Majlis Perasmian AEON Mall Shah Alam oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

4:32:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Rasanya warga Shah Alam khusunya memang dah sedia tahu yang AEON Mall Shah Alam sudah pun dibuka kepada umum sejak awal Mac yang lepas..Sally berbesar hati dapat sama-sama meraikan Majlis Perasmian AEON Mall Shah Alam yang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, pada 22 Mac yang lepas.

Rasanya ini kali pertama Sally dapat melihat Majlis Perasmian yang dirasmikan oleh kerabat Di-Raja di Malaysia...Terasa bangga sekejap la kan..hihihi...Walaupun diadakan secara serba sederhana, tapi masih lagi meriah...



Dalam majlis tersebut, Baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj turut memperkenan bagi menyerahkan cek sumbangan daripada pihak AEON kepada beberapa buah badan kebajikan yang berada di sekitar Shah Alam, Klang dan Selangor.



Baginda berangkat meninggalkan majlis sekitar pukul 12.30 tengahari. Ianya satu penghargaan kepada pihak AEON dan juga rakyat Shah Alam kerana dapat bersama-sama dalam Majlis Perasmian AEON Mall Shah Alam oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Sedikit info mengenai AEON Mall Shah Alam...AEON Mall Shah Alam merupakan cawangan AEON Mall yang ke-25 dibuka di Malaysia. Uniknya mall ini sebab ianya diinspirasikan daripada 4 musim yang berada di Jepun selaku negara asal yang membawa masuk AEON ke Malaysia dan juga dekorasi luarannya diambil daripada senibina Masjid Shah Alam yang tersergam indah.

AEON Mall Shah Alam berkeluasan 1.5 juta kaki persegi dan mempunyai 2,500 ruangan letak kereta. Di dalam AEON Mall Shah Alam mempunyai hampir 160 kedai yang mewakili beberapa fesyen, servis, F&B dan kiosk kecantikkan serta lain-lain...

Bagi mereka yang belum pernah ke Jepun atau merindui suasana Jepun, AEON Mall Shah Alam yang bertemakan 4 musim di Jepun telah menyediakan beberapa ruangan yang berkonsepkan musim sejuk, musim panas, musim luruh dan juga musim bunga.


3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 ke lima negara Asean.

9:44:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments


Pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS) akan ke serantau Asean tahun ini melibatkan negara Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina, serta Malaysia bagi menyediakan platform untuk pereka muda dari seluruh rantau ini untuk mempamerkan bakat dan membantu melonjakkan mereka ke dalam industri fesyen.

Pencarian pereka fesyen muda ini yang diadakan buat kali kedua dengan kerjasama pihak Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear (KLFW RTW) telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 29 Mac yang lepas oleh Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad bersama Encik Andrew Tan, pengasas KLFW RTW.

Ujibakat akan diadakan di Jakarta (16 April), Manila (23 April), Kuala Lumpur (30 April), Singapura (7 Mei) dan Bangkok (14 Mei) untuk mencari bakat-bakat tempatan dari setiap bandar serantau. 3 perserta terbaik dari bandar masing-masing akan mewakili negara mereka untuk ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada bulan Ogos di pentas peragaan KLFW RTW 2016 yang berprestij.

Aireen Omar dan Andrew Tan selaku panel hakim bagi AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 akan disertai oleh Vivy Yusof, pemilik laman web e-dagang fesyen terkenal FashionValet.com, Alia Bastamam, pereka fesyen terkenal dan Suzie Adnan, Ketua Pengarang majalah GLAM sebagai panel hakim untuk pertandingan ini.



Pencarian pereka fesyen ini terbuka kepada pelajar fesyen berumur tidak melebihi 28 tahun yang sedang belajar atau telah lulus dari sekolah reka fesyen di mana-mana lima buah negara yang terlibat di dalam pencarian ini. Tiga (3) lakaran berilhamkan destinasi Asean harus disertakan bersama borang pendaftaran yang lengkap. Borang pendaftaran boleh di muat turn di laman klfashionweek.com dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 April 2016.

Sepanjang pusingan ujibakat di setiap negara, pereka-pereka muda yang berpotensi ini perlu mempersembahkan lakaran rekaan bertemakan Asean kepada panel pengadil di setiap bandar mereka. 3 finalis terbaik yang dipilih dari setiap negara akan diberi peluang mempamerkan koleksi mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2016 pada bulan Ogos 2016 dan bersaing untuk menjadi AirAsia’s Most Promising Designer 2016.

Hadiah-hadiah bernilai lebih RM350,000 menanti pemenang pertandingan ini termasuk slot untuk mempamerkan koleksi penuh di KLFW RTW 2017, mentor dari pasukan KLFW RTW, RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan koleksi kapsul dan dijual di laman fashionvalet.com, mata ganjaran AirAsia BIG sebanyak 150,000, tiket pergi balik AirAsia atau AirAsia X dan beberapa lagi hadiah yang akan diumumkan kelak.

AirAsia adalah Preferred Travel Partner KLFW RTW 2016 dan akan menerbangkan pereka fesyen dari Singapura, India, Indonesia, China, Australia dan Korea Selatan melalui rangkaian penerbangan luas AirAsia untuk memperagakan koleksi mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2016.

Pertandingan serantau tahun ini memberi peluang kepada pereka muda dari Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Malaysia; mewujudkan platform serantau untuk mengangkat bakat belia dalam industri fesyen
Hadiah bernilai lebih RM350,000 menanti pemenang AirAsia’s Most Promising Designer 2016

Ikuti perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 melalui webisodes di Youtube (youtube.com/user/AirAsia), laman sosial AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) atau melalui hashtag media sosial #AirAsiaRunway.

Jadual Ujibakat AirAsia Runway Ready Designer Search 2016

16 April 2016 - Jakarta, Indonesia
23 April 2016 - Manila, Philippines
30 April 2016 - Kuala Lumpur, Malaysia
07 May - 2016 Singapore
14 May 2016 - Bangkok, Thailand

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!