Tuna TC Boy : Lebih variasi, lebih banyak resepi..!

6:28:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments


Bercerita tentang tuna keluaran TC Boy ni...rata-rata kita mesti dah biasa sangat dengan produk keluaran ni kan...Sally pun sama...dah mmg membesar dengan variasi mereka...TC Boy telah diasaskan sejak dari tahun 1991 dan mula bertapak di Malaysia dan kini setanding dengan makanan dalam tin yang lain. Selain Malaysia, TC Boy juga terkenal di Singapore, Thailand, Brunei, China dan Timur Tengah. TC Boy menawarkan pelbagai produk makanan dalam tin seperti tuna, salmon, sardin, kacang panggang dan juga air kelapa laut.



Selalu orang banyak alasan bila suruh makan sarapan...tau tak yang sarapan merupakan waktu makan yang paling kita kena ambil berat dan kena pentingkan, tapi produk tuna keluaran TC Boy tidak hanya terhad kepada sarapan...Kalau korang jenis pemalas nak masak, Sally akan share beberapa resepi yang korang boleh gunakan tuna keluaran TC Boy...Korang tau tak yang ada banyak resepi yang korang boleh buat menggunakan produk tuna keluaran TC Boy..?



Apa yang bagusnya tentang tuna keluaran TC Boy ni, ianya tidak mengandungi bahan pengawet dan tiada sebarang tambahan MSG. Ini sebenarnya yang paling penting dalam bahan makanan kita..dan yang pengting sekali, HALAL dan juga bersih!

Antara kebaikan produk TC Boy adalah :

1. Omega 3 - kaya DHA dan EPA yang membantu meningkatkan kolestrol yang baik (HDL) dan boleh mengurangkan kolestrol tidak baik (LDL)

2. Protein - keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu

3. Kalsium - Memainkan peranan yang utama iaitu pembesaran tulang, pembekuan darah, mengurangkan kontraksi otot dan melancarkan saraf

4. Rendah lemak - membantu mengurangkan penyakit kronik seperti penyakit jantung dan obesiti

Korang tau tak berapa banyak resepi yang Sally dapat buat dengan hanya menggunakan Tuna dan Sardin keluaran TC Boy..?



Sardin masak lemak cili padi & pucuk ubi



Sardin masak kari dengan kentang



Bergedel tuna (menggunakan Solid Tuna in Virgin Olive Oil)



Bubur nasi dengan Solid Tuna in Sunflower Oil



Sandwich roti putih dengan Tuna Sandwich Delite, plus cili padi potong..hihi



Nasi goreng kicap dengan Solid Tuna in Virgin Olive Oil



Cucur Solid Tuna in Virgin Olive Oil & sayuran



Sardine roll with cheese

Yang paling sedap sekali masa makan Tuna Sandwich Delite dengan timun dan salad, atau nak lagi syok..makan dengan biskut gandum!



Sebenarnya ada banyak lagi resepi yang korang boleh cuba dengan variasi tuna dan sardin TC Boy...yang pastinya semuanya sedap dan mudah disediakan...Lepas ni dah takde lagi alasan kenapa tak nak makan, atau malas memasak...

Satu je yang Sally belum sempat cuba, buat nugget ikan daripada tuna chucks...haaaa...macam mana la kekdahnya rasa dia nanti kan...? Sally akan cuba buat sebab masih ada lagi ada satu tin Solid Tuna in Spring Water kat rumah!

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

SR-9 - Formula Nak Kurus, Detox dan Sihat Bertenaga

5:09:00 PM Sally Samsaiman 0 Comments


Kalau korang yang pernah jumpa dengan Sally, mesti tau yang Sally sememangnya berbadan besar..Kalau nampak Sally kurus tu mungkin effect daripada kamera..hahahaha...Cuba bagi tahu Sally, siapa yang tak nak kurus, tak nak sihat bertenaga?

Sally baru jumpa dengan satu formula baru nak kurus, nak detox dan yang penting sekali kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari...Pada awalnya rasa macam semua produk detox sama sahaja tapi SR-9 ni ada kelebihannya yang tersendiri...



Okay, Sally nak cerita la sikit sebanyak tentang SR-9 ni ye...SR-9 merupakan produk keluaran RBS Network Sdn Bhd yang merupakan satu formula yang dicipta khas untuk mengurangkan berat badan...Macam mana ianya berfungsi..? SR-9 akan bertindak secara khusus pada bahagian lemak yang degil...dan memberikan kita tenaga serta membantu membentuk badan kita supa menjadi lebih tegap dan kental, jadinya lepas ni kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada lemak-lemak yang menggelebeh..hihihi...Eh, awalnya nak selamat tinggal dah Sally..?

Bahan-Bahan aktif yang digunakan dalam SR-9

Glutamine - Mengekalkan otot badan
Creatine - Mmebantu menyalurkan tenaga
Protein - Membina otot, hormon, enzim, sel, asid nukleik dan komponen imunisasi badan
Asidamino - Komponen utama dalam pelbagai metabolisma
L-Carnithine - Salah satu asid amino yang paling penting bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan
Fenugreek - Mengawal peningkatan kadar kolesterol dalam badan
Garcinia Cambogia - Membantu mengawal nafsu selera makan
Tribulus - membantu dalam peningkatan hormon testosterone (hormon lelaki)
Catuaba - Membantu memberi nafas baru dalam kehidupan seksual lelaki dan wanita



Cara pengunaan SR-9

1. Tuang 1 sachet ke dalam 150ml air mineral / air kosong dan kacau sehingga sebati
(lebih sedap kalau minum dengan air sejuk dan goncang dalam shaker)
2. Minum 15 minit sebelum mengambil sarapan pagi
3. Untuk penurunan berat badan yang optimum, ambil 2 uncang dan amalkan dalam masa 40 hari
4. Minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter (8 - 10 gelas) air setiap hari untuk kesan yang lebih baik

Sally suka minum SR-9 sebab rasanya yang sedikit masam tu...Oh! lupa Sally nak bagi tahu yang SR-9 ni berperisa oren...mmg sedap, bangun pagi terus minum...mmg segar terus mata...Kalau tak sempat nak minum kat rumah, Sally akan minum di pejabat je...

