Honda Civic generasi ke 10, superb dari segenap segi weh!



Bercakap pasal kereta, sumpah la Sally manusia yang paling noob sekali...tapi kalau bercerita pasal kereta impian, mmg daripada dulu lagi Sally sasarkan CR-V 2WD, sebabnya Sally mmg peminat kereta yang berskala besar...tapi kalau korang peminat atau pengikut jenama Honda, Sally akan sarankan lagi satu kereta yang pada Sally mmg superb dari segenap segi; Honda Civic generasi ke 10.


Minggu lepas Sally berkesempatan untuk "test-drive Honda Civic" ni selama dua hari; daripada Aloft Kuala Lumpur - Selayang - Mutiara Damansara - Setia Alam - Bentong - Putrajaya - Aloft Kuala Lumpur, semua jenis permukaan dan laluan dah Sally cuba...Kita pun sedia maklum yang Honda merupakan jenama kenderaan Bukan Nasional No. 1 di Malaysia (2015).

Stering dan kerusi akan dilapik semasa dalam proses servis.


Sally dan rakan blogger yang lain sempat juga ke Kah Motor Selayang, antara pusat servis Honda yang terbaik di Kuala Lumpur...Kat sana kami diberikan pendedahkan step-by-step macam mana proses nak servis kereta daripada A-Z...Jujurnya, Sally mmg sarankan korang ke pusat servis yang diperakui sebabnya setiap satu parts yang ada dalam kereta tu dipastikan adalah original dan terbaik untuk kereta kesayangan.

Kalau korang yang ada kereta Honda, kalau nak buat servis kat sini...pastikan korang buat temujanji dulu tau...boleh je kalau nak wal-in pun tapi tidak disarankan la sebab ada kuota untuk servis secara walk-in setiap hari!


Ujian bagi mengenalpasti kedalamam pada tayar yang masih ada

Kenapa Sally cakap Honda Civic 2017 ni sangat berbaloi?

Honda Civic 2017 dibangunkan dengan enjin 1.5L VTEC Turbocharged baharu. Enjin ni dibangunkan di bawah “Earth Dreams Technology” Honda yang menawarkan “Keseronokan Untuk Memandu” (Joy to Drive) dengan prestasi dinamik dan penjimatan bahan api.

7" Advanced Display Audio

Smartphone Connectivity

Honda Malaysia merupakan pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa yang pertama memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C. Selain dari enjin 1.5L VTEC Turbocharged, Honda juga memperkenalkan enjin 1.8L i-VTEC. Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear “Continuously Variable Transmission” (CVT) untuk pengalaman pemanduan yang lancar dan menjimatkan bahan api. Kedua-dua varian Civic serba baharu ini diiktiraf sebagai “Kenderaan Cekap Tenaga” (EEV). Honda Civic terbaru ni juga "keyless" tau, maknanya tiada kunci yang digunakan dan hanya ada remote control sahaja.

Honda Civic baharu menawarkan “Teknologi Maju Terhubung” (Advance Interface) menerusi Paparan Audio Terkini bersaiz 7” yang pasti menarik perhatian generasi muda. Ia telah direka semula sepenuhnya untuk menjadi Civic yang paling mudah dan terhubung. Antara ciri yang pertama kali ditawarkan pada Civic ialah:

· Remote Engine Start
· Walk Away Auto Lock
· Electric Parking Brake
· Auto Brake Hold

Aspek keselamatan yang tidak dapat dilihat tetapi amat penting juga tidak dilupakan oleh Honda. Semua varian Civic serba baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya seperti:

· 6 Beg Udara ( 2 Beg Udara Hadapan dan Beg Udara pada bahagian sisi)
· Vehicle Stability Assist (VSA)
· Anti-Lock Braking System (ABS)
· Electronic Brake Distribution (EBD)
· Brake Assist (BA)
· Hill Start Assist (HSA)
· Emergency Stop Signal (ESS)
· ISOFIX


Masa kami ke tapak parking Setia Alam, pihak Honda Malaysia menunjukkan demonstrasi VSA. Vehicle Stability Assist (VSA) merupakan teknologi keselamatan yang secara khusus direka untuk menstabilkan kenderaan jika tayar kereta diputar secara mendadak.

Fungsi kestabilan ini membantu pemandu mengendalikan kereta disaat terjadi gejala "oversteer" atau "understeer" yang akan mengakibatkan tayar kehilangan daya cengkaman dalam kondisi jalan licin atau ketika meluru laju di simpang. Untuk lebih faham, tengok kat video bawah ni ye..




Civic serba baharu ditawarkan dalam lima warna iaitu Merah (Dark Ruby Red Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl, disamping dua warna baharu iaitu Perak (Lunar Silver Metallic) dan Putih Mutiara (White Orchid Pearl). Dua warna baharu pada Civic ini akan digunakan pada model-model lain keluaran Honda Malaysia. Bagi Sally, Dark Ruby Red Pearl tu sangat menarik perhatian..hihihi...tapi sepanjang "test-drive" ni Sally gunakan White Orchid Pearl.

Selain daripada tu, ruang penyimpanan bonet Civic baru ni pun sangat luas...Luasnya sehingga 519L Cargo Space, sistem penghawa dingin pun ada dua (Dual Zone Air Conditioning System) dan ada Rear Air Conditioning Ventilation untuk lebih selesa bagi penumpang dibelakang.



Harga untuk ketiga-tiga variannya adalah seperti berikut:

RM113,800 untuk 1.8S (Di atas jalan termasuk insurans)
RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (Di atas jalan termasuk insurans)
RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (Di atas jalan termasuk insurans)

Kalau korang nak lebih maklumat mengenai Civic serba baharu:
i. Kunjungi mana-mana pengedar Honda
ii. Hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020
iii. Laayari laman web www.honda.com.my atau www.ridethedream.my

Post a Comment

14 Comments

  1. Syoknyaaa ni kalau dapat beli sebuah.

    ReplyDelete
  2. wah!bestnya kenapa la dia baru keluar...
    kan elok keluar 4 tahun yg lepas...
    dah tentu i beli u okay ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...dah nama pun kereta baru..kena la keluar masa ni bukan masa dulu..hahah

      Delete
  3. mmg cantik betul honda civic baru ni
    berkenan juga tp family dah besarx leh pakai compac car dah.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally rasa kalau family 6 members pun boleh masuk ni...tp kalau lebih mmg kena beli MPV jugak

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!