Selfie dengan bos besar #VillagePeople, Faiz Dickie!

4:42:00 PM Sally Samsaiman 5 Comments


Sape kat sini #VillagePeople..?

Instagramer Sally rasa kebanyakkan korang kenal dengan Faiz Dickie kan...Sally sebenarnya mula follow dia sejak nampak video dia yang mengarut tu...kejap jadi Sarabanon, kejap jadi Kak Leha Bunting, belum masuk jadi Nurse Puaka, Naabellahijabis lagi..Hahaha...walaupun gagah la dia buat video mengarut ni semua tapi sebenarnya ada banyak benda yang cuba dia ketengahkan...senang kata dia sindir secara halus laa...kalau terasa tu mmg sah la korang buat benda yang sama....

Masa kat Majlis pelancaran "Scarf Machine" by Aidijuma minggu lepas, dapat jugak la berjumpa dengan Phaisss ni buat kali pertama...hahahaha...masa dia kena interview, dia ada tanya...ada #VillagePeople tak kat sini...dengan muka tak segannya Sally boleh angkat tangan...hahahaha...punya konfiden tau jadi #VillagePeople!


Tahun lepas punya #BazaarLepak Sally tak dapat nak join sama...tapi jangan risau sebab InsyaAllah akan ada Bazaar Lepak 2.0! InsyaAllah dalam tahun 2016 ni juga walaupun belum tahu lagi bila akan dilaksanakan...waaahhh! Tak sabar kot nak tunggu...dengar kata tema Bazaar Lepak 2.0 macam zaman sukan sekolah dulu...ada rumah kuning, rumah hijau, rumah Bendahara, Temenggung, Laksamana bagai..haaaa~


Jangan lupa untuk dapatkan #BukuVillagePeople yang dah ada dipasaran sekarang ni...semoga lebih sukses lagi akan datang! InsyaAllah!

Instagram : @faizdickievp

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Majlis pelancaran "Scarf Machine" by Aidijuma

3:14:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Siapa kat sini peminat tudung bawal Aidijuma..?

Ni ada berita baik untuk korang peminat tudung bawal Aidijuma sebabnya Aidijuma dah melancarkan Scarf Machine mereka...

Apa benda pulak "Scarf Machine" ni kan..?



"Scarf Machine" by Aidijuma merupakan medium terbaru bagi mengetengahkan tudung bawal Aidijuma dengan lebih mudah...ianya seperti kiosk bergerak dan akan menjelajah hampir keseluruh semenanjung Malaysia..



"Scarf Machine" ini merupakan inspirasi daripada pemilik Aidijuma, Datin Norjuma Habib Mohamed supaya lebih ramai lagi wanita yang berhijab mampu mendapatkan tudung bawal keluarannya selain daripada secara atas talian dan juga pergi kemana-mana Concept Store Aidijuma yang ada di Malaysia. Majlis ini telah dirasmikan oleh Datin Norjuma Habib Mohamed dan ahli keluarganya.



Turut sama memeriahkan majlis pelancaran ini ialah ikon negara, Dato' Siti Nurhaliza dan juga beberapa orang selebriti yang lain seperti Faiz Dickie. Walaupun cuaca agak panas namum majlis ini masih berjalan dengan lancar..Tahniah buat team Colors Addiction Wholesale Sdn. Bhd. diatas penganjuran majlis ini..



Tudung Bawal Aidijuma mempunyai peminatnya yang tersendiri...Jadi tak pelik la apabila seramai 25 orang Reseller tudung bawal Aidijuma telah diberikan penghargaan oleh Datin Norjuma dengan menghadiahkan mereka tiket penerbangan ke Paris sebagai menghargai usaha mereka menjual dan memperkenalkan Aidijuma secara meluas.

Lebih menggembirakan para pengunjung apabila Aidijuma dengan bermurah hati memberi lebih 500 helai tudung bawal Aidijuma secara percuma dan bagi menarik lebih ramai orang, Aidijuma juga turut sama membuat jualan tudung bawal dengan harga RM10 bagi semua jenis label (green, blue, black, pink) kecuali white label dan juga plain.



Pengunjung turut sama dihiburkan oleh penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza yang menyanyikan 2 buah lagu. "Scarf Machine" akan mula menjelajah ke negeri Kedah sebagai permulaan operasinya. Warga Kedah, bersedia!



Walaupun Sally bukannya pengguna tudung bawal yang tegar, tapi Sally suka dengan corak tudung bawal Aidijuma...setiap satunya ada kelainan mereka yang tersendiri...Diharapkan dengan adanya "Scarf Machine" ni, perniagaan tudung bawal Aidijuma akan lebih meluas dan mendapat sokongan daripada semua wanita yang berhijab.

Sekali lagi, tahniah buat team Colors Addiction Wholesale Sdn. Bhd. diatas penganjuran majlis ini..Untuk pengetahuan korang juga, Aidijuma bakal membuka lagi 2 cawangan Concept Store Aidijuma di Putrajaya dan juga Lot 10, Kuala Lumpur. 

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!