Steamboat RM2+ di Pearl International Hotel, betul ke ni?

1:14:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments


Terbeliak biji mata kan!

Hehehe...sebelum Sally cerita macam mana korang boleh dapatkan steamboat RM2+, meh Sally nak cerita serba sedikit pasal Sensational Steamboat Semi Buffet dari Pearl International Hotel...Mesti korang pelik kan bila ada hotel yang buat steamboat...macam mana pulak gayanya?

Oleh kerana kawasan berdekatan Pearl International Hotel sangat susah nak mencari steamboat yang halal bagi mereka yang sukakan steamboat, jadinya pihak hotel telah mengambil langkah bijak dengan menyediakan semi steamboat buffet bagi penggemar makanan tersebut.


Bermula dengan harga RM35.90+ untuk seorang untuk hidangan steamboat di Cafe 5 mereka, Pearl International Hotel menyediakan pilihan makanan laut dan juga menu steamboat yang sangat sesuai dengan selera peminat steamboat...dan ada juga ada beberapa menu premium dalam gabungan semi buffet steamboat ni contohnya macam "Smokey Duck" yang menjadi antara menu pilihan kegemaran Sally!

Ada 2 pilihan untuk kuah steamboat tu, sup dan jugak tom yam...Kalau Sally, prefer sup lagi daripada tomyam...sebabnya bila korang pecahkan telur dalam sup tuuu...syok hirup masa tgh panas-panas tuuuu!


Walaupun berada dalam kawasan hotel, persekitaran kafe tu sangat selesa...Boleh je nak makan ramai-ramai....Kalau korang rasa macam mahal, korang kena baca ni...Portion kat atas ni mmg khas untuk 2 orang...hahahaha..yes! Mmg serius untuk 2 orang...macam ni punya banyak...ada ketam, udang, sotong, kupang, kepah, bebola ikan, jagung, cendawan dan macam-macam lagi ada dalam set tu...




Selain daripada menu steamboat tu, ada macam-macam lagi menu sampingan yang boleh korang makan...dah nama pun semi buffet kan...mesti ada la ada menu buffet jugak...antara pilihan yang ada mee goreng, bihun goreng, nasi goreng, kuih muih tradisional, pastri, puding, salad sayuran, buah-buahan potong dan macam-macam lagi laaa! Banyak pulak nak senaraikan kat sini...hehehehe...

LADIES NITE pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu!!

Haaa! dah selesai mukadimah baru la boleh cerita pasal steamboat RM2+...Untung tau jadi perempuan ni sebabnya ada promosi yang hanya perempuan dapat...Pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu, akan ada Ladies Night, yang mana setiap orang hanya dicas hanya RM2+ untuk menikmati hidangan semi buffet yang macam Sally senaraikan kat atas ni...

 Tapi, ada beberapa syarat:
1. Hanya terhad kepada 30 orang wanita sahaja pada setiap hari
2. Wanita yang berumur 13-59 tahun sahaja layak
3. Maksimum 4 orang sahaja untuk satu meja
4. "First come first serve", tiada tempahan akan dilayan...Hanya perlu "walk-in" bermula 6.30pm.


Address : Batu 5, Jalan Klang Lama 58000 Kuala Lumpur Malaysia
Phone : 603-7983 1111 Fax603-7621 9777
E-mail : salespih@pearl.com.my
Facebook : Facebook.com/pearlinternationalhotel.kualalumpur

You Might Also Like

10 comments:

  1. Lapar tengok menu sedap pepagi nih..

    ReplyDelete
  2. waaa.. best la ladies night je.. men night ada tak? hahaha
    oo boleh tahan juga harga nye tu xla mahal sgt kira berpatutan la.. :)

    ReplyDelete
  3. Pehhh terbaik lahhh. No! Its affordable price kot sebenarnya. Dgn byk gitu Ya qllah steamboats! !!!!!!

    ReplyDelete
  4. Perghh, gambar makanannya buat orang rasa lapar pepagi ini.. ;)

    ReplyDelete
  5. terbaiklah tawaran nie!! wish to go tapi jauh, kalau sampai sana mesti dah cukup orangnya..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!