Sally suka minum SR-9 masa Sally ke gym..Hahaha..hello! Ingat kita tak bersenam ke..? Sally akan ke gym 2-3 kali seminggu ikut mood jugak laaa...tapi bermula minggu lepas, Sally akan amalkan penggunaan SR-9 sebelum Sally bersenam, dengan El Nino, dengan panas sebab dalam gym takde penghawa dingin dan bantuan SR-9, mmg basah lencun la walaupun sekejap je kat gym tu!





Info Ringkas Produk SR-9

1. Mampu membakar lemak bagi mereka yang mempunyai kegemukkan lemak tepu dan gemuk air.
2. Membina otot badan agar lebih menarik disamping memberi booster tenaga.
3. Melancarkan sistem pencernaan melalui pembuangan air besar, air kecil dan perpeluhan.(Detox)
4. Sangat sesuai bagi mereka yg menghadapi masalah obesiti.
5. Sesuai untuk lelaki dan perempuan

Kalau nak cerita tentang keberkesanannya, Sally mmg tak dapat la nak tunjukkan testimoni pada diri sendiri lagi sebab masih awal kan...tapi semua kesan sampingan yang perlu dan akan kita rasai seperti berpeluh itu mmg Sally rasa dengan sangat ketara..Walaupun duduk dalam pejabat, rasa macam tengah duduk kat tengah-tengah tapak binaan syarikat ni haaa...

Produk SR-9 tidak sesuai untuk ibu hamil. Ibu yang mempunyai bayi yang kurang daripada 6 bulan dan masih menyusukan juga tidak digalakkan untuk mengamalkan SR-9.

Macam mana nak dapatkan produk SR-9 ni..?

SR-9 boleh didapati secara online mahupun melalui agen yang terdapat di seluruh Malaysia...
Produk SR-9 berharga RM170 (SM) / RM180 (SS)

BERITA BAIK!

Sekarang ni RBS Network Sdn Bhd ada promosi okay....Dengan setiap pembelian 2 botol, korang boleh dapatkan 1 botol lagi secara percuma! Cara nak dapatkannya, korang kena sebut code "Sally comel cepatlah kurus!" .. Hahahaha..tak-tak..Sally tipu je..Korang boleh sebut atau inform yang korang dapat info daripada "sallysamsaiman.com"

Untuk info lebih lanjut :

Website : http://www.rbsnet.biz/
Facebook : SR-9-HQ
Instagram : @rbsnetwork
Whatsapp : +6014-611 8445

"SAY NO TO OBESITY, LET'S FIT WITH SR-9 FORMULA"

#BakarLemak #BinaOtot #Cergas #Sihat #Menawan #Tenaga #Nakkurus #Taklapar #FatBurner #KuruskanBadan #Langsing #Menawan # Ramping #SR9 #Ubatkurus

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Majlis Pelancaran Jenama & Koleksi Rekaan MS Couture by Mia Sara.

9:24:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments


Fuhhh! Setelah tujuh tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, bermula dengan bidang lakonan seawal umur 4 tahun, sekarang ni Mia Sara dah ada jenama dan koleksi rekaan beliau yang tersendiri...Sally mmg salute gila dengan adik Mia Sara ni sebabnya kecil-kecil lagi dah pandai merancang masa hadapan dia...

Kalau korang perasan, pada awal Disember tahun lepas, Mia Sara sudah pun berhijrah dengan mula memakai tudung dan mula menjaga auratnya..Mia Sara mendapat idea untuk menjual tudung dan pakaian muslimah selepas beliau pulang daripada mengerjakan umrah...



Mia Sara telah melancarkan rangkaian tudung, baju kurung dan jubah di bawah jenamanya sendiri iaitu MS COUTURE..Dibawah label ini terdapat tiga jenis tudung yang didatangkan khas untuk ibu dan anak antaranya Muna Sumiyah, Shuhrah dan Mahabbah.

Selain itu, MS COUTURE juga tampil dengan rekaan eksklusif tiga jenis jubah iaitu Marissa, Sofia dan Madeena. Marisa merupakan jubah berpotongan A dan diperincikan dengan rekaan cape. Sofea pula merupakan jubah kanak-kanak dan dewasa diperincikan dengan corak abstrak moden, menggunakan fabrik oriental velvet. Madeena pula tampil dengan rekaan jubah potongan A dan diperincikan dengan potongan kembang di hujung lengan menggunakan fabrik como crepe.

Kredit : siakapkeliori.blogspot.my

Bagi koleksi baju kurung moden pula, MS Couture ada menyediakan kurung Samira yang berpotongan fish tail dan skirt potongan pensil dengan menggunakan fabrik kapas yang tidak bercorak dan bercorak, serta menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi.

Sally harap jenama MS Couture daripada Mia Sara akan mendapat sambutan dan semoga penghijrahannya akan berterusan dan usaha Mia dalam mengembangkan dan memberikan kesedaran tentang penjagaan aurat wanita akan mendapat hidayah dari Allah SWT.

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!