi ketagih pulak...Selain daripada goreng dan makan dengan sos cili, korang boleh buat sebagai minum petang, bersahur, dimasukkan dalam mee kari atau maggi, goreng bersama sayur dan macam macam lah....

Rasa dia mmg sangat sedap dan Sally suka goreng lepas keluar daripada peti ais, masa tengah beku tu...sebabnya nanti bila gigit akan percik jus ayam atau daging tuu! Fuhhh! Feeling kot makan dia!



Kepada sesiapa yang nak mencuba tau tak kira nak order untuk mak ke, mak mertua ke, jiran sebelah rumah ke, kawan sepejabat ke, untuk suami isteri tersayang ke, untuk menjamu tetamu ke rumah ke...Korang boleh contact kawan Sally, Atid..

COD sekitar Taman Keramat, Wangsa Maju, Setiawangsa, Keramat AU.
No Poslaju, Pos Daftar ke segala jenis pos tu tak boleh!

Ha! Whatsapp 012-6329114 sekarang kalau nak order.

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Poskad tu macam Instagram versi alam nyata.

8:30:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


Poskad.

Yey! Koleksi poskad Sally bertambah dari sehari ke sehari...Kali ni Sally nak share dua keping poskad yang Sally terima...Satunya macam biasa la datang daripada adik Aisya kesayangan yang dah selamat mendarat ke bumi Malaysia akhirnya...So, jadinya poskad yang +Siti Aisya Ibrahim bagi ni akan menjadi poskad terakhir yang Sally terima daripada Jerman, melainkan kalau tiba-tiba ada blogger lain yang duduk kat Jerman pulak laaa..hihihi...



Poskad kedua datangnya daripada +Hanis Amanina  yang kini belajar di Republic Czech...Ini kali pertama Sally dapat poskad dari sana...dalam gambar tu bak kata Hanis ada sungai yang terpisah dua yang mereka gelarkan sungai bercabang..hihihi...Satu cabang tu Labe River (dari Czech) dan satu lagi Orlice River (dari Jerman)

Syoknya bila dapat kumpul poskad, sambil tu dapat tau sedikit sebanyak pasal negara tersebut...

Siapa kumpul poskad kat sini..? Meh gimme five sikit!

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!