WiFi percuma di sekitar Seoul bermula 2017!

12:06:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments


Berita baik untuk mereka yang bercadang nak ke Seoul, Korea pada tahun 2017 sebabnya Seoul Metropolitan Government telah mengunjurkan yang mereka akan menyediakan WiFi percuma di sekitar kawasan tumpuan ramai di Seoul bermula 2017 sebagai salah satu langkah untuk memperkasakan penggunaan peranti digital di bandar mereka!

Lepas ni dah tak perlu risau nak sewa portable WiFi di lapangan terbang sebab ada WiFi dimana-mana sahaja termasuklah didalam bas dan juga subway mereka...dalam masa yang sama, Seoul sekarang dalam proses memajukan sistem 5G dinegara mereka...makin lama makin laju!


Datuk Bandar Seoul, Park Won-soon berkata yang Seoul Metropolitan Government bercadang untuk melabur  460.5 billion Won (US$373.9juta) untuk temph 5 tahun akan datang bagi memperkembangkan lagi industri "diginomics", hasil daripada gabungan perkataan digital dan ekonomi...

Bandar Seoul juga sedang menambahbaik teknologi sedia ada Internet of Things (loT), berdasarkan kepada pelan Seoul Digital General Plan 2020 yang sudah dijalankan oleh Seoul. Teknologi Internet of Things (loT) merupakan satu teknologi yang mana mampu menghubungkan objek yang sedia ada sambungan Internet untuk bertukar data kepada peranti mudah alih yang lain.
Dalam masa yang sama, Seoul juga dalam proses untuk menubuhkan sistem letak kereta yang bersepadu di mana pemilik kereta boleh menyemak lokasi kenderaan mereka di tempat letak kereta dan menerima data yang berkaitan dengan telefon pintar mereka. Sistem ini akan diguna pakai di hampir 550 tempat letak kereta awam dan swasta dalam menjelang tahun 2020.

Sama-sama la kita nantikan semua perubahan ni..Harapnya lepas ni akan ada lebih banyak penambahbaikkan seperti ini di Malaysia..Tak sabar nak tengok semua teknologi ni di Seoul!

Kredit : english.yonhapnews.co.kr

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Cara untuk menang pass Meet and Greet bersama Lee Min Ho di Malaysia, 25 March 2016

11:21:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


Peminat Lee Min Ho, Sally rasa rata-ratanya dah tau yang Lee Min Ho akan datang ke Malaysia untuk sesi Meet and Greet bersama KyoChon sebagai duta kepada KyoChon...kalau nak tau, KyoChon merupakan antara rangkaian syarikat yang menjual ayam goreng terbesar di Korea Selatan sejak tahun 1991 lagi...

Lee Min Ho telah dilantik menjadi duta KyoChon sejak tahun 2014, menggantikan kumpulan Super Junior...



So, macam mana nak menang pass ekslusif untuk sesi Meet and Greet ni..?

Caranya mudah sahaja...
  1. Pergi ke Facebook KyoChon Malaysia dan cari pinned post berkaitan event ni...
  2. Komen di bahagian komen, seleksi ayam KyoChon 1991 yang mana korang akan pilih untuk diberikan kepada Lee Min Ho dan kenapa
  3. Jangan lupa sertakan sekali hashtag #‎Minho325‬
  4. Siap!
Senang sangat kan menang pass ni...Jangan tunggu lama-lama sebab ada ramai yang mencuba nasib nak menang..hihihi...Sally tak join pun sebab Sally suka ayam KyoChon je, duta dia tak..hahahaha...

Semoga korang bertuah la yer! Good luck!



*Passes won are NOT transferable
*Terms and Conditions apply: http://on.fb.me/1QCTeNC

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!