Sally suka pakai BB Cushion Afla Secret!

10:00:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


Sekarang ni, produk kecantikkan daripada Korea memang dah jadi pilihan...Lagi-lagi bila tengok selebriti Korea semuanya muka cantik, takde sebarang cela...Untuk mereka yang sukakan foundation, gunakan BB Cushion pun dah jadi salah satu pilihan sekarang ni...

Afla Secret

Sally rasa korang mungkin belum pernah dengar lagi pasal BB Cushion yang berada bawah label ni kan...? Okay, sebelum korang excited tak tentu pasal ingatkan Sally cerita pasal produk Korea, baik Sally bagitau awal-awal yang BB Cushion yang bakal Sally kongsikan ni merupakan produk keluaran Bumiputera dan sama je kualiti dengan BB Cushion lain yang terkenal ada dalam pasaran sekarang...


Haa...betul tak Sally cakap takde bezanya BB Cushion Afla Secret dengan BB Cushion jenama yang terkenal...yang penting sekali kan, Sally suka dengan hasil lepas kita gunakan BB Cushion Afla Secret ni...Sally cuba jugak guna masa Sally kat luar atau kemana-mana event yang memerlukan muka Sally nampak ceria dan tidak ada cela...mmg ternyata BB Cushion Afla Secret ni sangat sesuai dengan Sally...

Antara bahan-bahan yang terkandung dalam BB Cushion Afla Secret:

Air mineral, Arbutin, Cyclopentasiloxane, Zink Oksida, Glycerin, Titanium Dioksida, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cyclohexasiloxane, Phenyl Trimethicone, Lauryl PEG-9, Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, Butylene Glycol, Ekstrak Minyak Biji Aprikot, Minyak Kelapa Dara, Minyak Zaitun, Ekstrak Aloe Vera, Minyak Argan, Stemcell Epal, Kigelia Africana, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E. (SPF 30+)

Kalau korang nak tau setiap bahan dalam BB Cushion Afla Secret ni ada kegunaan mereka yang tersendiri, contohnya :

  • Minyak Kelapa Dara untuk kesan awet muda.
  • Minyak Zaitun untuk menegang, melicin kulit wajah.
  • Kigelia Africana untuk meremajakan sel kulit.
  • Stemcell Epal untuk merangsang sel kulit kembali segar dan gebu.
  • Minyak biji aprikot untuk anti-penuaan dan kulit kembali berseri.
  • Minyak Argan untuk meningkatkan kolagen kulit kembali menjadi anjal.
  • Ekstrak aloevera untuk melindungi dan melembutkan kulit.
  • Air mineral untuk menyegarkan dan memberi tenaga kepada sel kulit wajah.
  • Vitamin A, C dan E untuk perlindungan sinaran UV dan mengecilkan liang pori.

Nampak..? Selain daripada bagi kita nampak cantik, kulit muka lebih gebu, dalam BB Cushion Afla Secret ada banyak bahan-bahan yang sangat membantu dalam mengembalikan keremajaan kulit...Baru laa cantik selalu!


Ini hasil lepas Sally gunakan BB Cushion Afla Secret, takde filter bagai okay...walaupun still nampak jerawat comel kat dagu tu tapi Sally puas hati sebab dapat kurangkan minyak pada wajah...yang best lagi, BB Cushion Afla Secret ni boleh tahan 3 bulan tau walaupun korang guna setiap hari...

Nak lagi best..?

Setiap pack BB Cushion Afla Secret ni didatangkan dengan refill pack yang mana boleh tahan 3 bulan jugak...Jadinya, satu bedak untuk 6 bulan..? How cool is that..???

Harga BB Cushion Afla Secret..?

Hanya RM90!

Korang boleh dapatkan BB Cushion Afla Secret dengan menghubungi :

FB: http://www.facebook.com/aflasecretofficial
IG: http://www.instagram.com/aflasecretofficial

atau WhatsApp Kak Afla (012-522 8015) / Kak Ayuni (018-204 3980)

atau nak lagi senang, korang WhatsApp Sally (013-672 7520),
Sally boleh je ambilkan stok dekat kak Afla, Sally siap pos sekali untuk korang!

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

NIVEA EMPOWER RUN 2016, larian untuk membantu wanita!

12:59:00 AM Sally Samsaiman 3 Comments


Korang!

Pernah dengar NIVEA?

Produk NIVEA ni memang dah sinonim dengan wanita jadinya Sally yang wanita sangat ni pun dah mula gunakan produk NIVEA...Bagi Sally produk NIVEA mmg sangat sesuai dengan wanita yang cergas dan memerlukan kesegaran yang berpanjangan...Korang dah cuba rangkaian terbaru deodorant NIVEA, Pearl & Beauty?



NIVEA telah memperkenalkan NIVEA Pearl & Beauty Deodorant yang mengandungi ekstrak mutiara yang menjadikan ketiak kita lebih licin dan seputih mutiara...Perghhh...definasi dia tak nak kalah kan..hahahaha...Selain daripada tu, ia juga memberi perlindungan 48 jam daripada peluh dan sangat lembut pada kulit kerana tidak mempunyai bahan kimia dan membuatkan kita segar dan berkeyakinan.

Sally tau korang suka join larian kan...? Bukan larian yang lari rumah okay? Ini Sally nak ajak korang sama-sama join NIVEA Empower Run 2016!

Untuk pengetahuan korang, NIVEA akan menganjurkan NIVEA EMPOWER RUN 2016. Objektif larian ini ialah bagi membantu wanita miskin dan kurang berkemampuan dengan menderma keuntungan dari larian ini kepada Badan-badan Kebajikan, For Wisdom And Revolutionary Development (FORWARD) dan beberapa NGO yang membantu masyarakat yang kurang mampu untuk membeli makanan.



NIVEA juga ingin menghulurkan bantuan dengan melengkapkan wanita-wanita ini dengan latihan dan kemahiran yang diperlukan supaya mereka boleh menyara anak-anak mereka ke sekolah, sesuatu yang tidak dapat mereka lakukan sebelum ini kerana tidak mampu.

Hanya dengan perubahan ini, mereka dapat membebaskan diri dari belenggu kemiskinan. Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita sama-sama memeriahkan Larian ini dan jangan lupa tandakan kalendar anda! bersedia untuk memimpin dan diberi kuasa! Mari kita beramai-ramai merentasi sempadan untuk lebih maju kehadapan.

NIVEA percaya apabila kita yakin, tiada apa yang dapat menghalang kita untuk mencapai impian. NIVEA memberi kuasa kepada wanita dengan membantu mereka merealisasikan potensi dalam diri mereka dan menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama!

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.themarathonshop.com.my/niveaempowerrun

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!