Travelogue Taiwan - Sun Moon Lake

2:52:00 PM Sally Samsaiman 5 Comments


*Entri bergambar tahap hbs data internet*


Okay, pengembaraan ke Taiwan kita teruskan lagi dengan entri di bandar Taichung...Dari bandar Taichung Sally ke Sun Moon Lake...Kalau korang ingat, Sally sempat buat live update dalam entri Journey from East to West Taiwan : Sun Moon Lake...Sally mmg betul-betul nak tengok tasik ni tauu..

Sun Moon Lake terletak di bandar Yuchi di daerah Nantou...Mengambil masa dalam 2 jam jugak la daripada bandar Taichung...Sun Moon Lake merupakan tasik yang terbesar di Taiwan dan juga sudah diwartakan sebagai salah satu tarikan pelancong ke Taiwan. Kawasan di sekitar Sun Moon Lake adalah rumah kepada suku Thao, salah satu suku kaum asli di Taiwan.









Lepas turun bas...kena naik feri pulak untuk nak ke cable car dan attraction lain yang ada kat sini...di Sun Moon Lake sebenarnya ada banyak kuil Buddha di atas bukit...tapi disebabkan Sally tak nampak perlunya Sally naik bukit sampai nak patah kaki sebab nak ambil gambar kat kuil, jadinya terus aje la ke cable car...





Sebenarnya Sun Moon Lake ni sangat la luas...kalau nak dibahagikan kepada kategori, ada hampir 9 kategori korang boleh gunakan untuk menjelajah...Sally hanya naik cable car dan hanya jelajah disekitar tasik..

The Sun Moon Lake Ropeway starts from Formosan Aboriginal Culture Village and ends at the Ita Thaw Settlement in Sun Moon Lake for a total distance of 1.87 km. The 7-minute ropeway ride allows visitors to view the beautiful sceneries of the Sun Moon Lake from the sky.





Amboii...sakan naaa nak naik feri...hahahaha...yela...susah nak dapat masuk kamera dorang ni...masing-masing dok usung kamera masing-masing...nak dapat shot sana, shot sini...hikhik...

Di Sun Moon Lake ni..Sally suggest korang ambik tour la untuk berjalan...senang sikit tak payah nak beli tiket asing-asing kan...korang boleh pilih nak ikut tour yang mana...ada yang pakej sehari, ada yang pakej dua hari...dan setiap satu pakej tu ada 2-4 route...so, pilih la yang mana sesuai dengan kehendak hati dan kehendak perbelanjaan kat sana...








Kalau masa korang pergi tu ada aktiviti tahunan macam Aboriginal Cherry Blossom Festival, Bicycle Free tour & Firefly Appreciation, 10,000 People Sun Moon Lake Traverse, Sun Moon Lake Festival atau Thao Harvest Festival mesti lagi best...Masa Sally pergi takde pape yang special pun...tapi nampak tasik yang luas tuu pun dah senyum dahhh..hahahaha

Entah ape lagi tah nak cerita..hihihi...yang penting banyak la aktiviti...tapi sebab masa yang agak terhad nak kena kejar bas balik...jadinya...korang kena explore sendiri la nanti yerr...

www.sunmoonlake.gov.tw

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Sekitar Sidang Media Aizat Gegar 2016 & Pelancaran Restoren Kari Gegar

2:06:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Aizat Amdan...

Siapa yang tak kenal dengan artis yang meningkat naik ni...daripada Akademi Fantasia sehingga la beliau mampu berdiri sendiri dalam dunia seni ni...Minggu lepas Sally dapat satu invitation untuk hadir ke Sidang Media Aizat Gegar 2016 & Pelancaran Restoren Kari Gegar milik Kasi Gegar Entertainment yang merupakan milik penuh keluarga Aizat...



Gegar Aizat 2016

Gegar Aizat 2016 merupakan salah satu strategi pemasaran yang dijalankan oleh Kasi Gegar Entertainment bagi memberi kelainan pada karya terbaru daripada Aizat. Dalam Gegar Aizat 2016, Aizat akan menghasilkan satu lagu setiap bulan dalam tahun 2016 dan pada akhir tahun nanti semua lagu akan dimuatkan di dalam satu album yang akan dikeluarkan pada tahun hadapan...satu konsert juga turut sama dijangka pada awal Januari 2017 nanti...

Lagu Bagai Hidup Semula (Januari) dan Always With You (Februari) sudah mula diperdengarkan, Sally mmg bangga gila sebab dapat jadi antara orang pertama yang dapat dengar lagu ni secara live..hihihi...terus tak nampak CNBLUE dah! hihihihi...Yang menariknya lagi...kesemua 12 lagu beserta klip video akan dimuatnaik di official YouTube channel Aizat sendiri (OfficialAizatAmdan) atau YouTube penaja.

Kalau korang follow Aizat dalam mana-mana media sosial dia, korang akan nampak dia share pelbagai aktiviti dalam vlog dia dan semua media sosial dia...kata Aizat dia nak peminat lebih dekat dengan setiap satu langkah dalam pembikinan album ni nanti...

*Gambar Pengarah Urusan KGE Sdn Bhd: Amar Amdan



Pelancaran Restoren Kari Gegar

Pada hari yang sama, Pelancaran Restoren Kari Gegar turut sama dijalankan direstoren tu sendiri...Kari Gegar merupakan sebuah restoran yang menyajikan Kari Ayam dari Kampung Pintu Padang, Pahang yang merupakan kampung halaman bagi keluarga Aizat.

Resepi yang disediakan di Restoren Kari Gegar merupakan resepi istimewa dari Raub dan masakan kegemaran Aizat...Lepas ni tak payah nak ke Raub kalau nak rasa masakan ni...boleh ke Dagang Avenue, Ampang. Antara masakan yang istimewa kat sini termasuklah Kari Ayam, Kari Ikan, Kari Kepala Ikan, Ayam Goreng Special, Ayam Kampung dan yang korang perlu cuba, Sambal Hitam!

Okay, sama-sama la kita sokong perjalanan seni Aizat Amdan dan juga Restoren Kari Gegar!

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!