Punca berat badan naik tanpa kita sedari.

3:21:00 PM Sally Samsaiman 14 Comments


Selalunya kita terfikir, macam mana berat kita boleh naik sedangkan kita sedang berdiet ataupun tidak makan terlalu banyak, terfikir tak kita yang sebenarnya ada banyak punca berat badan kita naik tanpa kita sedari...dan yang paling ketara sekali dalam 4 situasi seperti dibawah ni...



DALAM KENDERAAN

Hah! ni salah satu tempat...hehehe...lagi-lagi masa nak balik kampung atau kita tengah traveling...alasan dia takut lapar la, boring la...macam-macam...lagi-lagi kalau time tu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Makanan ringan atau snek menjadi pilihan untuk dikunyah sebagai pelapik perut menahan lapar, malah ada yang menyimpan stok makanan di dalam kereta. Tabiat ini bukan sahaja tidak bagus malah kenderaan kita juga akan menjadi kotor dengan bungkusan dan habuk makanan.

DEPAN TV

Rasanya hampir semua lakukan ni! Ramai yang berpendapat akan cepat bosan dan lapar sekiranya menonton tv tanpa mengunyah sesuatu. Tak salah untuk mengunyah sesuatu, tapi pastikan kita mengawalnya agar ia tidak keterlaluan dan cuba mengambil makanan sihat. Daripada makan cikedis ke keropok ke, baik tukar jadi buah-buahan...atleast ada jugak masuk vitamin C...ye dok..?

KETIKA MEMBUAT KERJA/STUDY

Mengunyah sesuatu ketika menyiapkan tugasan adalah satu perkara yang biasa untuk mengelak rasa mengantuk. Keropok, coklat dan makanan kurang khasiat selalu jadi pilihan. Bagi mengelak perkara ini berlaku, apa kata kurangkan pengambilan makanan ringan dan berehat seketika sebelum sambung menyiapkan tugasan kembali tak pun makan kismis...hehehe...boleh jadi pandai nanti!

ATAS SOFA

Ni sama la sepesen dengan makan depan TV..Sape yang tak suka melepak di atas sofa sambil melakukan aktiviti seperti menonton tv, layan internet atau membaca? Kebiasaan ni tak bagus sebab sisa makanan akan terkumpul dengan lebih mudah dan ia akan membuatkan berat badan kita meningkat dengan cepat.

Kesimpulannya, jangan makan sambil buat sesuatu...sebab kita rasa macam sikit je kita makan sebab kita ambil dalam keadaan tak sedar...bukan la makan sambil pengsan...hehehe...tak caya cuba masa tengok wayang, beli popcorn...cer tengok last nanti habis ke tak makan popcorn tu..hehehe..Pesanan penaja ini dibawa khas oleh penulis yang mmg suka buat benda yang dinyatakan diatas..hahaha

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

13 sebab kenapa elok amalkan makan timun

8:54:00 AM Sally Samsaiman 16 Comments


Amboiii Sally...sejak-sejak nak amalkan cara hidup sihat 2016 ni...Asyik cerita pasal makanan yang sihat je kononnya...Bercakap tentang timun, kalau orang Kelantan mesti dah fikir buah tembikai...tapi jangan salah ya, sebabnya Sally bercakap tentang timun hijau tu..Tahukah korang yang makan timun sebenarnya ada banyak kebaikkannya..Di bawah ni Sally senaraikan 13 sebab kenapa amalan memakan timun itu baik untuk kesihatan tubuh badan kita.

Timun menghidrat tubuh anda

Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda.

Timun dapat melawan suhu panas

Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu.

Timun dapat menyingkirkan toksin

Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai 'penyapu virtual', yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang.


Timun sebagai sumber vitamin harian

Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih 'berkuasa' dengan mencampur timun, lobak merah dan daun bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari.

Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan

Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.


Menyegarkan mata

Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun.

Timun dapat melawan kanser

Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.

Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah

Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar 'sterol' pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.

Melembutkan rambut dan kuku

Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan rambut.

Bertindak sebagai penyegar mulut

Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout

Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric.


Melegakan migrain dan mabuk


Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.

Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik

Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!