7-Eleven kini ada lebih banyak pilihan !

5:01:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


Ahad lepas, Sally ke Bloggers Gathering with 7-Eleven, di salah satu outlet mereka di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur...Sebenarnya Sally mmg nak sangat outlet convenient store kat Malaysia ni maju setanding negara-negara lain...bagi Sally, convenient store di sesebuah negara tu akan menunjukkan kemajuan negara tu sendiri...

7-Eleven mmg sangat terkenal dikalangan rakyat kita sendiri...Bahkan masa Sally ke Korea dulu pun, 7-Eleven ni sentiasa ada untuk kita...Kalau Sally tanya kat korang, selalunya apa yang korang akan fikir bila kita sebut 7-Eleven..?

Kalau Sally, tak lain mestilah "Slurpee" yang takde kat mana-mana selain daripada 7-Eleven...dan antara yang best sebab ada beberapa outlet yang buka 24 jam, yang mana bagi Sally sangat memudahkan kita...tapi korang tau tak sekarang 7-Eleven ada macam-macam benda yang menarik, terutamanya makanan mereka yang "Ready To Eat" dan "Fresh To Go"...





Kalau korang nak tau, 7-Eleven sedang membangunkan outlet mereka supaya lebih mesra pelanggan...sekarang kalau korang takde masa nak sarapan, makan tengahari...atau korang nak berhenti minum kopi ke...semuanya dah ada kat satu tempat...Sebut je apa yang korang terdetik nak makan...kebanyakkannya ada di 7-Eleven sekarang...



Nak telur setengah masak pun ada oii..! Apa lagi nak kecoh..?



Jurucakap 7-Eleven, ada share dengan kami yang semua makanan yang perlu dimasak ni dihantar "fresh" setiap hari...So, jangan risau dengan tambahan bahan pengawet ke ape...rata-rata makanan mereka mmg selera rakyat Malaysia...

Sally sendiri kalau tak nampak dengan mata Sally...mmg takkan percaya yang 7-Eleven dah maju macam ni...Kalau dulu Sally hanya terfikirkan 7-Eleven bila nak cari barang selepas pukul 10pm sebab kedai lain dah tutup...tapi sekarang Sally rasa, Sally boleh jengah 7-Eleven ni baik pagi untuk sarapan, tengahari untuk makan tengahari, atau mungkin cari snek untuk minum petang...


Kalau korang jenis suka makan yang panas-panas, jangan risau..kat sini ada microwave untuk panaskan makanan korang tadi...Pendek kata dah macam ada kat rumah je...Jalan, bayar, panaskan dan terus makan...Kalau nak best lagi...beli "in-house coffee" mereka dan lepak makan kat situ...

Cool kot!


Apa benda tu "in-house coffee"..?

Basically, in-house coffee ni menerapkan kita dengan kehidupan "menyediakan kopi seperti dirumah"...tapi korang mesti terfikir, susahnya nak bawak teknologi buat kopi seperti yang ada di coffee house kat Malaysia ni ke rumah..bukannya murah pula kan...mana nak cari mesin dia, mana nak cari biji kopi lagi...Silap-silap kena ambik kursus jadi Barista!

Hahahaha...tapi jangan risau, semua tu tak perlu...Korang boleh dapatkan secawan kopi yang baru di"brew" daripada biji kopi yang setanding dengan coffee house, tak payah susah-susah pun...cuma perlu pilih kopi macam mana yang korang suka, dan bayar kat kaunter...lagi mudah kan..?

Walaupun pilihan yang ada agak terhad kepada Latte, Cappuccino dan Black Coffee sahaja, tapi dengan harga serendah RM3.50, korang dah boleh dapatkan secawan kopi...Jimat, sedap dan segar...Apa lagi yang kita perlukan..?


Sally dapat jugak rasa beberapa menu yang dijual di 7-Eleven ni...I must say, everything is good...the sandwiches, all the pastries, salad, Nasi Lemak, Nasi Goreng Kampung...Everything! Everything just so good...! Tau tak yang vendor 7-Eleven yang supply pastries ni turut sama menyediakan makanan untuk pihak AirAsia! Mmg dah confirm sedap!

