Apakah diet yang ideal untuk kucing?

3:26:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


Sape kat sini bela kucing kat rumah..???

Seperti yang korang semua tahu, Sally ada 8 ekor kucing daripada 11 ekor sebelum ni...yang lagi 3 ekor dah ada yang mintak...so, dengan berat hati pun bagi jugak laaa kat orang yang mintak...Bila dah ada banyak kucing ni...kena la jenguk sama diet mereka kan selain daripada penjagaan bulu dan kesihatan mereka...

 Korang yang bela kucing, macam mana korang bagi makan kat kucing korang? Tahukah korang makanan bercampur tu sangat disarankan, sebaiknya sekali sehari...?

Kucing secara semula jadinya adalah haiwan yang kompleks kerana ia memerlukan diet seimbang, berasaskan daging sama seperti saudaranya yang bertubuh besar, seperti singa dan harimau di hutan yang cergas dan sihat...


Pemilik kucing hari ini sangat beruntung sebab ada pelbagai jenis makanan kucing komersial yang menawarkan hampir semua nutrien diperlukan haiwan itu untuk diet yang seimbang, dengan pilihan sama ada makanan kering atau basah. Menurut WHISKAS Malaysia, kira-kira 71% pemilik kucing di Malaysia memilih makanan kering sementara 28% sukakan makanan basah untuk kucing mereka.

Walaupun ada yang yakin terhadap makanan basah dan yang lain lebih sukakan makanan kering, kajian daripada The Waltham Centre for Pet Nutrition mencadangkan yang kedua-duanya ada kelebihan masing-masing [1]. Kajian menunjukkan yang memberi makanan basah dan kering kepada kucing anda membolehkan ia meraih manfaat daripada kedua-dua amalan. Cara ini dikenali sebagai pemakanan bercampur.

Jujur kata, Sally antara 71% pemilik kucing di Malaysia ni yang bagi makanan kering sahaja dirumah...Yela...bila dah ada 8 ekor kat rumah ni..Semuanya pulak sedang membesar...sebulan Sally memerlukan 24kg makanan kering untuk mereka, jadinya budget untuk makanan basah tu mmg tak ada laa..hihihi...Sebenarnya, makanan kering akan membantu membaiki kesihatan mulut manakala makanan basah akan memberikan kucing anda air yang diperlukan untuk memastikannya kekal terhidrat..sebab tu la diet dengan campuran kedua-dua jenis makanan ni perlu..


Tapi...bila Sally bagi mereka cuba diet yang disarankan oleh pihak Whiskas, mmg ada nampak perubahan pada selera mereka...Pada hari pertama, Sally campurkan makanan basah sekali dengan makanan kering...licin!

Ada sekali Sally campurkan dengan nasi, tapi nasi sebenarnya tidak sesuai untuk kucing...dan mereka pun nampak kurang selera bila ada nasi...Jadinya Sally hanya teruskan bagi makanan kering yang dicampur dengan makanan basah...Alhamdulillah...takde yang muntah balik macam masa Sally bagi campuran nasi...


Bila memberi kucing makan, adalah penting untuk mengambil kira usia dan berat badan mereka kerana kucing memerlukan jumlah nutrien yang berbeza untuk setiap peringkat umur dia. Banyak iklan makanan kucing mampu memenuhi keperluan kucing untuk peringkat usia berbeza – daripada anak kucing ke dewasa malah yang tua. Justeru, adalah amat digalakkan untuk membeli produk yang sesuai untuk usia kucing korang.

Sambil mengambil kira umur kucing korang, adalah perlu untuk memberikannya nutrien yang betul, keadaan fizikal kucing anda juga sama pentingnya. Kucing yang obes tidak kelihatan menarik atau sihat. Memantau pengambilan makanan dan menetapkan diet bersama doktor haiwan membolehkan korang mengawal berat badan kucing korang tuu..

Diet yang ideal untuk kucing biasanya diet sihat dan seimbang yang memenuhi keperluan kucing kita. Pemakanan bercampur adalah penyelesaian yang terbaik jika korang mahu memberikan diet bernutrisi lengkap 100% buat kucing kesayangan korang. Cara ini memberikan kepuasan kepada korang kerana mempunyai kucing yang sihat, dan kucing itu sendiri akan menyukai campuran makanan basah dan kering.

Untuk maklumat lanjut mengenai pemakanan bercampur, layari www.waltham.com

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday! [Ke Melbourne Ke Sally]

10:10:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments



Ayuhhh ke Melbourne! Thank you Airasia, Tourism Melbourne! :)

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!