Advanced birthday celebration untuk ibu.

11:43:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments



Isnin lepas, Sally dengan sepupu Sally bawak ibu ke Alamanda...awalnya ingat nak jugak tengok Hot Air Balloon Festival kat Putrajaya tuu...tapi Ya Allah, ramainya orang!

Jadinya halakan la kaki ke Alamanda pula sebab dah berjalan jauh kan...lagipun ibu kata dia tak pernah masuk ke Alamanda...Sally bawak ibu makan di Hei Sushi sebab kebetulan masih ada voucher yang berbaki..tambahan pula sekarang ni ada promosi Buy 1 Get 1 Free sempena mereka telah mendapat sijil halal daripada JAKIM..tahniah buat Hei Sushi!

Hei Sushi dan Sakae Sushi berada dibawah pengurusan yang sama, cumanya Hei Sushi lebih mengetengahkan makanan Jepun yang telah diolah..bukan terhad kepada sushi semata la walaupun nama dia Hei Sushi..

Tahun ni belanja ibu makan menggunakan voucher yang Sally dapat masa food review..hmmm...bukannya kedekut tapi biasa laa dah tengah bulan ni bukan mampu nak makan mahal-mahal...Sally pulak terpaksa celebrate awal sebab ibu nak pulang ke kampung untuk menjenguk adik beradik dan juga abang sepupu Sally yang agak tidak sihat...

Walaupun simple, tanpa kek...Sally harap ibu seronok :)

Happy birthday in advance ibu!

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Aplikasi Last Minute Booking, bantu kita bercuti tanpa persiapan awal!

4:31:00 PM Sally Samsaiman 8 Comments


Bercerita pasal travel, Sally yakin yang semua orang nak rasa bercuti...Kalau yang Kaki Travel tuu rasanya kalau boleh nak berhenti kerja dan jadi traveler sepanjang hidup..tapi macam yang kita semua tahu laa...tiada benda yang percuma dalam dunia ni...Nak tak nak tetap kena bekerja untuk dapatkan rezeki nak sambung kehidupan...

Planning for travel..?

Kalau dalam kepala Sally...mmg banyak benda yang Sally planned, bila AirAsia buat promosi "Free Seating" selalunya ada je halangan nak membeli tiket, tu belum lagi masuk dengan kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan...Ada sesetengah orang pula susah nak dapatkan cuti secara advance, jadinya terpaksa buat planning last minute...selalunya planning last minute mahal dan tak mampu kita nak bayar kan...tapi ni ada satu solusi untuk korang yang jenis travel last minute!


Sally baru tau adanya aplikasi Last Minute Booking ni...Dalam website ni ada banyak pilihan, pakej hotel, flight, pakej tour pun ada...harga dia tak mahal sangat pun...siap ada complete itinerary lagi...haa!

Last Minute Booking telah bekerjasama dengan hampir 32 syarikat penerbangan bagi memudahkan kita mencari tiket penerbangan yang paling sesuai dengan bajet kita.

Bali, Korea, Krabi, Taiwan, Bandung, Jakarta, Cambodia, Pattaya, Lombok, Hanoi, Phuket, Ho Chi Minh...Pilih saha ja negara yang menjadi pilihan korang dan booking!

Lepas ni dah tak ada alasan untuk tidak pergi bercuti, segalanya ada dihujung jari korang...ikut keselesaan sama ada nak buka di laman web Last Minute Booking atau gunakan sahaja aplikasi ni di telefon pintar korang..Senang je kan..? Untuk maklumat lanjut boleh ke Website atau Facebook Page mereka.

Selamat merancang percutian anda!

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!