Sally suka nak cadangkan kat korang supaya cuba menu yang "Ready To Eat" dan "Fresh To Go"...Mmg sangat kena dengan selera Sally...Ini cuma pendapat peribadi Sally laa...Sally betul-betul suka dengan Nasi Goreng Kampung, Blueberry Tart, Nasi Lemak, Brownies...Itu mmg awesome...yang lain Sally tak pandang dah..hahahaha...

Sally berharap, pihak 7-Eleven akan berusaha lebih untuk memperbanyakkan lagi outlet mereka yang macam ni...sebabnya selain daripada harga yang murah, makanan yang sedap...Sally rasa kepelbagaian yang cuba dibawakan oleh mereka memang sangat bagus...Lebih-lebih lagi kepada mereka yang tinggal di ibukota yang rata-ratanya mengejar masa dan perlu berjimat...

Sally rasa, Sally pun akan jadi pelanggan tetap mereka sebab nak cari Nasi Goreng Kampung dengan Blueberry Tart tuu..hihihi...Lepas ni rajin-rajin la cari 7-Eleven ye!

Semoga 7-Eleven akan terus maju lagi..!


9 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korean Drama | Please Come Back Mister

3:13:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments


Dah lama rasanya Sally tak share drama Korea baru...sementara masih ingat lagi ni Sally nak ajak korang tgk drama terbaru lakonan Rain selepas drama My Lovely Girl yang menggandingkan dia dengan Kristal.. Sally sebenarnya takde la minat dengan Rain, tapi entah kenapa kalau ada cerita dia je mesti expectation tu tinggi melangit..hahahaha...

Kalau korang yang malas nak tengok online, korang masih dapat ikut episod dia di Channel Astro ONE TV ASIA (Channel 393)...Kalau tak silap Sally tayangannya pada setiap hari Khamis dan Jumaat pukul 8.55pm...


Synopsis

A man is worked to death, but he comes back to the living world in the attractive body of another man for a limited amount of time. Lee Hae-joon (Rain) is a perfect man with good-looking appearance. He works as a section chief in the women’s apparel section at a department store. His body is actually possessed by the spirit of Kim Young-soo who was worked to death.

Han Hong-nan is a beautiful woman, but her spirit is possessed by a tough guy Han Gi-tak. Shin Da-hye is a beautiful housewife of Kim Young-soo, but her husband suddenly dies. She falls into a love triangle with Lee Hae-joon and a promising store employee (Yoon Park). Kim Young-soo and Han Gi-tak were set on a demand to follow these 3 rules to continue living in the world of another body to be able to finish their own unfinished business;

1. They can not reveal their true identities.
2. Revenge is forbidden.
3. They can not engage in human affairs.


Main Cast

RAIN as real Lee Hae-joon/Kim Young-soo
Kim In-kwon as Kim Young-soo
Kim Soo-ro as Han Gi-tak
Oh Yeon-seo as Han Hong-nan/Han Gi-tak
Lee Min-jung as Shin Da-hye
Lee Ha-nui as Song I-yeon
Choi Won-young as Cha Jae-guk
Yoon Park as Jung Ji-hoon

Review Sally untuk 3 episod pertama:

Pada Sally cerita ni okay laa...Sally suka dengan watak-watak yang ada dalam ni...Rain pun berlakon mmg sangat jadi watak "blur" dia...Tak dapat nak bayang watak tough guy Han Gi-tak tu bila kena jadi perempuan...Sally masih menunggu episod yang lain baru kita boleh decide dia okay ke tak eh...tapi mmg serius kelakar dan lawak...beza sangat daripada masa "My Lovely Girl"...Sape nak tgk watak Rain yang kelakar macam zaman berlakon "Full House" dulu boleh tgk cerita ni...

Watch online : Please Come Back Mister 
Download : Use dramadownloader.com (Check here)

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!