Travelogue Taiwan - Taichung Park

9:16:00 AM Sally Samsaiman 20 Comments


Baca : Perjalanan mencabar ke bandar Taichung

Malam selepas sampai di bandar Taichung, Kak Nadia dan Kak Huda dah kepenatan...Jadinya yang ada tinggal la Sally dan Kak Masha je...Jujur kata, walaupun penat...tapi masih rasa nak berjalan-jalan sekitar bandar tuuu...Sebab esoknya ada banyak lagi tempat nak pergi...

Malam lepas solat, terus jalan-jalan sekitar bandar tuu dan nampak ada satu taman yang agak besar dan cantik...Taichung Park nama dia...Sebenarnya kalau kat sini nak sewa basikal pun boleh jugak tapi macam biasa la kena daftar dulu sebelum dapat sewa...Which is we didn't do sebab tak tau...



Basically, taman ni mmg taman laa...ada kawasan untuk aktiviti riadah...ada banyak jambatan untuk hubungkan satu kawasan ke kawasan yang lain...Sally dengan kak Masha just jalan-jalan ambil angin malam je..dan yang penting sekali bergambar la kan...kata jalan-jalan...hihihi







Di Taiwan ni...ada banyak lambang cinta...semuanya mmg sangat cantik...kat Taichung Park ni pun ada jugak satu...hihihi...tapi segan nak letak gambar yang ambil kat sini..hihihi...So, Sally tepek jela gambar LOVE ni eh...Disepanjang Sally berada di Taiwan, Sally rasa bandar-bandar dia sangat romantik..hihihi...Walaupun dalam hati Sally tak rasa nak datang lagi...tapi bila fikir-fikir balik..I might end up honeymoon here later on..hahahaha



Taichung Park adalah taman yang tertua di bandar Taichung. Dibina pada era pemerintahan Jepun dengan keluasan ruang seluas 10 ekar , Dulunya taman ni bernama “Chungshan Park” dan sebenarnya didermakan oleh keluarga Lin dari Wufeng.

Taichung Park mempunyai banyak landskap cantik , seperti tasik buatan , pavilion , gerbang jambatan, dan lain-lain Terdapat juga banyak peralatan rekreasi, seperti stadium terbuka, taman permainan , dan gelanggang tenis. Beberapa bangunan gaya Eropah yang luar biasa juga ada kat sini dan Houxing Pavilion telah dibina pada tahun 1908 sebagai sambutan pelancaran TRA (Taiwan Railway) terbentang dari utara ke selatan Taiwan. Houxing Pavilion juga telah menjadi simbol bandar Taichung sejak zaman Jpemerintahan Jepun dan ia secara rasmi diisytiharkan sebagai tapak bersejarah bandar pada tahun 1999.




Alamat : No.37-1, Gongyuan Rd., North Dist., Taichung City

20 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!