Makan di Alanna's Kitchen, Pandan Indah

4:46:00 PM Sally Samsaiman 15 Comments


Selalu kita cerita pasal restoran yang fancy je kan...harini Sally nak ajak korang makan kat area neighborhood kita kat Ampang ni...Alanna's Kitchen ni mungkin tidak terlalu popular tapi kalau korang peminat makanan Arab, ataupun nak cari kelainan dalam masakan Asia, menu barat & masakan tempatan..korang boleh cuba Alanna's Kitchen....

Alanna's Kitchen ni terletak dikawasan yang agak terpencil kat Pandan Indah...Kalau korang tau The Store sekarang nama dia Mid Point Shopping Centre, mmg dah dekat sangat...atau kalau susah sangat, guna Google Maps @ WAZE, cari Alanna's Kitchen..


Bagi Sally, menu kat Alanna's Kitchen sangat berbaloi dengan duit kita..Kita boleh dapat satu set makanan dengan air pada harga serendah RM9.90...Mana nak dapat harga yang macam ni sekarang kan...Bukanlah sebab Sally review kedai ni Sally nak puji, tapi mmg masakan dia semuanya kena dengan selera Sally...


Spaghetti Carbonara - RM10.90
Kalau korang jenis yang suka makan western food, boleh cuba spaghetti ni...Selalu kalau kita makan Carbonara, kita cepat muak kan..? Tapi yang ni Sally yakin korang takkan muak...cheese dia tak terlalu pekat dan mmg sesuai makan bila-bila pun...


Grilled Chicken Chop (Black Pepper/Mushroom sauce) - RM9.90
Basic Chicken Chop, sos dia sedap...tak terlalu pedas...mmg sesuai untuk kanak-kanak makan pun...Sally prefer kalau ada coleslaw sikit...mesti best kan?


Treasure of the Sea - RM12.90
Ni spaghetti...dengan kuah sup seafood...Rasa dia takde la flat atau pelik...mmg sesuai untuk yang suka seafood...sbb korang mmg boleh "treasure" semuanya dalam satu hidangan...udang, sotong, lala, kepah...semua! Yang penting jangan makan tanpa sup dia...sedap tu yang paling addictive sekali..hihihi


Crispy Chicken Burger - RM9.90
Kalau korang cari menu yang simple, boleh cuba Crispy Chicken Burger ni...Nampak macam burger ikan kan..? Hahahaha...sebenarnya Sally pun awalnya fikir yang ianya burger ikan, tapi ni sebenarnya burger ayam...patty dia, sos dia dibuat sendiri oleh owner Alanna's Kitchen...sos dia mmg best, you won't bother to asked for extra chilli sauce..ada special sikit dekat fries dia, sebab chef ada tabur serbuk bawang putih...mmg ketagih makan fries dia..hihihi...mgkn sebab Sally mmg suka bawang putih...


Fried Chicken Chop (Black Pepper/Mushroom sauce) - RM13.90Kalau tak nak makan yang grill, boleh pilih yang goreng...tapi Sally prefer yang grill lagi...Sebab Sally tak suka makan chicken chop yang goreng lepas kena tuang sos..hihi...It was my personal opinion on how I loved to have my chicken chop! :)

Okay, done with Western punya menu, now kita pi Arabic pulak....


Arabic Yemeni Mandy (set dengan air) - RM11.90
Dalam banyak-banyak menu, ini antara yang paling Sally suka...ayam dia, nasi dia, even sambal hijau dia yg bawak kelainan...hihihi...Dalam ni korang tak nampak kan sambal dia...sebab kena tutup dengan nasi...salah angle pulak ambik gambar...maafkan saya!


Arabic BBQ Chicken (set dengan air- RM12.90
Nasi dia sama je macam Arabic Yemeni Mandy tu, tapi bezanya pada ayam dia...Arabic BBQ Chicken ni lebih kering dan rasa macam makan ayam tandoori...hehehe...dua-dua sedap tapi Arabic Yemeni masih menjadi favorite Sally...


Arabic Chicken Haneeth (set dengan nasi putih & air) - RM9.90
Kalau korang nak cari menu arab tapi nak berkuah, boleh cuba yang ni...sup dia ada sedikit berbeza dengan supa ayam biasa...ayam dia pun well marinate dan memang rasa beza...boleh cuba yang ni kalau nak kelainan!


