Korea Musim Luruh 2016 - Yellow Cafe di Dongdaemun Market


Hello! Bertemu la lagi kita dalam sambungan Travelogue Korea Sally...

Masa kat Dongdaemun Market, tujuan sebenar Sally sebenarnya nak ke Yellow Cafe. Awal Mac yang lepas, Sally ada kongsikan dengan korang tentang Yellow Cafe ni...Kalau tak ingat boleh baca kat entri bawah ni.. ↓↓↓



Macam yang korang tau la kan...Korea mmg terkenal dengan susu pisang...Rata-rata kalau pergi ke mana-mana kedai mmg ada jual susu Korea...Jadinya, konsep kafe ni mmg khas dibina untuk peminat susu Korea di seluruh dunia. Jadinya lepas tau yang ada kafe khas untuk susu pisang ni...Mmg Sally terus masukkan kafe ni dalam itinerary...





Kafe ni tak besar pun...kalau tak silap Sally ada dalam 6 meja je kot...dan semua menu kat sini mmg berasaskan pisang...Kalau korang nak tau...sejak tahun 1974 hampir 800,000 botol susu pisang sudah terjual di Korea sahaja...Bayangkan berapa ramai peminat susu ni sebenarnya kan...kepada korang yang bakal atau merancang ke Korea, susu pisang keluaran Binggrae merupakan benda yang wajib korang cuba...

Yellow Cafe sudah mula dibuka bermula 11 Mac 2016 yang lepas lagi...




Hahaha...letak la tiga-tiga gambar...tak tau nak pilih yang mana...Nampak tak punya suka dengan susu pisang...Siap guna shawl ikut tema..hihi..Pelbagai jenis minuman yang berunsurkan pisang ada dijual dikafe ni termasuk la Banana Latte, Banana Shake, aiskrim dan juga pelbagai jenis kek, pastri dan puding.

Kalau korang berkesempatan ke Korea, spesifiknya ke Seoul...boleh la ke Yellow Cafe ni tau!

Yellow Cafe
Level Basement 2, Hyundai City Outlet
Dongdaemun (beside DOOTA shopping mall)
Operating hours:
Sunday - Wednesday : 11:00-22:00
Thursday - Saturday: 11:00 to 23:00

Post a Comment

8 Comments

  1. HUU...p area Doota hari tu, tak perasan lah yellow cafe ni hihihihi

    ReplyDelete
  2. Tak lama nanti adalah yg ikut kat negara kita pulak Sally
    Kakak tak pernah sampai Korea lagi tau.

    ReplyDelete
  3. Betul seperti yang jak Zakie cakap..tak lama lagi vajal ditemuilah di Malaysia..biasanya kawan-kawan Kak PC yang ke Korea mereka fokus pada kemanisan strawberry..tapi yang Yellow Cafe ni tak disebut pulak...menarik la Sally...

    ReplyDelete
  4. sally..banjer cik nor blh?hihi

    ReplyDelete
  5. sedapnya makan aiskrim..nyum nyumm!

    ReplyDelete
  6. Sedap sedap! :D Kalau berpeluang ke Korea, boleh singgah sini

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!