Bila demam Descendants of the Sun mula merebak.

10:19:00 PM Sally Samsaiman 19 Comments


Siapa kat sini yang tengok drama Descendants of the Sun?

 Sally rasa rata-rata peminat drama Korea dah mula ikuti siaran Descendants of the Sun yang sudah masuk episod 8 ni...Sally sendiri pun sememangnya terkena sindrom penyakit senyum sorang-sorang sebab tengok Song Joong-Ki berlakon...fuhh!

Bila dah mula obses dengan sesuatu, peminat ni kadang-kadang banyak betul akal dorang kan...hahahaha...Sally pun suka gila usha #DescendantsOfTheSun @ #DOTS untuk tengok macam-macam benda yang mereka buat...hahahaha...kadang tu ketawaa sendiri tengok mereka ni...



Yang paling Sally tak boleh tahan bila dorang edit gambar Lee Kwang Soo menggantikan gambar watak utama, Song Hye-Kyo...huhuhu...Kalau korang yang bukan peminat Korea, mungkin korang tak tahu yang Lee Kwang Soo & Song Joong-Ki merupakan kawan baik...Bromance antara dorang ni buatkan kita yang perempuan pun boleh jealous dengan Lee Kwang Soo!





Serius Sally tak boleh tahan gelak tengok...dorang ni betul-betul kreatif ke macam mana..? atau sebenarnya stress sangat sebab kena tunggu 2 episod je setiap minggu...? hahahaha...

Jujur kata Sally takde la macam kena sindrom jatuh hati kat male lead, tapi macam suka tengok #SongSongCouple ni berlakon....comel aje la masing-masing pun...kalau korang tengok drama ni...please jangan buat direct eye contact dengan watak Song Joong-Ki..Takut nanti ada yang tak tidur malam macam Faizah Azmi :P



Nightmare weh kalau tengok lama-lama! Jangan lupa tengok drama ni tau...korang takkan menyesal!

Watch online : Descendants of the Sun
Download : Use dramadownloader.com (Check here)

19 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Burnt Caramel Mocchiato daripada Starbucks.

4:39:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Selalunya kalau ke Starbucks, Sally mmg suka beli Americano atau Caramel Mocchiato...Well, typical Sally kan...minum benda yang mudah je...tapi kalau Frappucino akan sedikit berbeza la pilihannya...bergantung kepada mood pada masa tuu....

Terbaru ni Sally ada perasan yang ada menu baru dalam seleksi Seasonal Offerings, "Burnt Caramel Mocchiato" dan "Chocolate Hazelnut Mocchiato"...Sally dah cuba yang Burnt Caramel Mocchiato! Mmg best...manis yang datang sekali dengan pahit caramel yang terbakar tuuu...lepas tu ada bau macam hangit sikit...perghhh...mmg best gila!


Burnt Caramel Mocchiato dah rasa, lepas ni Sally nak cuba Chocolate Hazelnut Mocchiato pulak...kalau korang nak bezakan jenis-jenis kopi yang ada, korang boleh rujuk entri The types of Coffee. Walaupun tidak secara menyeluruh, tapi ada la beberapa yang basic...So, happy choosing!

By the way, kalau korang ada kad Starbucks, jangan lupa cuba Seasonal Offerings : Mocchiato ni sebab boleh kumpul fridge magnet limited edition tau! :)

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!