Arabic Chicken Mandy - RM9.90
So far, Sally rasa Alanna's Kitchen satu-satunya yang jual Chicken Mandy dengan harga yang murah...well, mungkin la portion dia tak nampak macam banyak kan...tapi kalau tgk ayam dia pun korang dah boleh tau berapa kenyang korang lepas makan...

p/s : Sambal hijau tu mintak lebih tau! hihihi


Alanna's Special Grilled Chicken (set dengan air) - RM12.90
Yang ni...Sally tak jumpa apa istimewa dia...cuma yang Sally boleh kongsikan...ayam dia mmg well marinate, dipanggang...ada sedikit garing dan hangus sia...mmg perfect...sos tu buat kita kita makan tanpa rasa muak...Orang putih panggil ape, "one of a kind"..hahahaha


Selain menu Arabic dan Western, Alanna's Kitchen juga ada menu tempatan kita...dua menu yang paling popular mestilah tomyam dan Nasi Lemak...


Seafood Tomyam (set dengan nasi putih & air) - RM9.90
TomYam dia mmg served panas...even masa datang pun still ada api kat bawah tuu...tomyam dis cukup rasa...kalau org Malaysia tak makan tomyam mmg rugi laaa hidup..hahahahaha


Nasi Lemak Special (set dengan air) - RM8.90
Personally, Sally tak berapa suka dengan sambal dia..hihihi...sambal yang best kat lidah Sally ni bila ada rasa manis, ada rasa pedas dia...tapi sambal ni rasa plain je...overall bila makan dengan nasi lemak, masih terasa citarasa Malaysia kita...Ayam tu jugak yang best, walaupun cuma ayam goreng biasa...tapi dia punya rangup tu yang buat tak cukup...

Kalau korang tak nak makan menu yang agak berat...ada je kek untuk korang mengopi ke mengeteh ke...setiap pembelian kek dapat percuma black coffee, earl grey tea atau soft drink...all day tau!



Hampir setiap hari kek ni akan berubah ikut mood chef dia nak buat kek ape...semuanya mmg homemade kat dapur dorang...Kalau korang nak tau, korang boleh check kat Facebook page dorang...kalau kebetulan masa korang pergi ada Matcha/Greentea Cheesecake, Sally suggest yang tuu...tu sedap...

RM8.90
Blueberry Cheesecake, Oreo Cheesecake, Green Tea Cheesecake, Dark Forest Cheesecake

RM9.90
Dark Forest Mousse, Hazelnut Mousse

Basically kedai ni tak mementingkan untung je, bagi dorang makanan yang kita makan tu yang yang paling penting...Kalau nak cuba tempat makan baru, boleh cuba kat Alanna's Kitchen..Sally pun rasa lepas ni mmg akan selalu lepak sini...err...sebab ada free WiFi jugak..hehehe

Alanna's Kitchen
No 8, Jalan Pandan Indah 1/23D, Kuala Lumpur, Malaysia
03-9201 7134
Facebook | Instagram

15 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

160220 | Iera short birthday celebration

12:05:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Kawan dalam hidup Sally ni tak ramai..hahahaha...ada la beberapa orang yg baik hati nak kawan dengan Sally..hihihi...Sebenarnya mmg dah janji nak keluar masa birthday dia, tapi last minute dia ada CSR program pulak kat Banting dan Sally pulak ada event pukul 2pm...Jadinya batal la plan...

Kebetulan Iera mmg duduk kat Pantai Dalam, dan Sally pulak mmg ada event kat Bangsar...jadinya lepas habis event, contact Iera dan dia pun kebetulan dah balik dari program dia...sempat la culik dia sekejap...sebabnya malam dah ada plan dengan keluarga pulak katanyaa....



Terus bawak dia ke Bangsar South, kebetulan Sally mmg ada dengan Syifa'...dapat la together bertiga...kami mmg mula berkawan masa zaman kolej lagi...yang ini jela pun yang ingat kat Sally lagi..hahahaha...Sebabkan tak sempat nak buat ape, takde rancang pape pun...bawak jela dia kat Secret Recipe...belanja makan jela yang mampu...

Walaupun duduk dalam area KL je, tapi payahnya nak jumpa tau...Kecuali Syifa' la...sebab kalau dapat invitation kemana-mana event, Sally mmg selalu ajak dia...huhuhu...yang Iera mmg nak kena tunggu weekend baru la boleh plan...



To dearest Iera,
Happy 26th birthday!! The warmest wishes to a special person in my life, who probably knows me more than myself... Thank you for being with me through thick and thin, you know you can always count on me..May Allah bless you and your family, always and forever...Love you!

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!